Keibubapaan

“Tunggu Mummy Sampai Sayang” Paras Oksigen Anak Menurun, Amyra Rosli Cemas!

Share

Selepas disahkan terkena jangkitan penyakit Kawasaki, keadaan anak kedua pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin dikhabarkan semakin merosot.

Semalam menerusi Insta Story nya, Amyra berkongsi paras oksigen anaknya tiba-tiba menurun. Malah Amyra yang ketika itu sedang bekerja juga begitu cemas bila mana dipanggil segera untuk ke hospital.

Rasa gundah gulana seorang ibu pastinya menjadi tidak keruan bila mana keadaan anak masih semakin merosot.

“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop.

“Tunggu mummy sampai sayang,” tulisnya di Instagram.

Anak kedua pasangan itu, Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun mula demam panas sejak Rabu lalu.

Ayra kemudiannya disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan pada saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik wajah anaknya yang sedang menangis tidak selesa malah dengan keadaan wajah yang membengkak akibat kesan ubat steroid.

“Muka jadi besar kesan steroid, lama adik demam dik.

“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena buat ujian darah,” kongsinya.

 

Meninjau di Instagram, Amar Baharin turut mendoakan agar anak keduanya itu cepat-cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.

“Ramai kawan-kawan Daddy and Mommy doakan adik. Semoga Allah makbulkan doa-doa diorang untuk adik cepat sembuh, diberi kasihatan yang baik, sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan. Dengan izin Allah 🤲🏻 Terima Kasih semua🙏🏻 Daddy miss you sayang @ayraaryssa,” tulisnya.

Terdahulu, Amyra meluahkan kesedihan hatinya melihat anak kecilnya itu yang sehingga kini masih belum reda demamnya malah turut mendoakan agar anak kesayangannya itu cepat-cepat sembuh.

Semoga Ayra cepat-cepat sembuh dan dapat kembali ceria bersama abangnya seperti selalu.

 

Sekadar informasi, penyakit Kawasaki merupakan keradangan saluran darah (vaskulitis) yang terutamanya melibatkan kanak-kanak dibawah umur lima tahun.

Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM