Kehamilan

Tya Ariffin Umum Hamil Anak Ketiga, ‘Baby Is On The Way’!

Share

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin dan suaminya Asyraf Khalid berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga mereka tidak lama lagi.

Menerusi Instagramnya, Tya memuat naik video pendek bersama suami sambil memegang surat khabar dan bersantai.

Apa yang menariknya, surat khabar itu bertulis ‘Welcome Little One’ dan ‘Baby Is On The Way’ pada muka hadapan sekaligus mengumumkan kehamilan anak ketiga mereka.

“Can You spot the announcement?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah meyakinkan bila mana babp bump yang cukup jelas kelihatan dengan gaun berwarna hijau yang dipakai oleh Tya.

Hantaran yang dimuat naik Tya dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan pengikut setia usahawan berjaya ini.

Terdahulu Tya mendirikan rumahtangga bersama Asyraf Khalid pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

 

Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu

Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

 

Ayuh sertai Edutainment Fest 2024!

Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!

Terbuka kepada anak-anak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Jom daftar sekarang! https://kliik.je/product-details/108?title=mari-mewarna-saya-anak-malaysia

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

IKLAN