Hubungan

Ucapan Sweet Jep Buat Sari Yanti, Di Usia 40 Tahun

Share

Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu menarik perhatian ramai peminat di media social apabila memberi kata-kata ucapan manis sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang, pelakon Sari Yanti.

Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, menerusi siaran segmen pagi Sinar FM baru-baru ini memberi ucapan manis buat isterinya.

“Saya hendak ambil peluang dan kesempatan ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sariyanti binti Mohamad Nazari.

“Orang yang sangat menyenangkan dan menenangkan. Kadang kala nampak kita sebagai ketua keluarga tetapi dalam hal itu saya banyak merujuk dan belajar daripadanya.

“Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran. Dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurnia kesihatan yang baik.

“Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmat-NYA, mudah-mudahan mendapat reda-NYA.

“Moga keluarga kita mendapat kebahagiaan, keharmonian dalam rumah tangga kita. Happy birthday to you.

“Saya sangat bertuahlah, Alhamdulillah ALLAH jodohkan saya dengan Sari.”

“Ia satu anugerah dan hadiah yang sangat bermakna.”

Dalam pada itu, Sari Yanti membalas ucapan diruangan komen dengan menitipkan doa sempena kelahirannya.

“Amin ya rabbal a’lamin. Jazakallahhu khyar suamiku. Jazakumullah khyar semua atas doa yang baik baik.”

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen menitipkan kebahagian pasangan ini.

“Moga kekal bahagia hingga aher hayat.”

“semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga Allah … Aamiin .”

“Untungnyaa sis @sariyanti mendapat doa dari suami yang menyayangi isterinya dan menghargai isteri..”

“selamat hari lahir kakak cantik @sariyanti 💐moga akak sekeluarga sentiasa di dalam redha Allah swt sentiasa.”

Sekadar info, Jep atau sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 Februari 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 6, Muhammad Khidir, 4, dan Abu Bakr, 3.

Sari juga memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 14, dan Baasit Al-Haq, 13.

 

Sumber: Instagram sinar_my dan  sariyanti

Published by
Nor Yusoff