Enam jam selepas anak diculik, sepasang suami isteri bersyukur anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun ditemui selamat di belakang rumah kedai yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.
Mangsa, Nur Damia Qaleesya dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka di Taman Teratai, Iskandar Puteri.
Setiap petang bermain depan rumah
Menurut bapa mangsa, Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, setiap petang anak sulungnya itu akan keluar bermain bersama rakan baiknya yang juga anak jiran mereka di hadapan rumah.
Katanya, sebelum kejadian anaknya itu sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakan baiknya yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang semalam.
“Namun kira-kira jam 5 petang, anak kedua saya, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang sambil menangis sebelum memaklumkan kakaknya menaiki kereta dipandu seorang lelaki tidak dikenali.
“Saya dan isteri, Nur Aida R Mohd Tahir, 34, panik sebelum bergegas mencari anak sulung di sekitar kawasan perumahan dan bertanya jiran, namun Damia gagal dikesan dan ditemui.
“Saya dan isteri terus bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bagi membuat laporan. Selepas enam jam saya membuat laporan, polis menghubungi saya memaklumkan anak sulung saya ditemui penduduk dan dihantar ke taman permainan berdekatan rumah saya, kira-kira jam 10.30 malam,” katanya ketika ditemui.
Masih lagi trauma
Ads
Terdahulu kes kehilangan Nur Damia yang dipercayai diculik tular di media sosial sejak tengah malam tadi.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan menerima laporan mengenai kes penculikan kanak-kanak itu.
“Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Khairul Nizam berkata, beliau amat bersyukur kerana anak sulungnya ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka sekeluarga berada dalam keadaan trauma selama enam jam berikutan kehilangan Nur Damia.
“Sebaik polis memaklumkan anak sulung sudah ditemui, saya dan isteri bergegas ke taman permainan terbabit untuk bertemu Damia.
“Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan saja tahu perasaan saya dan isteri ketika itu. Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walaupun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam.
“Keadaan di taman permainan ketika itu ada beberapa orang penduduk dan polis, mereka turut membaca doa selamat. Selepas itu saya dan Damia di bawa ke Balai Polis Iskandar Puteri untuk diambil keterangan dan kami dibenarkan pulang selepas itu menjelang tengah malam tadi,” katanya.
Ads
“Tunggu pak cik belikan aiskrim..”
Sementara itu, Aliffi Abd Rahim, 28, individu yang menemui Nur Damia di belakang kedai makan di Taman Teratai, tidak menyangka gerak hatinya untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan taman perumahan akhirnya dapat menyelamatkan kanak-kanak perempuan terbabit.
Katanya, sebelum pergi ke restoran terbabit bersama abangnya, Affandi 33, dia ada terbaca tular di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan diculik di Taman Teratai.
“Sewaktu saya lalu di laluan menuju ke restoran itu, keadaan agak sunyi namun tiba-tiba nampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ.
Ads
“Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak-kanak perempuan itu. Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial, yang juga jiran kami.
“Kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan bingung sebelum beritahu nama dia Damia. Saya kemudian cuba pujuk dengan beritahu akan bawa pulang bertemu ibu bapanya apabila dia berkata sedang menunggu seorang pakcik membelikannya aiskrim. Namun, dia akhirnya ikut saya dan abang untuk dihantar pulang ke rumah,” katanya.
Aliffi berkata, beliau menyerahkan Nur Damia kepada anggota polis yang membuat kawalan di sekitar kediaman ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum keterangannya turut diambil bagi membantu siasatan.
“Saya harap kejadian seumpama ini menjadi pengajaran dan tidak berulang,” katanya.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini tular berkenaan kebaikan Chef Selebriti, Datuk Chef Wan yang tidak berkira soal urusan faraid malah sanggup ‘tambah’ duit untuk hadiahkan adik beradiknya gelang emas yang baharu tanda kasih sayang buat mereka.
Semalam Che Wan telah membawa adik beradik perempuanya ke sebuah kedai emas terkenal untuk memilih sendiri gelang emas kesukaan mereka.
Namun telatah comel dan ‘excited’ adik beradik perempuan Chef Wan menarik perhatian ramai. Siapa tak ‘excited’ kan, dapat pilih sendiri gelang kesukaan!
“Tengok aja telatah my two sisters ni si bawang merah dan si bawang putih masuk Habib Jewels. Dah bagi budget seorang 10K tiba-tiba nak rantai pulak matching. Wan cincin…..cincin tak ada ke kasi tambah nak cukup satu set.”
Harga satu gelang yang di pilih RM11500 melebihi bajet RM10 ribu yang telah ditetapkan namun Chef Wan berkata dia tidak kisah asalkan adik beradik perempuanya gembira.
“Mata masing-masing dah rambang. Last-last they settled for this over the budget sedikit sahaja. Lepas hajat i to get my 3 sisters their bracelets.”
Rata-rata memuji sikap baik Chef Wan yang menyantuni arwah ibu, arwah bekas isteri, anak-anak dan keluarga. Malah ramai turut ingin mencontohi sikap terpuji beliau.
arhafnd Sebaga seorg pemegang amanah chef sudah menunaikan ibadah chef dgn cemerlang semoga chef bertambah rezeki dlm segala rezeki dpt membantu keluarga memberi pekerjaan dan pembangunan negara besar jasa chef salute ❤️❤️
mdmzita bestnya dapat abg mcm DCW..jadi abg angkat je boleh?😂😂..semoga DCW terus dilimpahi rezeki dan diberkati Allah selalu..😍
shierastory datuk chef wan adalah contoh yg baik… Mcmmn dia layan ex wife dia… Mak dia… N adik bradikk dia kita tau cf adalah org yg baik dan berhati mulia
Bagusnye DCW xkedekut dgn adik beradik… Semoga terus berjaya n diberikan rezeki yg xdisangka sangka…
azycullen Alhamdulillah,semakin mencurah2 rezeki DCW. 😍 doakan sye dpt jdi mcm DCW. Seronok dapat membahagiakan org sekeliling terutama ahli keluarga kite sendiri.
Bukan mudah nak bertenang setelah penat menguruskan rumah ditambah pula anak-anak masih kecil. Ada anak yang 24jam nak melekap dengan ibu, ada yang tak berhenti menangis.
Mungkin pada pandangan orang lain, cara ibu ini kejam kerana membiarkan anak kecilnya menangis. Namun menurutnya, dia tidak sekejam itu dan yang dia perlukan hanyalah tempoh bertenang sebentar.
Perkongsian ibu ini tentang keadaan sebenar mempunyai bayi kecil mendapat perhatian ramai.
Mempunyai cahaya mata yang hampir memasuki usia 1 tahun, dia buntu kerana si kecil itu masih sukar menerima makanan jenis pepejal dan hanya mahu menyusu badan sahaja.
Hampir putus harapan dan tidak tahu mahu mengadu pada siapa, si ibu tersandar di pintu dengan renungan kosong diselangi tangisan si anak.
“9 bulan, baby refused makanan, refused minum susu formula cuma nak susu badan. Tapi ibu penat sangat. Hanya yang pernah alami sahaja tahu, 3 bahagian rasa marah.. 7 bahagian lagi rasa tak berdaya”
Hampir tidak berdaya untuk memujuk. ibu ini akhirnya terpaksa mendiamkan diri seketika untuk tempoh bertenang. Tak lama kemudian dia kembali memeluk anaknya sambil memujuk bayi comel itu.
Bagi ibu yang menunggu masa nak bersalin, mesti teruja untuk buat persiapan menyambut orang baru. Bukan saja persiapan membeli barangan bayi semata-mata, tetapi mental dan fizikal juga harus bersedia.
Maklumlah proses kelahiran setiap anak tak sama. Ada ibu yang perlu melalui sakit kontraksi beberapa hari, ada tu sakit kejap terus bersalin. Rezeki masing-masing kan!
Namun sebagai ibu yang bakal berjuang antara ‘hidup dan mati’ pasti mahu bersalin di hospital yang lengkap dengan kemudahan dan kepakaran doktor bagi memastikan semua berjalan lancar.
Ada sesetengah situasi, ibu tak sempat sampai ke hospital tetapi bersalin di rumah atau dalam kereta kerana bayi dah keluar. Sama juga keadaan yang berlaku pada seorang ibu apabila viral kisahnya bersalin dalam kereta berdekatan Kuil Batu Caves sempena Hari Thaipusam.
Apa yang menarik perhatian ramai, masing-masing begitu sepakat dan membantu si ibu melahirkan bayi dengan selamat sebelum ambulans sampai.
Perkongsian di FB LK Savantharaja ini menarik perhatian orang ramai kerana si ibu dibantu oleh masyarakat India yang ketika itu datang untuk sembahyang sempena sambutan Thaipusam.
WANITA MELAYU NAK BERSALIN, MUJUR ADA HERO-HERO DI HARI THAIPUSAM
Saya datang sembahyang di kuil Batu Caves pagi tadi. Ternampak seorang wanita minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.
Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitau ”KAKAK YOU AND YOUR BABY ARE BLESSED”. Rasa gembira dia selamat timang baby girl.
Ambulans pun terus sampai lepas baby keluar. Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada baby tu untuk kenangan.
Kredit: FB LK Savantharaja
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor), Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia selepas rebah di hadapan khemah pasukannya.Selepas menerima rawatan...