Semalam Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan tentang kehamilan keduanya yang kini sudah berusia empat bulan. Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi tersohor ini dalam satu sidang media yang diadakan secara atas talian.

Dalam satu temubual bersama media, penyanyi kesayangan ramai ini berkongsi tentang beberapa  persoalan tentang kehamilan keduanya itu. Dalam temubual tersebut Siti Nurhaliza mengakui kehamilan keduanya turut melalui rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

 

Rawatan tersebut dibuat selepas kejayaannya mendapatkan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Menurut Siti, ketika melakukan rawatan itu, dia hanya berserah kepada Allah dan tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

“Saya hanya mampu berserah kepada Allah selepas melalui proses rawatan yang sama seperti sebelum ini. Ketika itu saya rasa peluang untuk mendapatkan zuriat adalah 50-50.

“Perasaan itu terbit mungkin sebab saya pernah melalui kegagalan suatu ketika dulu dan kehadiran Aafiyah sememangnya rezeki terindah yang Allah berikan. Namun, untuk kehamilan kedua ini saya tertanya-tanya sama ada Allah akan beri lagi atau tidak.

“Allamdulillah saya sangat bersyukur apabila dapat tahu kehamilan kedua ini positif dan diberikan rezeki lagi. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu,” katanya.

Hamil Dalam Pandemik, Siti ambil langkah berjaga-jaga

IKLAN

Siti yang dijangka bersalin pada April tahun depan berkata, dia tidak berdepan sebarang alahan teruk atau cabaran besar seperti kehamilan pertamanya.

“Setakat ini semuanya berjalan lancar. Tidak seperti awal kehamilan Aafiyah yang mana saya mengalami pendarahan. Saya bersyukur semuanya berada dalam keadaan baik dan doakan semoga semuanya selamat sehingga bersalin.

Turut mengakui bimbang hamil dalam musim pandemik yang sedang menular, Siti ambil langkah berjaga-jaga dengan tidak keluar dari rumah melainkan jika benar-benar perlu.

“Cuma saya sedikit gementar apabila hamil dalam situasi Covid-19, lebih-lebih lagi wanita hamil berisiko tinggi untuk dijangkiti.

“Sebenarnya saya nak jalani rawatan IVF lebih awal tapi disebabkan oleh Covid-19 saya lewatkan sikit. Saya ambil keputusan untuk kembali melalui rawatan IVF selepas keadaan sedikit reda sebelum ini, namun keadaan sekarang membuatkan saya sangat berjaga-jaga dan tidak keluar rumah kecuali jika ada hal yang tidak dapat dielakkan.

“Saya juga sedar ramai yang sudah berteka-teki dan nampak perubahan terhadap diri saya yang berbeza ketika berjumpa di luar tapi mereka menunggu berita itu daripada mulut saya. Jadi saya ambil keputusan untuk umumkannya hari ini,” katanya.

 

IKLAN

Aafiyah teruja bakal dapat adik

Ditanya mengenai perasaan Aafiyah, Siti berkata, Aafiyah antara yang teruja dan sudah memahami keadaan dirinya yang sedang berbadan dua.

“Saya tak pasti dia faham atau tidak tapi dia tahu ada ‘baby’ di dalam perut. Saya juga sering tunjuk foto imbasan kehamilan mengenai keadaan bayi dalam kandungan saya,” katanya yang belum mendedahkan jantina anak keduanya.

Dalam pada itu, Siti memaklumkan kehamilan kali ini membuatkan dia mudah berasa letih dan beremosi.

Turut Jalani Rawatan IVF Untuk Kehamilan Kedua. Siti Akui Cepat Penat & Mudah Beremosi

IKLAN

“Proses kehamilan kali ini tiada yang teruk cuma saya cepat penat. Barangkali disebabkan faktor usia saya yang bakal menjengah usia 42 tahun depan.

“Selain itu, kehamilan ini juga saya cepat beremosi seperti tengok drama di TV yang sedih saya menangis. Begitu juga ketika melihat video di Instagram,” katanya.

Semoga dipermudahkan urusan kehamilan penyanyi kesayangan ramai ini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tok Ti dan Datuk K dengan berita gembira ini.

Sumber: Hmetro & IG CTDK

Mama nak take a break, jamu mata, Klik sini!

Baca: Aafiyah Jadi Kakak! Dah 4 Bulan, “Doakan Saya Kuat & Adik Aafiyah Selamat Dilahirkan”

Baca: “Penat Tau Jadi Cikgu Kat Rumah,” Fasha Sandha Kongsi Rutin Dengan Anak, Harap Covid-19 Cepat Berakhir

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI