Mungkin ramai ibu yang berhadapan dengan stress melihat helaian rambut makin banyak gugur selepas melahirkan anak. Rambut merupakan penyeri kecantikan wanita. Namun setelah bersalin beberapa bulan, semakin banyak rambut melekat pada sikat apabila rutin menyikat rambut.
Terpanggil untuk berkongsi tip buat ibu-ibu yang risaukan dengan permasalah tersebut, menerusi satu tread di Twitter, Dr Hafsah Sazali berkongsi tip penjagaan untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin boleh amalkan.
Menurut Dr Hafsah Sazali ia sebenarnya adalah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun selepas melahirkan bayi.
Menurut Dr Hafsah Sazali untuk mengurangkan rambut yang gugur, ibu yang baru melahirkan boleh cuba ubah gaya rambut yang sedia ada. Selain itu juga penggunaan perapi rambut juga tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan rambut Nampak lebih nipis.
Masalah rambut gugur ini biasanya akan beransur baik dan pulih dalam masa setahun. Doktor ini juga turut meminta supaya ibu-ibu lebih berjaga-jaga jika ada rambut terbelit di bahagian badan bayi. Bimbang ia akan menyebabkan kecederaan pada bayi anda dan seterusnya ada jangkitan kuman.
Sumber: Dr Hafsah Sazali