Jika Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimpikan untuk memiliki anak lelaki, menantunya pula Tya Ariffin mengharapkan untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.
Menurut Tya, 23, dia dan suami Asyraf Khalid ada cuba mengamalkan beberapa petua selain berdoa agar impian mereka itu dimakbulkan.
“Kami sentiasa menanti rezeki itu dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua, kalau boleh nak dapat baby perempuan pula.
“Sejujurnya, kami ada berikhtiar dan ikut petua-petua dahulu yang mungkin boleh membantu untuk dapat anak perempuan, tak salah untuk kami cuba.
“Namun, jika ditakdirkan dapat anak lelaki lagi, saya tak kisah dan terima dengar hati terbuka!,” katanya.
Tya dan Asyraf, 26, berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2015.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Arif Jiwa Asyraf pada 31 Mac tahun lalu.
Sumber: mstar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Soalan Sensitif Elakkan Bertanya Pada Ibu Berpantang Waktu Raya Nanti, Jaga Silaturrahim!
Adat kunjung mengunjung di bulan raya nanti pastinya menambahkan keakraban dan silaturrahim diantara kita.
Namun jangan keruhkan keadaan dengan soalan-soalan yang sensitif dan kurang sedap di dengar. Lebih-lebih lagi jika ada ibu yang sedang dalam pantang. Sakit pun belum reda lagi, bertambah sakit bila dengar soalan yang tak wajar.
Dr Taufiq Razif, kongsikan beberapa soalan yang tak sepatutnya kita tanya ketika menziarah sanak saudara atau rakan taulan. Tak ada mak ayah yang tak inginkan anaknya sempurna. Jadi jaga bahasa kita. Jaga silaturrahim kita.
1. Kenapa bayi awak gelap?
Tak ada mak ayah di dunia ni yang boleh ‘order’ nak anak hitam ke putih. Warna kulit anak ditentukan oleh pigmen melanin kulit yang diturunkan melalui genetik & juga pengaruh sekelilingnya. Kadangkala tu memerlukan lebih 6 bulan untuk si bayi tu mendapatkan tona kulitnya yang sebenar. Bertanya tentang kulit anak hanya menyinggung perasaan si ibu yang baru habis menggadaikan nyawanya untuk kelahiran bayinya!
2. Kenapa kulit baby awak keriput dan tak cantik?
Memang itulah perkembangan kulit anak kita. Kalau korang tengok kulit baby baru lahir lagilah, kadang tu penuh dengan lapisan kuning seakan akan lapisan cheese ( vernix caseosa ) dan juga penuh dengan bulu halus ( lanugo). Kita dulu pun sama juga keriputnya!
3. Kenapa baby asyik menangis je tu? Mesti susu badan awak tak sedap kan?
Ingat, pantang paling keras untuk disebut di depan ibu sedang berpantang adalah bila kita komen tentang susu badannya!
Ibu ibu ni perlukan ‘self esteem’ yang tinggi dan motivasi yang kuat untuk menyusukan anak ni. Ramai ibu di luar sana yang menyerah kalah dan taknak menyusu anak dah sebab komen komen tetamu yang menjatuhkan moral dan penuh sindiran.
4. Kenapa baby awak tak macam anak saya?
Ni paling menyentap jiwa si ibu yang baru melahirkan. Jangan banding bandingkan anak anak gitu. Setiap perkembangan anak berbeza dan takkan sama. Biarlah doktor yang tentukan samada anak orang tu ada apa apa masalah perkembangan ke tak. Bandingkan anak hanya akan membuatkan si ibu tadi menjadi cemas (anxious mother)!
5. Kenapa muka baby tak sama dengan awak?
Punyalah si ibu ni kena hadap 9 bulan 10 hari si anak tu di dalam kandungan. Dengan muntah tak berhenti di awal kehamilan ( hyperemesis gravidarum ) sehingga lah merasakan kesakitan kontraksi rahim ( contraction pain) bila nak melahirkan.
Bila tengah melahirkan pula kena pula rasa hirisan episiotomy & segala risiko kematian ketika proses bersalin, tapi bila dah lahir orang duk kata si anak tu tak ada iras si ibu pun.
Ya Rabbi hancurnya lah hati si ibu tu. Jadi, nak komen apa apa tentang si anak tu kena lah sensitif dulu dengan perasaan dan emosi si ibu.
Jangan main main dengan ibu yang tertekan. Ingat, ibu yang tertekan ni kesannya bukan cuma pada si ibu je tapi bayinya akan ikut terkena sekali!
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waktu Anak Tidur, Tatap Muka Anak. Kenang Waktu Kita Marahkan Mereka
“Pernah tak kita tatap wajah anak waktu dia tidur? Kalau tak pernah cuba buat dan anda akan rasa sayu dan sebak tatap wajah tenang mereka yang tak berdosa.”
Biasanya waktu ini barulah kita rasa menyesal sebab marah atau pukul mereka atas perbuatan nakal yang dilakukan. Bukan bermakna ibu atau ayah tak boleh marah atau pukul anak.
Tapi biarlah ia bertujuan untuk mendidik mereka bukannya sampai mencederakan berulang kali sampai jadi mendera dan lebih menyedihkan anak meninggal dunia akibat derita kesan deraan tersebut.
Perkongsian seorang ayah, Andy Sulaiman ini diharap mampu menjentik emosi kita yang jadi ibu bapa.
Semoga segala kemarahan dan perasaan geram dengan tingkah laku anak yang kadangkala menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa dapat disabarkan tatkala kita menatap wajah suci dan polos si kecil semasa mereka tidur.
KENAPA MESTI PUKUL SAMPAI MATI?
Mak, ayah, mama, papa, umi, babah,
1) Waktu anak tidur, tatap muka anak sebentar. Kenang balik waktu kita marahkan mereka. Besar ke salah mereka? Patut ke mereka dimarah, diherdik sebegitu?
2) Waktu anak tidur, pandang mata mereka yang tertutup itu. Mata itu menangis kesakitan waktu kita pukul mereka. Tidak kah hadir rasa sayu?
3) Waktu anak tidur, lihat sesusuk badan anak itu. Badan itu lah yang kita belasah setelah diri kita dikuasai amarah. Lebam, berbekas, berdarah.
4) Waktu anak tidur, lihat telinga anak. Telinga itu lah yang kita tarik, yang kita pulas setelah mereka menunjukkan sifat kedegilan mereka yang menjadi lumrah bagi kanak-kanak. Masih lembut cuping itu. Ditarik dan dipulas oleh tangan yang sudah berpuluh tahun hidupnya.
5) Waktu anak tidur, lihat raut wajah anak. Betapa mereka sayang kita sehingga sikit tidak melawan bila kita hayunkan tangan pada muka dan tubuh badan mereka. Berasa menang kah kita?
6) Waktu anak tidur, berbual lah dengan mereka. Bagitahu kenapa kita marah. Dan fikir balik, apakah keterlaluan marah kita itu?
7) Waktu anak tidur, berbual lah dengan mereka. Tanyakan sakit atau tidak bila kita pukul mereka. Jika kita sebaya mereka, apa yang kita rasa?
8 ) Waktu anak tidur, kenang kembali. Berapa banyak janji-janji yang belum kita penuhi. Hingga anak menuntut seterusnya memberontak dan kita akhiri dengan pukulan?
9) Waktu anak tidur, ingat balik, berapa lama kita luangkan masa memberi kebahagiaan pada mereka dan berapa banyak pula masa kita habiskan untuk sakitkan mereka?
10) Waktu anak tidur, fikir balik. Apa kah kita sudah boleh dianggap ibu bapa yang berjaya? Mengapa tekanan dari luar, cabaran dunia, kita cuba zahirkan kekusutan kita ke atas tubuh badan anak kita?
Cubalah lakukan beberapa hal di atas ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat menyemai rasa kecintaan kita, rasa tanggungjawab kita, rasa ingin lebih luangkan masa kita dengan anak-anak.
Cubalah amalkan ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat menjauhkan diri kita dari dirasuk amarah, sehingga kita lupa yang kita pukul dan seksa itu adalah kita punya amanah. Kita punya daging darah.
Penulisan ini bukan lah untuk anda semata. Untuk aku juga. Aku juga pernah melepaskan marah. Pernah memukul anak, sehingga akhirnya menebal rasa penyesalan di dada.
Walau sekeras mana pun kita, bila dikenangkan kembali apa yang kita lakukan pada anak kita, air mata ini berlinang juga.
Maafkan Papa.
Tolong. Hentikan keganasan terhadap anak-anak. Mereka bukan lah lawan kita,
Andy Sulaiman
Puaka Bersekutu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berguling, Lembikkan Badan Depan Orang. Masa Ni Sabar Ibu Ayah Kena Tahap Maksimum
Tindakan segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak-anak mereka di tempat awam mungkin ada sebab tertentu. Ada yang berpendapat anak perlu diajar terus agar mereka dapat ingat sampai bila-bila dan tak akan mengulanginya lagi.
Namun sebagai ibu bapa adakah anda terfikir tindakan itu menyebabkan anak akan hilang keyakinan dalam diri mereka? Ingat ya walaupun anak kecil dan tak mampu buat apa-apa mereka sebenarnya ada sikap malu.
Kalau diikutkan biasalah anak-anak kecil ni akan berlari ke hulur hilir, tapi ada cara menasihatinya supaya anak faham apa yang boleh dan tak boleh. Berikut perkongsian dari Certified Parental Coach, Zaid Mohamad apa yang sepatutnya ibu bapa buat tanpa memalukan anak dikhalayak ramai.
- Ibu bapa perlu sedar bahawa dunia ini adalah sebuah “taman permainan” yang besar bagi anak-anak. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu tertekan apabila mereka terlebih “excited” tatkala dibawa ke tempat awam. Biarkanlah mereka berlari dan bermain asalkan tidak membahayakan diri DAN tidak mengganggu orang lain (jika tidak, kita mesti tegur dengan cara berhemah)
- Standard ibu bapa adalah tinggi sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Oleh itu ibu bapa perlu bijak dalam menyampaikan pesanan sebelum tiba ke lokasi kejadian. Beritahu awal-awal beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan (jangan banyak sangat) dan apakah akibatnya jika ianya dilanggar (cth: balik segera atau ada hukuman lain).
- Anak-anak kecil adalah pakar rundingan terbaik di dunia! Mereka gunakan taktik yang tidak boleh digunakan oleh orang dewasa seperti melembikkan tengkuk, mengelipkan mata dengan comel, dan juga menjerit sekuat hati sambil menangis dan berguling-guling di tengah-tengah shopping mall. Kita perlu bijak berunding dengan mereka – elakkan dari drama, bertegas dan jangan mengalah, alihkan perhatian dan buat perjanjian awal-awal.
- Mereka akan lupa pada perkataan/perbuatan TETAPI mereka akan ingat sampai bila-bila perasaan yang tercipta olehnya. Anak-anak (malah sesiapa pun) akan terlupa akan segala perkataan atau perbuatan kita, tetapi perasaan yang tercipta (bengang, malu, marah) akan dikenang seumur hidup. Jika berterusan, ini akan menjahanamkan kasih-sayang sesama keluarga. Berhati-hatilah….ciptalah kenangan terindah dengan kata-kata dan perbuatan yang terbaik sahaja!
Semoga mendapat sedikit peringatan untuk kita bersama In Sya Allah!
Sumber: Zaid Mohamad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI