Keibubapaan

“Ubah Saya Jadi Lebih Baik” Fatima Genap Setahun, Video Dikongsi Fazura Buat Ramai Tersentuh!

Share

Tempias populariti ibu dan ayahnya, apa sahaja yang dikongsikan oleh ibunya, Nur Fatima Aisya pastinya sentiasa menjadi tumpuan wargamaya.

Kini diam tak diam, cahaya mata sulung pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sudah pun genap setahun selepas dilahirkan pada 2 Oktober 2020 lalu.

Menerusi Instagram, Fazura turut membingkas ucapan indah sambil berkongsi beberapa keping gambar Fatima ketika baru lahir dan momen-momen indah sepanjang satu tahun ini yang dipotretnya dalam sebuah video.

“Happy 1st Birthday Fatima.

“Selamat hari ulangtahun yang pertama anakku sayang. Mommy have no words but lump in my throat and tears in my eyes – of gratitude. Syukur yang paling dalam ke hadrat Allah SWT atas kurniaan terindah ini,” tulisnya.

Malah kata Fazura, kehadiran Fatima dalam hidupnya dan Fatah banyak mengubah dirinya menjadi yang lebih baik.

Malah ibu cantik yang kini mempelopori perniagaan menjual tudung ini juga turut sama membingkas ucapan indah agar Fatima sentiasa dilindungi Allah malah menjadi anak solehah dan sentiasa membahagiakan orang lain.

“You have changed me for the better, made me wiser, gave me purpose and a true meaning of life. Watching you grow day by day have been an absolute joy, I would never trade it for the world.

“Mommy sentiasa doakan Fatima dilindungi Allah SWT, membesar dengan sempurna, menjadi anak yang baik dan penuh adab, anak solehah, hidup sentiasa bahagia dan membahagiakan orang lain.

Beli Mayer X Disney Air Fryer Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/mayer-x-disney-special-edition-35l-air-fryer-mmaf8083-20170297″ style=”flat” background=”#e7ef2d” color=”#ffffff” size=”6″]Mayer X Disney Air Fryer[/su_button]

 

“I will always be your mommy, your best friend, your warrior and your care-bear. You can always count on me for anything as long as umur mommy panjang. In shaa Allah.. Amin.

“I love you more than words. Happy happy birthday my nyawa.

“Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah,” kata Fazura penuh makna.

Kongsi gambar Fatima waktu kecil

Namun melewati setiap gambar yang dikongsikan Fazura menerusi video itu, banyak koleksi foto Fatima ketika waktu kecil.

Momen-momen menarik Fatima, penuh gelak tawa turut dikongsikan Fazura. Seronok melihat setiap aksi Fatima yang comel.

Dalam pada itu, seluruh pengikut Fazura pastinya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan hari lahir buat si comel Fatima.

 

Terdahulu, Nur Fatima Aisya dilahirkan pada 2 Oktober 2020. Tidak berkongsi wajah si comel kesayangan mereka ketika kelahiran, pasangan ini sepakat berkongsi wajah kesayangan mereka sebaik memasuki tahun baru, iaitu pada tanggal 1 Januari 2021.

Menarik: Dah Siap Buat 3 Plastik Untuk 3 Hari, Elly Mazlin Dah Ready Sambut Baby Haider

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @fattzuralovelive

Published by
SRM