Syarikat Khairulaming telah mengumumkan penutupan operasi kilang selama 5 hari bagi memberi penghargaan kepada 100 orang stafnya dengan percutian mewah di Pulau Pinang. Dalam percutian ini, kesemua staf akan menginap di hotel bertaraf lima bintang dengan bilik seaview, selain menerima duit poket untuk shopping.

Pelbagai aktiviti menarik turut disusun termasuk bermain di Escape Park, parasailing, banana boat, jetski, serta jelajah bandar bersejarah Georgetown. Selain itu, staf juga berpeluang menikmati nasi kandar asli dan menghadiri grand dinner istimewa.

Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada semua staf untuk berehat dan bercuti dengan penuh kegembiraan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka selama ini.

Tutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa 100 Staf Percutian Mewah

 

Kita tutup kilang selama 5 hari untuk bawa kesemua 100 staff Khairulaming bercuti di Penang. Semua staff dapat hotel 5 star bilik seaview, duit poket untuk shopping, main escape park, parasailing, banana boat, jetski, explore bandar georgetown, makan nasi kandar, grand dinner dan macam-macam lagi. Yang penting semua staff dapat berehat and bercuti dgn happy.

Tutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa 100 Staf Percutian MewahTutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa 100 Staf Percutian MewahTutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa 100 Staf Percutian MewahTutup Kilang 5 Hari, Khairul Aming Bawa 100 Staf Percutian Mewah

Menjengah di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa gembira dan kagum melihat usaha yang dilakukan oleh pempengaruh terkenal ini. Terbaik Khairul Aming!

 

Sumber: IG khairulaming

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI