Cabaran membesarkan anak bukan mudah. Pelbagai pengalaman baru akan ibu bapa lalui kerana setiap anak berbeza. Ada yang jenis mudah dijaga, ada yang mudah tantrum kalau tak dapat apa yang dia nak atau pun yang susah berenggang.
Namun percayalah semua momen ini apabila anak-anak besar kita pula yang rasa rindu. Walaupun masa mereka kecil kita agak penat tapi ia pengalaman yang tak akan dilupakan.
Bagi pelakon Shima Anuar, dia berkongsi pengalaman berhadapan anak pertamanya, Marian Sophia yang menunjukkan gejala amukan melampau atau lebih dikenali sebagai tantrum.
Menurut Shima, Sophia sering menangis dan mengamuk meminta pelbagai kemahuan ketika terbangun dari tidur di waktu malam.
“Macam ni lah dia tengah-tengah malam, dia akan terbangun lepas tu menangis mengamuk, tak tahu dia nak apa, kejap nak tidur dalam buai, kejap nak tidur atas katil, kejap nak tidur dalam buai balik, lepas tu atas katil semula.
“Dia boleh menangis meraung dan menjerit dalam satu jam tanpa henti, kadang-kadang dia nak peluk, kadang-kadang taknak pegang langsung,” kongsinya di Instagram.
Walaubagaimanapun, Shima menerima perkara itu dengan positif dan menganggap kesabaran adalah kunci utama.
Ads
“Serba tak kena, ubat dia satu saja, SABAR. Bertabahlah ibu bapa di luar sana yang ada masalah sama macam ni, diorang akan kembali okay nanti, Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Orang kata dalam fasa ini, mama memang betul-betul kena ada skil dan kuat. Tak boleh nak marah melampau kerana anak sedang dalam proses nak belajar dan menyesuaikan dirinya.
Ads
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Sumber: Ig Shima Anuar
https://www.youtube.com/watch?v=59TCBXrElAg
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah masuk 3 bulan usia Ayra Aneesah, nampaknya dah makin pandai melayan orang bercakap. Suka mengagah dan pandai berinteraksi buatkan ramai yang geram dengan gelagat anak dara Ummi Nazeera.
Melalui perkongsian dari daddy Ayra Dr Izzar, nak pastikan perkembangan anak normal terutama dari aspek percakapan dan bahasa, sebagai ibu bapa kita kena rajin melayan anak.
Tak boleh ada istilah jemu. Mainlah dengan anak-anak tu sepuasnya. Kalau bukan kita sendiri yang layan siapa lagi kan?
Mungkin pada permulaannya macam tak ada respon tapi lama-kelamaan anak makin selesa dan boleh menerimanya. Barulah perkembangan anak kita tak lambat.
Salah satu perkembangan bayi yang kita patut tengok adalah perkembangan speech/language. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk perkembangan bayi ni. Antara milestone speech/language baby berumur 3 bulan adalah:
1) Bersuara bila kita bercakap dengan dia @ 8weeks 2) Jeritan nyaring/ squeel yang gembira 3) Sebut ‘aah’ atau ‘naah’ bila sembang dengan dia 4) Berpaling ke arah bunyi pada level yang sama
Sumber: ig izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda bahawa pelukan boleh mengubat?
Tahukah anda pelukan boleh menenangkan perasaan yang dipeluk dan yang memeluk?
Tahukah anda pelukan boleh menguat ikatan kasih-sayang pemeluk dan yang dipeluk?
Jangan pandang rendah KUASA PELUKAN ia amat besar. Salah satunya adalah ia boleh menjadikan anak-anak anda bijak!
Namun ada pula sesetengah berpendapat bahawa memeluk anak akan menjadikan anak itu manja dan lembik.
Kalau hendak menjadi ibu bapa yang cemerlang, jangan asyik ikut kata-kata orang yang kurang cemerlang dalam keibubapaan.
Jika kita main ikut-ikut saja tanpa benar-benar memahami apakah sebenarnya sesuatu tips atau nasihat itu, maka kita juga boleh kecundang. Sebab ramai orang yang suka bagi nasihat tapi tak ramai yang faham kesan nasihat mereka itu.
Contoh; Ramai ibu bapa muda pening bila ada yang menasihat untuk tidak memeluk anak banyak-banyak nanti anak jadi manja berlebihan. Sedangkan pelukan boleh mengubat. Peukan penuh kasih-sayang tanpa syarat boleh menimbulkan emosi positif yang boleh menghasilkan endorphin. Endorphin ini akan memberi tenaga positif kepada sel-sel di dalam badan dan menjadikan seorang itu lebih berdaya dan berfikiran positif.
Bagi yang hanya mengikut saja tanpa faham, bencana dalam perhubungan mereka dengan anak akan terjadi.
Kerana ternyata nasihat seperti ini tidak jelas dan tiada berdasarkan kajian. Apatah lagi jika dikaitkan dengan pendidikan tarbiyatul aulad cara Nabi s.a.w. Jauh sekali menyalahi amalan Nabi s.a.w. Kerana Rasulullah sering memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu Baginda.
Anak menjadi lenja dan manja bukan sebab sering dipeluk, tetapi sebab semua kehendaknya diikutkan ibarat raja dan dia diibubapakan secara permisif. Semua diikut cakapnya. Semua kehendaknya dipenuhi walaupun ianya tidak langsung membantu dia malah membahayakan dia pada jangaka panjang. Contoh, anak tidak mahu ke sekolah kerana hendak main game di rumah. Dibiarkan saja, atas alasan; “Alah, sekali-sekala sahaja!”
Lagi satu, bila anak melampaui batas bercakap dan berkelakuan dengan ibu bapa, sedangkan usianya sudah lebih 7 tahun, dibiarkan sahaja, kononnya tidak elok marah-marah atau takut nanti anak akan merajuk. Banyak lagi sebab mengapa anak-anak menjadi lenja dan manja. Namun, sering memeluk bukanlah sebabnya.
Memeluk adalah salah satu bahasa kasih. Anak yang dipeluk merasa kasih dan sayang ibu bapanya. Pelukan dan belaian penuh kasih ibu bapa nya ditambah dengan dispilin yang betul menjadikan anak itu seorang yang berjiwa kuat dan berperikemanusiaan.
Disiplin membentuk karekter.
Salam sayang – Ibu Rose
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tentu ibu bapa mahu memberikan didikan cara Islam kepada anak-anak. Didikan secara istiqamah anak menjadi seorang yang sopan santun, menghormati orang tua dan mendengar cakap. Dengan cara sebegini, anak–anak dapat belajar daripada kesilapan.
Namun, sekiranya ibu bapa mendidik anak–anak cara kekerasan dan membuta tuli, maka ia akan memberi kesan buruk kepada akhlak anak, jika tidak kena caranya.
“Shaqir,jangan buat adik!” Jerit mama. Kuatnya jeritan mama sehingga ke dapur boleh dengar!” Shaqir, jangan suka jelir lidah kat adik. Shaqir, janganlah rebut mainan tu. Shaqir kenapa mama cakap sekali tak dengar?”
Ini adalah skrip yang sering kita dengar apabila kita memarahi anak-anak. Penatnya hati dan sudah acap kali menasihati anak, ni tapi Subhanallah nakalnya boleh membuat kita migrane!
Jadi apakah alternatif selain dari fizikal untuk mendidik anak-anak kita? Di sini beberapa tip alternatif agar dapat menjadi panduan untuk para ibu bapa pembaca budiman.
MEMBERI RANGSANGAN POSITIF
Kadangkala anak-anak menjadi nakal kerana perlukan perhatian. Ibu bapa sering memberikan perhatian dengan cara teguran jika mereka membuat salah. Mari kita tukar minda dan teknik kita. Kita memberi mereka perhatian jika mereka membuat perkara yang kita suka.”Wah, mama sukalah Sofia dan Shaqir rajin tolong mama di dapur, Sofia dan Shaqir rajinlah!” Berilah ganjaran yang positif seperti kata-kata motivasi yang positif, senyuman, pelukan dan ciuman jika mereka membuat perkara yang baik. Insya Allah, jika kita istiqamah mencari dan memberi pujian semasa mereka membuat sesuatu yang baik, anak-anak akan faham dan membuat perkara yang ibu bapa mereka suka.
2.BINCANG DENGAN ANAK
Jika anak kita menumpahkan susu tiada gunanya jika menjerit dan memukul anak-anak. Ini disebabkan mereka takkan faham perkara itu adalah salah. Oleh yang demikian apa yang kita harus lakukan ialah menerangkan apa yang harus dilakukan. “Sofia, okay tak pe. Ambil kain dan lap tumpahan tu.” Dan jika mereka tidak mahu lakukannya, lakukan bersama-sama. “Sofia, kemas balik mainan tu ke dalam kotak selepas bermain ya”. Lakukan dan didik mereka dengan sabar dan tunjuk ajar agar mereka faham erti tanggungjawab atas aktiviti atau perilaku yang mereka lakukan.
3.JADILAH CONTOH TELADAN YANG BAIK
Anak-anak akan sentiasa melihat apa yang kita buat. Ibu bapa adalah guru pertama mereka. Jangan membuat perkara yang melanggar syariat Islam atau perkara yang boleh membuat mereka rasa bingung. Tunjuklah contoh akhlak yang baik pada anak-anak agar mereka meniru dan akan membesar menjadi insan yang cemerlang.
4.ELAK SALAH BERI KRITIKAN PADA PERILAKUNYA
Apabila kita menegur anak, pastikan yang kita menegur perilaku mereka yang kita tidak suka pada ketika itu. Jauhi dari mengungkit perkara yang lama. Tukar skrip cara kita menegur. “Sofia,tengok TV lama sangat tak bagus, mari ikut mama., tolong mama buat kuih di dapur.” Janganlah kita menegur begini” Sofia,nak jadi budak malas ya? Asyik tengok TV aje. Tutup TV tu!” Kadangkalanya kita akan mengungkit keperibadian adik beradik yang lain. “Sofia ni asyik tengok TV macam along. Nanti tak pandai belajar!” Jauhi skrip sebegini. Ini akan membuat anak kurang hormat kepada ahli keluarganya yang lain.
5.BERSABAR
Selalunya apa yang anak-anak kita lakukan tidaklah kritikal, maka bersabar adalah tahap kita. Tambahan pula, mereka masih kanak-kanak. Mereka perlu banyak mencuba untuk merangsang minda mereka. Mereka harus berani melakukan perkara yang susah untuk merangsang perkembangan sosio emosi mereka. Mereka harus berlari, memanjat dan melompat untuk merangsang perkembangan jasmani mereka. Apa harus kita lakukan ialah memantau aktiviti anak-anak. Jika ia akan mendatangkan mudarat, ketika itu kita menegur dengan baik dan berikan mereka kefahaman kenapa perilaku tersebut tidak boleh dibuat. Berbincang dengan baik kerana anak-anak kita sebenarnya boleh faham bahasa kita yang mudah apabila kita berbincang dengan mereka.
KESIMPULANNYA, sebagi ibu bapa, jangan mudah tertekan. Lakukan terapi untuk menenangkan minda dan jiwa dengan selawat, istighfar dan mendengar Quran agar ketenangan ini dapat membuahkan kebijaksanaan dan hik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!