Tungku Bayi Ekspres Guna 2 Bahan Utama. Berkesan Rawat Kembung Perut Bayi Dan Ibu Bersalin

Share

Anak kecil dan bayi (terutamanya) memang tak dapat dipisahkan dengan penggunaan tungku/tuam. Bayi baru lahir perlu ditungku untuk hangatkan badan bayi selepas mandi, kurangkan kembung perut atau angin dalam badan dan juga elakkan angin pasang (bagi anak lelaki).

Berdasarkan perkongsian Puan Yatie Eimra dia ada berkongsikan cara untuk membuat tungku ekspres dengan bahan yang ada di rumah sahaja dan berkesan untuk merawat kembung perut bayi dan juga ibu dalam pantang.

Ikuti perkongsiannya:

Anak saya ada masalah sawan nangis akibat terlalu kerap kembung perut sejak dari lahir. Bekalan minyak telon dan tungku bayi memang wajib ada. Masuk 7 bulan baru kurang sakit perutnya. Selama tu jugaklah tungku bayi tak tinggal..

Baru-baru ni masa anak kena cirit birit akibat tonsillitis (hampir 2 minggu), saya buatkan tungku bayi ekspres ni untuk kurangkan kembung perut dan hangatkan badan anak. Almaklum lah, cirit birit ni kalau badan sejuk, lagi menjadi-jadi sakit perutnya. Tungku ni mudah disediakan dan time-time terdesak, memang guna tungku ni je.

Macam-macam bahan orang buat tungku bayi ni. Tapi yang selalu saya buat 2 je bahan utama. Herba-herba lain boleh digunakan sebagai tambahan supaya tungku lebih efektif.

2 Bahan Utama:

  1. Bahan pemanas (pasir pantai/debu tanah/garam/beras)

Semua bahan-bahan yang dinyatakan kat atas ni boleh serap dam simpan haba apabila dipanaskan. Bahan-bahan ni berfungsi kekalkan suhu panas tungku bayi agar tahan lebih lama. Jadi memudahkan kerja ib-ibu dan tak perlu kerap sangat panaskan balik tungku.

2 bahan utama – garam & lada hitam

Boleh gunakan pasir pantai, debu tanah (tanah ditapis dengan penapis besi untuk buang batu dan bendasing dan dapatkan debu-debu yang halus je), garam ataupun beras. Gunakanlah bahan yang ibu-ibu mudah dapat ye. Masa berpantang dulu saya tinggal dirumah mak, jadi debu tanah (tanah yang halus) memang mudah dapat. Tapi sekarang saya gunakan garam je.

  1. Bahan untuk singkirkan angin

Yang ni memang paling banyak variasi. Ada yang gunakan lada hitam, habatussauda, halba, biji sawi, jintan, biji ketumbar dan macam-macam lagi. Selalunya saya hanya gunakan lada hitam sebab tu je bahan yang sentiasa ada kat dapur. Tapi kali ni saya tambahkan rempah campur (untuk masak kari tu) sebab dah ada campuran halba, biji sawi dan jintan dalam tu.

Optional.. Saya gunakan je rempah campur sebab dah ada biji sawi, halba, jintan. Semua bahan ni boleh kurangkan angin dalam badan.

Ni Cara Saya Buat Tungku Bayi Ekspres

1/2 cawan garam (lebihkan pun boleh)
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan rempah campur (optional)

  1. Campur semua bahan. Panaskan selama 5-7 minit diatas dapur hingga panas dannaik baunya.
  2. Boleh gunakan kain perca atau baju lama anak (lengan panjang) untuk ikat bunjut tungku ni.
Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih/daun mengkudu jika ada. Curah campuran garam yang telah dipanaskan di bahagian tengah baju.
Tinggikan bahagian bawah/kaki baju
Pegang bahagian leher baju seperti gambar di atas (pastikan kedudukan bahagian bawah baju tadi lebih tinggi dari bahagian leher). Ikat kedua² lengan baju ke belakang.
Ikat dengan kemas supaya garam tak terkeluar.
Tarik bahagian lengan baju ke depan & ikat sekali lagi untuk kemasan.

*Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih atau daun mengkudu sebelum curahkan campuran yang dihangatkan tadi.

*Boleh juga panaskan bunjut tungku dengan seterika jika suka, tapi suhunya tak betul-betul sekata dan panasnya juga tak tahan lama.

*Untuk garam dan beras, tak disarankan simpan dalam kain sebab garam dan beras ni serap kelembapan. Garam akan jadi lembap dan beras akan berkulat. Sebaik-baiknya campuran garam/beras disimpan dalam bekas bila tak digunakan dalam tempoh yang lama.

Sebaik-baiknya simpan dalam bekas jika gunakan garam sebab lama-kelamaan garam akan menjadi lembap & berketul.

*Saya tak ikat mati sebab lebih suka buka dan panaskan balik campuran garam tadi dalam pan bila nak guna.
*Boleh tengok gambar cara saya ikat tungku bayi ni gunakan baju bayi terpakai.

Lain-lain tip:

*Sebelum tungku bayi/anak pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.

*Pastikan tungku dah suam (test pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.

*Untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Dap atau tekap sekejap-kejap je tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan & tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat 2-3 minit. Kemudian tuamlah perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.

Untuk bayi boleh lapik dengan kain sebelum tungku. Pastikan tungku telah suam sebelum tungku secara direct atas kulit.

*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut dan bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha dan tapak kaki.

*Saya dulu bersalin secara ceaser sebab fetal distress. Saya gunakan tungku yang sama (gandakan sukatannya) & tambahlah daun sirih/mengkudu jika ada untuk tungku bahagian perut (elakkan tungku kawasan luka ceaser). Tungku ni ringan dan sesuai digunakan untuk ibu-ibu yang bersalin secara ceaser untuk bantu cepatkan proses kecutkan rahim dan kurangkan angin dalam badan.

Sumber: Yatie Eimra

 

Published by
Wan Amy