Ubat gegat, kacang parang & ubat nyamuk lingkaran antara 6 pencetus hemolisis anak kurang G6PD. Mama papa mesti tahu dan peka sentiasa!
Perkongsian daripada Dr Salehuddin Sulaiman ini boleh dijadikan panduan dan meningkatkan pemahaman tentang kekurangan G6PD yang di mana tanda-tandanya kebanyakannya bermula dari kecil lagi.
Kekurangan G6PD atau G6PD deficiency perlu diperjelaskan terutama sekali bagi ibu bapa dan pesakit sendiri bagi mengelakkan berlakunya hemolisis yang mengakibatkan kemusnahan sel darah merah lebih cepat berbanding penghasilannya.
G6PD ialah enzim yang menjaga keutuhan dinding sel dari serangan pengoksidaan.
G6PD deficiency
Satu topik yg simple je for me. Tapi selepas bertemu 3-4 patients yg masih confuse, saya decide untuk tulis berkenaan topik ni.
G6PD ialah satu daripada enzim yang menjaga keutuhan dinding sel, daripada serangan pengoksidaan (oxidative damage). Tak faham? Hahaha.. tak mengapa.
Kalau G6PD cukup, dinding sel terpelihara daripada bahan teroksida yang merosakkan dinding sel.
Simple analogi.
Pagar konkrit sekeliling rumah kita perlukan, katalah 20 beg simen. Tapi, budget kita tak cukup. So, kita beli 7 beg sahaja. Jadi, tukang akan guna pasir lebih, untuk bina pagar yang sama. So, pagar konkrit kita tu, tak kuat lah.
Boleh la guna untuk halang lembu 2-3 ekor. Tapi kalau segerombolan lembu datang menyerbu, memang tak tahan la pagar tu.
Sama lah juga dengan sel darah merah. Kalau G6PD cukup, dinding sel akan terpelihara daripada bahan teroksida yang boleh merosakkan dinding sel.
Kekurangan G6PD selalunya banyak berlaku kepada lelaki. Perempuan ada tapi jarang.
1. Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki, kerana baka yang menentukan penghasilan enzim ini terletak pada kromosom X. Orang perempuan boleh menghidap penyakit ini, tapi jarang (perempuan ada dua kromosom X).
2. Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tak ada rawatan untuk ‘memperbanyakkan’ enzim ini.
Ini adalah penyakit genetik, so ia kekal sehingga akhir hayat.
3. Masalah berkaitan penyakit ini
A. Jaundice (kekuningan) semasa bayi. Risiko untuk jaundice yang tinggi. Selalunya, kalau baby disahkan menghidap G6PD deficiency, akan dipantau sekurang-kurangnya 5 hari di dalam wad.
B. Risiko berlaku pecah darah merah yang teruk (hemolytic anemia) jika terdedah kepada bahan yang ‘terlarang’.
Ads
Masalah seumur hidup, tiada rawatan untuk memperbanyakkan enzim ini.
6 PERLU DIELAK BAGI INDIVIDU KEKURANGAN G6PD
Apakah senarai bahan terlarang dalam G6PD deficiency ini?
1. Ubat gegat (naphtalena). Risiko berlaku hemolysis jika memakai pakaian yang ‘tercemar’ dengan ‘wap’ ubat gegat. So, jangan beli langsung ubat gegat untuk menghalau lipas. Tapi, bukan bermakna anda boleh ternak lipas, tau!
2. Kacang parang/ fava bean.
This is where lots of confusion arise.
It is not any kacang. It is KACANG PARANG.
Bukan SEMUA jenis kacang.
G6PD deficiency dahulu dipanggil favism. Maknanya, hemolysis berlaku apabila orang yg menghidap masalah ni makan kacang parang/ fava bean.
Masalahnya, apabila pantang makan kacang parang ini dikiaskan dengan kacang yang lain.
Saya tahu, ada doktor lain yang memberi nasihat sedemikian. Saya, kurang ilmu dan pengalaman. Tapi setakat yg saya tahu, G6PD tidak dikaitkan dengan kacang lain.
Kalau sesiapa yg ada maklumat lain yang bercanggah dengan pemahaman saya, boleh kemukakan dalam ruangan komen. Dont worry, saya pun masih belajar.
‘Jadi doktor, boleh ke anak saya makan kacang tanah?’
Boleh
‘Kalau makan sate kuah kacang?’
Tak boleh, kalau kuah kacang tu dibuat menggunakan kacang parang.
‘Kalau makan parang?’
Tak berlaku pemecahan datah, tapi perut yang pecah.
‘Kalau makan kacang panjang yg dikerat pendek2 menggunakan parang?’
Boleh, tak ada masalah.
‘Kalau makan perut lembu?’
Kalau lembu tu diberi makan kacang parang sejurus sebelum disembelih, ada risiko, sebab zat kacang parang maybe masih ada dalam perut lembu.
‘Kalau makan aiskrim kacang parang?’
Tak boleh
Ads
Oh ya, kacang parang ni kadang2, dipanggil dengan nama yang lain.
Contoh:
-Kacang kuda
-Kacang itik
-Broad bean
-Bell bean
-English dwarf bean
-Haba bean
-Silkworm bean
-Pigeon bean
Nak senang, anda rujuk kepada gambar yg saya sertakan di bawah. Apa saja nama lain yg anda panggil kepada kacang ini, tidak menjadikan ia OK dimakan oleh penghidap penyakit ini.
Dan, pantang ini juga terpakai kepada ibu yang menyusukan anak yg berstatus G6PD deficiency.
3. Sesetengah ubat.
Ada senarai ubat yg tidak boleh digunakan oleh penghidap G6PD deficiency. Antaranya ialah ubat malaria, sesetengah antibiotics, dan juga beberapa ubatan yg bermula dengan nama sulfa- seperti sulfamethoxazole dan sulfacetamide. (Kalau berkahwin dengan orang bernama Sulfa, tak ada masalah darah pecah)
Untuk selamat, jika anak sakit, bila bertemu doktor, please mention: Anak saya ada masalah G6PD. InsyaAllah doktor akan aware dan akan beri ubat yg sesuai.
4. Jangkitan kuman
Ada sesetengah jangkitan kuman, contohnya influenza A, hepatitis dan salmonella, boleh menyebabkan berlaku hemolysis. So, kalau anak anda tak sihat, be aware of this.
****** tambahan pantang ******
1. Methylene blue
Dalam bidang perubatan, ia digunakan untuk merawat methemoglobinemea, malaria dan juga pewarna semasa endoskop.
Orang awam pula menggunakan ubat biru ini dalam akuarium/ kolam untuk merawat ikan.
Ads
So, memang tak boleh digunakan kepada orang yg ada G6PD deficiency, atau bg yang memelihara ikan peliharaan, kena make sure anak2 tak menghidap masalah ini.
Oh ya, nila bukan methylene blue, meskipun dua-dua berwarna biru.
Nila tak ada masalah untuk digunakan (tapi kalau beri minum, tu jadi masalah besar!)
2. Ubat nyamuk lingkaran.
Ada sesetengah ubat nyamuk lingkaran yg boleh menyebabkan hemolysis. Memang ada kes yang dilaporkan terjadi hemolysis apabila terdedah kepada asap ubat nyamuk ini.
Kalau ubat nyamuk yg semburan, takde masalah untuk digunakan. Tapi jangan sembur ke muka anak pula!
Terima kasih kpd yg highlight tambahan ini.
*****
Apakah tanda2 berlaku hemolysis?
Tanda paling kerap ditemui ialah
Pucat
Sakit belakang/ perut
Kencing berdarah/ warna gelap.
Kalau ada tanda2 ini, segera ke HOSPITAL. Tak perlu argue, bahawa anak anda tak terdedah kepada mana2 bahan yg saya sebut sebelum ini. Just bawa anak anda ke HOSPITAL berdekatan sesegera mungkin.
Ok, panjang dah membebel.
Semoga apa yg saya tulis ini memberi manfaat kepada anda.
Boleh share, dan please tegur kalau ada fakta saya yang salah.
Dr Saleh yg tak cukup ilmu (Alhamdulillah, masih cukup G6PD. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustai)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi pramatang mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan pada masanya. Malah hasil kajian yang dilakukan ini memerlukan anak pramatang perlu sentiasa dipantau tahap kesihatan.
Bagi para ibu yang melahirkan bayi pramatang, mereka bukan sahaja bergelut dengan kepenatan proses kelahiran, malah dengan tekanan emosi dan psikologi menghadapi bayi yang memerlukan bantuan khusus di hospital.
Dan timbul juga pertanyaan, bagaimana dengan jangka hayat mereka? Adakah bayi yang dilahirkan pramatang dijangkakan akan hidup dengan jangka hayat yang lebih pendek atau sama sahaja seperti kelahiran biasa?
Apa itu kelahiran pramatang?
Kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu. Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.
Seramai 15 million bayi dilahirkan pramatang setiap tahun, iaitu lebih kurang 1 daripada 10 bayi di seluruh dunia dengan 60% daripadanya di Afrika Selatan dan Asia Tenggara.
Bayi dianggap mampu hidup di luar rahim antara usia 22-24 minggu. Pun begitu, bayi yang dilahirkan seawal 24 minggu pada umumnya memerlukan banyak bantuan perubatan termasuklah pengudaraan mekanikal dan rawatan invasif yang lain disamping perlu menetap dalam unit rawatan intensif neonatal (NICU).
Di tangan pakar yang berpengalaman, bayi yang dilahirkan lebih awal mungkin mempunyai peluang untuk hidup. Bayi yang dilahirkan pada usia 23 minggu dapat bertahan dalam NICU yang canggih, tetapi kemungkinan hidup lebih rendah.
Kemungkinan hidup bertambah dengan usia kehamilan. Oleh itu, bayi pramatang yang dilahirkan lebih kurang 37 minggu akan lebih baik daripada yang dilahirkan sebelum 28 minggu.
Jangka hayat bayi pramatang
Dalam sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, kajian mendapati mereka yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko kematian 38% lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan normal sewaktu usia awal dewasa.
Penyelidik di Universiti Stanford mengkaji 674,000 bayi Sweden yang lahir daripada tahun 1973 hingga 1979, dan mendapati bahawa 5% dilahirkan pramatang. Para penyelidik kemudian mengawasi kanak-kanak ini sehingga mereka berusia 29 hingga 36 tahun.
Peningkatan risiko kematian pada usia awal kanak-kanak telah pun diketahui daripada penyelidikan terdahulu. Iaitu dengan risiko kematian sebanyak 59% pada usia awal kanak-kanak (antara umur 1 dan 5), berbanding dengan bayi yang dilahirkan normal.
Mereka juga mungkin mempunyai masalah kecacatan jantung, masalah pernafasan dan endokrin.
Tetapi kajian Stanford ini merupakan yang pertama untuk mengesan risiko kematian pada peringkat awal dewasa. Kerana tiada peningkatan risiko yang ketara antara umur 18 hingga 36 tahun, jangka hayat mereka dijangkakan tidak terkesan setelah dewasa.
Risiko kematian dipercayai berkurang dari masa ke masa. Namun begitu, hasil kajian terbaru ini menunjukkan bahawa peningkatan risiko kematian muncul semula pada usia awal dewasa.
Risiko kematian awal dewasa 1: 1000
Walaupun penemuan ini mungkin merisaukan, kebanyakan bayi pramatang menjalani hidup sihat. Walaupun terdapat peningkatan relatif terhadap risiko kematian awal, penemuan menunjukkan bahawa risiko mutlak kematian pada masa awal dewasa masih rendah: kurang daripada satu dalam 1000 orang.
Apa yang lebih penting adalah untuk mereka yang dilahirkan pramatang atau ibu bapa mereka menyedari faktor risiko ini dan melakukan langkah praktikal.
Penemuan ini menunjukkan bahawa mereka yang dilahirkan pramatang perlu terus diawasi pakar kesihatan sehingga usia dewasa.
Mereka juga harus mengekalkan gaya hidup sihat, makan dengan baik, bersenam secara teratur dan mengelakkan obesiti dan merokok.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. .
Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain. .
Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan suka-suka kita boleh minta doktor bagi antibiotik bila anak tak sihat. Sebenarnya antibiotik tak boleh diberi dengan mudah oleh doktor pada penyakit biasa seperti demam, selesema dan batuk kecuali jika berlanjutan dan ada tanda-tanda lain.
Pengalaman yang dilalui oleh Dr. Mazliana Mazlan semasa merawat pesakitnya di klinik menggambarkan betapa ramai yang percaya antibiotik adalah penting untuk merawat penyakit yang dihadapi. Baca penjelasan doktor ini bilakah antibiotik sebenarnya boleh diberi dan apa tujuannya.
Ramai pesakit yang datang masih belum faham yang antibiotik adalah pembunuh bakteria sahaja, bukannya virus.
Ada yang demam selesema, mintak antibiotik.
Ada yang demam, batuk, selesema baru sehari dah mintak antibiotik.
Ada yang nak pergi travel, mintak siap-siap bekalan antibiotik.
Yang paling Ummi tak tahan, adik umur 5 tahun hanya demam sahaja, mintak kat Ummi antibiotik. Bila ditanya kenapa adik nak antibiotik, si comel tersipu-sipu sebelah ibunya.
Antibiotik hanya diperlukan apabila terdapat indikasi atau tanda-tanda jangkitan bakteria.
Kebanyakan pesakit di klinik, datang hanya sebab demam, batuk, selesema sehari dua. Mana mungkim Ummi prescribe antibiotik pada mereka kan. Penyakit ‘3 serangkai’ ini juga banyaknya datang dari virus, bukan bakteria. Melainkan ia berpanjanan atau ada simptom lain seperti hingus berwarna kuning pekat dan hijau.
Tetapi, untuk pastikan ‘3 serangkai’ itu datang dari bakteria atau virus, pemeriksaan lanjut perlu dibuat. Jika keputusannya dari virus, kenapa perlu mulakan antibiotik? Seolah guna perangkap tikus untuk tangkap kucing. Gitulah perbandingannya.
Pun begitu, bila dah sah ada jangkitan bakteria, bukan semua antibiotik boleh digunapakai secara random.
Jangkitan paru-paru, antibiotik nya A.
Jangkitan telinga, antibiotik nya D.
Jangkitan saluran kencing, antibiotik nya J.
Dah kalau mintak siap-siap buat bekalan antibiotik, kira aci tak macam tu?
Belum masuk lagi yang kata, “saya dah makan antibiotik doktor, balance antibiotik 2 bulan lepas saya sakit.”
Apa kata lepas ni, bila dapat saja apa-apa jangkitan, cuba dulu kita semak pemakanan kita.
Ada kita ambil makanan tinggi radang? Selalu tak kita ambil makanan untuk up kan imuniti? Air banyak mana kita minum sehari? Makanan proses dan segera masih ambil? Oh makanan bakteria iaitu gula dah lupuskan atau belum?
Perut itu punca penyakit ya. Jadi, berhati-hati memilih apa yang bakal dimakan.
Usahawan terkenal, Datin Shahida lebih selesa bekerja walaupun masih dalam proses berpantang kerana baginya tanggungjawab sebagai pemilik perniagaan sangat besar.
Tambahnya lagi, dia masih mengamalkan pantang ketika pulang bekerja dan dia turut mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum melakukan sesuatu pekerjaan ketika berpantang.
“Sebenarnya daripada anak sulung lagi saya tak nak manjankan diri, apabila orang berniaga ni tak sama dengan orang kerja makan gaji. Kena pemantauan rapi, sama juga kalau kat rumah pun kejap-kejap saya datang office.”
“Komitmen makin tinggi, anak makin ramai. Kalau boleh tujuh hari pun masuk office terus,” ujarnya.
“Ketika pendarahan itu disebabkan uri kebawah, tapi masa nak bersalin uri naik ke atas.”
“Selepas bersalin, kita sendiri pun rasa badan dah sihat, doktor pun sahkan tiada masalah.”
“Kalau ikutkan berpantang yang betul kita kena banyak bergerak supaya perjalanan darah lancar, bukanya kena berbaring saja.”
“Bayangkan zaman dahulu berpantang di rumah, anak sendiri jaga kena buat kerja juga. Sihat saja. Bila berpantang saya suka fikir logik”
“Seminggu selepas bersalin saya dah turun ke beberapa acara seperti Starvendors, Absolute Bazaar dan sebagainya. Semua kita turun! Menjadi komitmen saya kena buat ketiga-tiga kemunculan”
“Pukul empat, lima pagi baru balik rumah. Hakikatnya, di rumah saya masih berpantang macam biasa, ada bertungku, lulut dan sebagainya.”
“Cumanya saya suka buat kerja. Sama juga kalau tak ke pejabat, kita akan buat macam-macam kerja di rumah”
Datin Shahida mendirikan rumah tangga bersama Dato Aliff Syukri dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadeejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah & Luqman Al-Hakim.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.