“Ubi Tumis Resipi Warisan Arwah Mak” Sangat Sedap & Kenyang Sampai Petang! Wajib Cuba

Share

Ubi kayu merupakan satu nama yang tidak asing lagi terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Ianya merupakan salah makanan utama masyarakat Asia pada zaman dahulu kala.

potato balls snack – healthy food

(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Menurut root of science, ubi kayu merupakan makanan yang kaya dengan sumber kalsium. Kalsium adalah sejenis mikronutrisi yang penting untuk tubuh badan kita terutamanya dalam menjaga kesihatan tulang.  Terdapat 10 kebaikan dan khasiat lain yang terdapat dalam ubi kayu untuk kesihatan manusia antaranya:

1. Megelakkan peningkatan tekanan darah
2. Membantu mencegah anemia
3. Membantu melancarkan sistem percernaan
4. Membantu dalam peningkatan berat badan secara sihat
5. Mencegah kenaikan paras gula dalam darah
6. Membantu dalam pembekuan darah
7. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi
8. Membekalkan tenaga dengan segera
9. Baik untuk kesihatan jantung
10. Mencegah simptom yang disebabkan oleh penyakit Celiac

Jika anda nak mencuba resipi ubi kayu boleh ikuti resipi yang dikongsi ini.

Alhamdulillah ❤

Sarapan ubi tumis pagi ini. Kenyangnya boleh sampai ke petang. Resipi warisan arwah mak. Silakan yang ingin mencuba 🥰

Ubi Tumis

Bahan-bahan:

  • 2 batang ubi kayu dikupas belah 2 cuci bersih kemudian direbus hingga empuk.
  • 3 biji cili padi (kalau nak lebih pedas letak lebih)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

Cili, bawang dan bilis ditumbuk kasar. Tumis hingga layu. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Kacau sebati baru masukkan ubi kayu yang sudah direbus. Kacau rata sehingga ubi bersalut dgn bahan tumisan. Siap dan boleh dihidangkan bersama teh O panas.

Selamat mencuba 🥰

Baca: Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini!

Kredit: Bonda Zalina Amat Rosman

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

Published by
NuFa