Walaupun sudah memasuki tahun 2021, tidak dinafikan ada diantara kita yang masih mempercayai amalan pelik-pelik untuk menurunkan paras kuning atau jaundice anak.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, jaundis adalah perkara biasa yang berlaku kepada bayi. Hanya perlu dipantau dan diberikan susu sentiasa. Tak perlu mencuba segala cara untuk menurunkannya. Bimbang memudaratkan bayi!
Ya Allah. Ramai lagi rupanya yang duk amalkan petua pelik-pelik ni. Dah tahun 2021 pun masih ada yang sanggup biar bayi kena rendam dalam air cincau semata-mata nak cepat turunkan paras kuning (jaundice).
Bangga pulak tu. Siap diviralkan. Jangan macam tu mak-mak semua. Boleh nak berikhtiar tapi janganlah sampai kita main guna je kaedah yang mengarut. Salah tu.
Okay macam ni. Bayi kekuningan ni memang kerap terjadi sebab kebanyakannya adalah fisiologi biasa (physiological jaundice) untuk bayi.
Dalam badan manusia, Tuhan dah tetapkan bila sel darah merah tamat tempoh, ia akan terurai dan sebahagiannya membentuk bilirubin. Bilirubin ni akan diproses di hati sebelum dibuang keluar dari badan melalui najis dan air kencing.
Apa yang berlaku pada bayi yang baru lahir, organ hati dia tu baru nak warming up. Dah boleh function, tapi slow je lagi. Itu yang kadang-kadang sebahagian bilirubin masih belum diproses dan berkumpul terlalu banyak dalam darah. Akhirnya timbul di kulit hingga nampak kuning.
Memang ada kajian menunjukkan, seramai 50% bayi matang dan 80% bayi pramatang boleh dapat kuning jaundice ni.
Tapi tak bermakna, semuanya perlukan rawatan. Kebanyakannya akan reda balik dalam masa 2 minggu. Yang penting ialah PANTAUAN melalui ujian darah supaya rawatan yang tepat dapat diberikan segera bila perlu.
Dalam masa sama, tugas kita mak ayah pastikan si comel tu kerap disusukan supaya bayi akan lebih kerap kencing dan berak. Gagal menyusukan bayi secukupnya hanya akan buatkan tubuh dia terdehidrasi dan paras jaundice semakin menaik.
Paling menakutkan kalau tak dipantau. Kita mungkin tak sedar yang level bilirubin dah jadi sangat tinggi hingga akhirnya menyerang otak (kernicterus). Tak pasal-pasal budak tu sawan dan cacat otak kekal.
Tolong #share info ni dengan kawan-kawan kita yang lain ye. Bila si comel tu mengalami kekuningan, paling penting ialah pastikan dia dipantau dan diberikan susu secukupnya.
Bukan ajar petua yang mengarut dan buatkan mak mak semua jadi makin stress.
Artikel berkaitan: Baru Bersalin Anak Kena Jaundis, Susu Ibulah Penawar Terbaik, Ini Cara Mama Nak Tahu Bayi Kena Jaundis Atau Tidak
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI