Biasakan kita lihat televisyen (TV) terpasang, tapi anak tak tengok pun. Dia sibuk buat benda lain tapi kadang-kadang tengok TV kejap, lepas tu main lagi. Bukan sekadar kanak-kanak, kita orang dewasa pun biasa buat macam tu kan.

Tapi kita nak lihat kesan TV terpasang pada pembelajaran, interaksi dan fokus bermain pada kanak-kanak.

Berikut perkongsian dari Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim mengenai kesannya pada anak berdasarkan kajian.

TV Terpasang Tapi Anak Tak Tengok Pun. Cara Ini Boleh Jejaskan Pembelajaran Anak

IKLAN

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Lerner & Barr, 2015 jika TV terpasang semasa kanak-kanak bermain, dan kandungan TV tersebut tiada kaitan pun dengan pembelajaran kanak-kanak, pembelajaran mereka akan terganggu kerana mereka akan kerap melihat pada skrin dan mereka akan gunakan banyak kebolehan berfikir mereka untuk memahaminya. Ia sukar bagi mereka kerana kandungan pada skrin tidak masuk akal pada mereka. Jika perkara ini berulang, ia akan memberikan kesan negatif pada fungsi kognitif anak. 

Tambahan pula ia akan mengganggu proses bermain kanak-kanak, kerana kanak-kanak akan berhenti bermain seketika dan melihat ke arah TV jika sesuatu menarik minat mereka. Dari kajian juga menunjukkan kanak-kanak akan kurang bermain dengan mainan sekiranya TV terpasang. Bermain adalah masa belajar kanak-kanak. 

IKLAN

Dengan TV terpasang juga akan mengurangkan masa interaksi antara ibu bapa dan anak. Sekiranya TV terpasang, ibu bapa dan anak akan kurang engage dan ibu bapa juga sukar untuk mendapat perhatian anak.

TV Terpasang Tapi Anak Tak Tengok Pun. Cara Ini Boleh Jejaskan Pembelajaran Anak

IKLAN

Bila ada gangguan TV, ibu bapa akan lebih sukar untuk memerhatikan dan memberi tumpuan pada respon yang diberikan oleh anak dan semestinya sukar untuk membalas respon anak. Semua ini akan memberi impak negatif pada perkembangan pembelajaran anak sekiranya berlaku secara berterusan.

Ini fakta dan kajian yang telah dilakukan. Bergantung pada kita untuk menialainya dan mengambil langkah yang sepatutnya.

Sumber: Aishah Kassim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI