“Ubatnya Satu..Sabar.” Shima Anuar Kongsi Pengalaman Anak Tantrum. Mama Mesti Kuat!

Share

Cabaran membesarkan anak bukan mudah. Pelbagai pengalaman baru akan ibu bapa lalui kerana setiap anak berbeza. Ada yang jenis mudah dijaga, ada yang mudah tantrum kalau tak dapat apa yang dia nak atau pun yang susah berenggang.

Namun percayalah semua momen ini apabila anak-anak besar kita pula yang rasa rindu. Walaupun masa mereka kecil kita agak penat tapi ia pengalaman yang tak akan dilupakan.

Bagi pelakon Shima Anuar, dia berkongsi pengalaman berhadapan anak pertamanya, Marian Sophia yang menunjukkan gejala amukan melampau atau lebih dikenali sebagai tantrum.

Menurut Shima, Sophia sering menangis dan mengamuk meminta pelbagai kemahuan ketika terbangun dari tidur di waktu malam.

“Macam ni lah dia tengah-tengah malam, dia akan terbangun lepas tu menangis mengamuk, tak tahu dia nak apa, kejap nak tidur dalam buai, kejap nak tidur atas katil, kejap nak tidur dalam buai balik, lepas tu atas katil semula.

“Dia boleh menangis meraung dan menjerit dalam satu jam tanpa henti, kadang-kadang dia nak peluk, kadang-kadang taknak pegang langsung,” kongsinya di Instagram.

Walaubagaimanapun, Shima menerima perkara itu dengan positif dan menganggap kesabaran adalah kunci utama.

“Serba tak kena, ubat dia satu saja, SABAR. Bertabahlah ibu bapa di luar sana yang ada masalah sama macam ni, diorang akan kembali okay nanti, Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Orang kata dalam fasa ini, mama memang betul-betul kena ada skil dan kuat. Tak boleh nak marah melampau kerana anak sedang dalam proses nak belajar dan menyesuaikan dirinya.

Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

Sumber: Ig Shima Anuar

Published by
Wan Amalia Mohd Daud