Ubun-ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak.
Artikel ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu tahu mengenai bahagian lembut pada kepala bayi yang dinamakan ubun-ubun ini.
APAKAH ITU UBUN-UBUN
Bahagian lembut pada kepala bayi ini dinamakan ubun-ubun atau nama saintifiknya fontanel. Terdapat dua bahagian fontanel pada kepala bayi yang baharu lahir iaitu:
FONTANEL POSTERIOR
Fontanel posterior berada pada bahagian belakang kepala bayi dan berbentuk segi tiga. Fontanel ini lebih kecil berbanding fontanel anterior. Selain itu, fontanel ini agak sukar untuk dirasa oleh ibu bapa dan kebiasaannya akan tertutup sendiri apabila bayi mula mencecah usia 6 minggu.
FONTANEL ANTERIOR
Fontanel anterior berada pada bahagian atas kepala bayi dan berbentuk seperti layang-layang. Fontanel ini lebih besar berbanding fontanel posterior. Selain itu, fontanel ini sangat mudah untuk dirasa oleh ibu bapa dan tidak akan tertutup dengan sempurna sehingga bayi mula mencecah usia 18 bulan.
MENGAPA BAYI MEMPUNYAI UBUN-UBUN?
Memudahkan proses kelahiran bayi
Sebenarnya, ubun-ubun atau fontanel ini berfungsi memudahkan proses kelahiran bayi. Keberadaan ubun-ubun ini sangat berguna bagi memudahkan tengkorak bayi yang hanya dihubungkan oleh tisu-tisu ini berubah bentuk apabila sedang melalui jalan keluar ketika kelahiran melalui saluran vagina sekiranya bersalin secara normal.
Seperti yang sedia maklum, bahagian kepala bayi merupakan bahagian yang paling besar pada anggota badan bayi. Oleh itu, dengan kaedah semula jadi ini bayi akan lebih mudah untuk keluar. Anda tidak risau kerana lama-kelamaan, tulang-tulang ini akan bertemu dan bercantum lalu akan tertutup pada satu ketika nanti.
Memberi ruang untuk otak bayi berkembang
Bahagian lembut yang dipanggil ubun-ubun atau fontanel ini juga berfungsi memberi ruang untuk otak bayi berkembang. Menurut kajian, otak bayi akan mengalami perkembangan yang paling pesat ketika dua tahun pertama bayi anda. Oleh itu, gunakan masa ini untuk memberi nutrien yang secukupnya kepada bayi agar otak bayi anda boleh berkembang sepenuhnya.
Memberi petunjuk tentang tahap kesihatan bayi
Selain daripada dua sebab di atas, ubun-ubun atau fontanel pada bahagian kepala bayi boleh menjadi petunjuk atau indikator tentang tahap kesihatan bayi. Sebagai contoh, sekiranya bahagian ini mendap, ia mungkin menunjukkan simptom bayi mengalami dehidrasi manakala jika bahagian ini kembung, ia mungkin menunjukkan simptom bayi menghidapi meningitis. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui serba sedikit mengenai keadaan kesihatan bayi dengan melihat kepada keadaan bahagian ini.
NORMAL ATAU TIDAK UBUN-UBUN BAYI BERDENYUT?
Jika anda perhatikan, denyutan pada bahagian ubun-ubun bayi sebenarnya berdenyut serentak dengan degupan jantung bayi. Perkara ini sebenarnya normal kerana terdapat pembuluh darah yang berdenyut dia bahagian ubun-ubun bayi. Apabila bayi menginjak dewasa, ubun-ubun ini akan mula tertutup sendiri dan denyutan tersebut tidak dapat dirasai lagi.
JANGAN PICIT ATAU TEKAN UBUN-UBUN!
Sudah menjadi mitos bagi kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa baharu yang mempercayai bahawa ubun-ubun bayi boleh berubah bentuk sekiranya diletakkan dengan pelbagai tekanan. Sebenarnya mitos ini juga ada benarnya. Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk lebih berhati-hati ketika memandikan atau membaringkan bayi. Jangan memicit atau menekan bahagian ini dengan terlalu kuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
AKSESORI KEPALDA PERLU JAUH DARIPADA BAHAGIAN UBUN-UBUN
Selain itu, penggunaan aksesori pada bahagian kepala seperti topi, bandana atau skaf perlu dipakai dengan berhati-hati. Pakaikan aksesori ini di bahagian yang agak jauh dari ubun-ubun bayi seperti dahi. Sekiranya anda terlihat perubahan bentuk yang agak mencurigakan terhadap ubun-ubun bayi anda, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Walaupun kelihatan remeh, perkara-perkara sebegini wajar ibu bapa elakkan bagi memastikan perkembangan bayi anda yang lebih terjamin.
Setiap ibu bapa pasti teruja bila gigi anak tumbuh dengan baik. Namun masih ramai ibu bapa yang tidak tahu bilakah waktu sesuai untuk mencabut gigi susu anak. Gigi susu tidak boleh dicabut sembarangan.
Doktor Izaza Mohd Zan menerusi facebooknya menjelaskan bila waktu sesuai gigi susu dicabut. Beliau juga berkongsi Charting gigi sebagai panduan ibu bapa lain.
“Doktor, macam mana nak tau umur yang sesuai gigi susu anak kena cabut?”
Macam ni, cara paling SENANG nak tau time gigi susu nak kena cabut, adalah bila nampak gigi kekal dah tumbuh sikit dan time ni dah boleh cabut gigi susu anak
Tapi kalau nak tengok lebih kurang ikut umur sebenar boleh ikut dental chart kat bawah ni
*charting gigi dari Google*
Umur pertumbuhan gigi susu dan gigi kekal lebih kurang sama ada cepat atau lambat tumbuh dalam 2 bulan ke 3 bulan atau 1 tahun dari jangkaan umur sebenar
Boleh share dengan kawan-kawan untuk elak gigi susu anak-anak dicabut terlalu awal dan bukan pada masa yang sesuai.
Bekas penyanyi AF musim keempat, Leez Rosli mengimbas pengalaman melahirkan anak pertama bila bayinya songsang dan tali pusat pula terbelit atas leher sehingga terpaksa bersalin secara pembedahan. Oleh kerana terlalu nervous nak kena caesar, Leez mengalami sesak nafas.
Itu kisah melahirkan cahaya mata pertama penyanyi yang juga pernah bergelar pelakon ini. Kini anaknya Nur Safiyya Alisha sudah pun genap berusia dua tahun.
Sempena menyambut ulang tahun kedua anaknya, Leez yang kini menjalankan perniagaan tudung bawal jenamanya sendiri iaitu safiyyabyleezrosli berkongsi pengalaman melahirkan anaknya yang sama sekali tak akan dilupakan sepanjang hayat.
Sama seperti ibu lain, pengalaman mengharungi detik cemas melahirkan zuriat adalah kenangan terindah yang akan diingati sampai bila-bila.
04/04/2016 tarikh keramat dlm hidup Umi.. Umi tak dapat rasa sakit contraction, sebab nya kamu duduk songsang dalam perut umi tak nak pusing-pusing.
Tambah pulak tali pusat atas leher so daddy yang decide (operate seyjaaaa) punya dia sayang anak dia yang sorang ni yg umi pulak dok fikir, aduuuu operate ni comfirm badan susah nk turun.. macam mana ni?
Merata google pasal czer apa semua tapi alhamdulillah, semuanya dipermudahkan untuk umi. Walaupun masa nak czer tu, neves ya rabbi sampai sesak-sesak nafas masa baring (perut tengah dilapah masa tu ) di temani daddy kat sebelah.
Kemain kuat umi cengkam tangan daddy keluar-keluar je semua staff nurse dan doctor jerit “besar nya baby!! Bulat nya baby!!” Yaaa, tengok la gambor tu. Pipi macam simpan bola pingpong.
Ni 1st time umi dapat dakap, itu pun hampir setengah hari lepas czer baru dapat jumpa. Ya Allah, tak tau nak gambarkan macam mana perasaan masa ni. Syukurrr Ya Allah bagi nikmat rezeki ini.
Semoga Nur Safiyya Alisha Binti Noorsyaiful ini menjadi anak yang solehah berjaya di dunia serta akhirat. Tak lupa hakak juga mendoakan semoga para suami isteri yang masih menunggu, semoga Allah kurniakan anak-anak syurga pada kalian. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang! Happy Birthday anak umi!! #alishaturns2
Kini si kecil Alisha yang sudah genap berusia 2 tahun menjadi peneman dan penghibur hati si manis Leez Rosli.
Pemberian ubat jenis supositori atau lebih dikenali sebagai ubat punggung kerana dimasukkan melalui punggung selalu diberikan kepada kanak-kanak dan bayi semasa demam. Persoalannya ialah berapakah dos yang diperlukan untuk anak anda?
Panik bila anak demam dan suhu badan naik mencanak. Memberikan ubat punggung boleh membantu mama papa menurunkan suhu dan mengawal demam anak.
Ketahui fungsi, cara menggunakannya, sukatan dan jenis ubat ubat buntut atau supositori paracetamol ini.
Berikut ialah perkongsian info tepat daripada Public Health Malaysia untuk memberikan penjelasan kepada ibu bapa yang sering mengalami kekeliruan tentang penggunaan dan penyimpanan ubat ini.
UBAT BUNTUT @ SUPOSITORI PARACETAMOL
Pada perkongsian sebelum ini tentang cara pengiraan dos dan isipadu sirap Paracetamol, ada yang bertanyakan bagaimana pula dengan supositori Paracetamol?
FUNGSI
Supositori Paracetamol digunakan untuk melegakan demam dan kesakitan seperti sakit kepala dan otot.
DOS/ SUKATAN
Secara umumnya dos supositori Paracetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak adalah:
60-125mg untuk bayi berumur 3 bulan -1 tahun.
125-250 mg untuk 1-5 tahun.
250-500 mg untuk 6-12 tahun.
Dos mengikut berat pula adalah 40mg/kg stat (dengan segera sekali sahaja) kemudian diikuti dengan 30mg/kg, maksimum 5g/hari.
KEKERAPAN
Cara pemberian supositori adalah setiap 4 hingga 6 jam jika perlu, maksimum 4 kali sehari.
Untuk bayi berusia bawah 3 bulan pula, ibu bapa digalakkan merujuk dahulu profesional kesihatan sebelum menggunakannya.
ELAK OVERDOSE!
Bagi penggunaan supositori Paracetamol, jangan gunakan ubat-ubatan lain yang turut mengandungi Paracetamol pada masa yang sama.Bimbang overdoseakan berlaku.
CARA PENYIMPANAN
Supositori Paracetamol perlu disimpan pada suhu bawah 25℃, terlindung daripada cahaya dan lembapan.
JENIS
Terdapat tiga jenis supositiri Paracetamol di pasaran iaitu 125mg, 250mg dan 500mg. Di premis kesihatan kerajaan pula biasanya hanya supositori 125mg dan 250mg yang disimpan.
Supositori Paracetamol boleh diperolehi di farmasi komuniti atau klinik swasta dengan harga Rm5.50(5 biji) untuk 125mg dan Rm6.50(5 biji) untuk 250mg. Harga mungkin berbeza mengikut tempat.
Bawa anak anda untuk mendapatkan rawatan dengan segera apabila anak tidak semakin pulih walaupun setelah menggunakan supositori Paracetamol.
Jika anda ragu, sila rujuk dahulu profesional kesihatan sebelum memberikan/menggunakan supositori Paracetamol.