Syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur terkenal, Tupperware Brands (Tupperware), yang telah diisytiharkan muflis semalam, kini bersetuju menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan nilai AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai, serta lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk ‘diskaun hutang’.
Ia sekali gus membatalkan rancangan syarikat itu untuk melelong asetnya secara terbuka.
Tupperware mengumumkan perjanjian terbabit sewaktu sesi pendengaran mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware.
Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon, berkata beliau akan segera menjadualkan sesi pendengaran mahkamah berasingan untuk mempertimbang kelulusan penjualan aset syarikat terbabit.
Jelasnya, ia langkah terbaik mengambil kira situasi sukar dan mencabar syarikat Tupperware.
Ads
Tupperware, syarikat yang berpangkalan di Orlando, Florida, memfailkan perlindungan kebankrapan bulan lalu, dengan tanggungan hutang sebanyak AS$818 juta dan mengemukakan rancangannya untuk mencari pembali dalam tempoh 30 hari.
Bagaimanapun, terdapat satu kumpulan pemberi pinjaman kepada Tupperware yang menentang rancangan penjualan syarikat terbabit, termasuk menyuarakan keinginan untuk menuntut aset.
Dengan perjanjian baharu ini, ia akan membolehkan pemberi pinjaman membeli nama jenama dan operasi Tupperware di beberapa pasaran utama, kata peguam syarikat itu, Spencer Winters, dalam pendengaran mahkamah.
Ads
Tupperware memaklumkan mereka akan memberi tumpuan awal terhadap pasaran termasuk AS, Kanada, Mexico, Brazil, China, Kore, India dan Malaysia, disusuli pasaran lain antaranya di Eropah dan Asia lain.
Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat akan menamatkan operasi di pasaran yang mempunyai liabiliti yang tinggi.
Ads
Semasa pendengaran mahkamah minggu lalu, Tupperware berhujah bahawa pemberi pinjaman iaitu pihak membeli Tupperware dengan diskaun tinggi tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan pemiutang lain.
Selain itu, mereka juga dihalang daripada mendapat manfaat daripada hasil jualan.
Di pihak pemberi pinjaman yang turut berhujah dalam sesi sama berkata, lelongan yang dicadangkan oleh Tupperware akan menghalang mereka daripada menggunakan pertukaran hutang sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan aset Tupperware.
Syarikat pemberi pinjaman yang kini bersedia mengambil alih Tupperware termasuk Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners dan Bank of America.
Bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu menyatakan dia dianiaya dan difitnah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Sementara itu, di luar mahkamah, keluarga kepada ibu bapa Zayn itu berkumpul sambil memegang kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’.
Ibu kepada bapa Zayn juga turut menjerit meminta keadilan untuk anak lelakinya itu.
“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tidak salah,” jeritnya.
Peguam, Fahmi Abd Moin yang mengesahkan beliau dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu tiba di mahkamah pada 8.25 pagi.
Terdahulu pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, dekat sini, pada 10 malam.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Meruntuh jiwa khabar pemergian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, si kecil berusia 19 bulan yang akhirnya pulang ke pangkuan Ilahi.
Tanah Perkuburan Islam Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan menjadi saksi betapa luluhnya hati semua orang yang hadir, termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung. Tangisan ibu ayah bersatu dengan sendu orang ramai, meratapi perpisahan yang terlalu awal.
Terdahulu, jenazah Hud Aryan diiringi ahli keluarga dan penduduk kampung disolatkan di Masjid Mukim Kuala Tiga pada pukul 1.00 pagi sebelum selamat dikebumikan pada 2.00 pagi tadi.
Bapa Hud Aryan iaitu Mohd Nor Hafifi Saidee berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat anaknya selama tiga hari.
Dia dan isteri, Azean Nur Atikah Ramley, reda dengan pemergian arwah serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan arwah anaknya.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pihak polis pihak Bomba dan NGO.
“Terima kasih kepada penduduk kampung terlibat. Memang terbalas jasa semuanya. Walaupun hanya menemukan jasad arwah, saya dan isteri redha dengan pemergiannya”, katanya.
Terdahulu, jenazah kanak-kanak itu dituntut ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Tanah Merah setelah proses bedah siasat selesai dijalankan sebelum dimandikan dan dikafankan.
Pada Isnin lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan dilaporkan hilang di
Kampung Aira Kuala Tiga, dan operasi pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Unit K9 serta penduduk kampung.
Operasi SAR berakhir semalam apabila mayatnya ditemukan tersangkut pada pokok di muara Sungai Kerila, Tanah Merah kira-kira tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Sumber: RTM & Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.