Biasanya nak makan udang butter ni, bila makan di restoran baru dapat menikmatinya. Namun disebabkan kekangan dengan keadaan sekarang, tak boleh keluar sesuka hati, ibu dah boleh masak sendiri untuk ahli keluarga.
Cara nak buat pun mudah je. Cuma kena ada skill je nak bagi telur tu bersarang elok. Tapi sebenarnya kalau ikut betul-betul memang menjadi.
Perkongsian resipi Creamy Cheezy Butter Prawn dari Suzana Othman ni boleh dicuba dan gerenti jadi kalau tak skip langkah demi langkah yang diajar ni.
Creamy Cheezy Butter Prawn
Ramai yang masih belum pass masak menu butter prawn bersarang kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. S
Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.
Berikut antara langkah demi langkah yang kena buat ya
Bersihkan 1kg udang. Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Tambahkan 1senduk tepung goreng ayam bestari. Letak air sedikit dan gaul rata.
Goreng udang dalam minyak yg cukup panas. Tos dan ketepikan.
Ads
Bahan² creamy cheezy sause 4ulas bawang putih-cincang Cili api ikut kepedasan-potong 4tangkai daun kari Butter 1tin susu cair 4 keping keju (lupa nak snap gambar) 1sk serbuk pati ayam 1sk gula 1sk serbuk lada sulah
Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu. Masukkan daun kari dan cili.
Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam
Ads
Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg
Apabila dah menggelegak, masukkan udang.
Gaul sebentar hingga udang bersalut dgn sauce. Tutup api.
Dalam mangkuk lain, pukul 4 butir kuning telur
Ads
Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.
Angkat mangkuk tinggi², tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju² membentuk bulatan. Kacau laju² tau. Tak laju tak halus nanti.
Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.
Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan² telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah. Lepas tu toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yg berbaki.
Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.
Kalau musim panas pasti kita terbayang nak minum air yang sejuk dan ada ais, dapat pula minum koktail buah memang puas hati! Jom follow resepi yang dikongsi.
Assalamualaikum. Hari ini saya nak share resepi kuah coctail buah yang saya jual. Permintaan boleh kata hari hari ada. Alhamdulillah.
Kuah jenis creamy bukan jenis cair tau. Memang sedap berlemak.
Resepi kuah cocktail buah cikkin:
(dapat 15 bekas saiz c16)
2 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 cawan air (sukat guna tin susu pekat)
Setengah kotak full milk cream (500ml)
esen vanila (letak extra utk bg lg sedap)
Garam sikit
Cara penyediaan:
– Masak semua ni dalam periuk. Jangan bagi didih sangat. Bagi panas-panas je
– Bagi kuah sejuk dulu baru tuang dalam buah-buah.
– Buah-buah ikut suka hati. Jika nak berniaga buah mangga dan buah naga tu wajib ada.
dav
Tolong doakan baik-baik untuk saya dan keluarga cukuplah. Saya izinkan share resepi ini. Terima kasih 😊
Ada waktunya tekak mula terasa ingin menikmati sajian kek yang manis, lembut dan gebu. Menyediakan sendiri kek di rumah, barulah puas hati anak-anak dan suami makan di petang hari. Tercari-cari kek coklat yang enak dan rasanya sedikit berbeza, resipi kek coklat moist versi bakar ini wajib anda cuba.
Resipi asli dari Elly Halim yang cuba dihasilkan oleh Ika Zul ini nampak cukup sedap, moist dan padu. Nak tahu bagaimana rasanya kek moist versi bakar tapi cukup lembut sama macam kukus, jom kita cuba!
Kek Coklat Moist Versi Bakar. Memang sedap. Walaupun tak dikukus tapi moist dia memang tak boleh bawak bincang. Buat sehari awal lagi moist nanti. Nanti ada masa korang kena cuba buat jugak tau. Confirm tak menyesal.
MOIST CHOCOLATE CAKE
KEK COKLAT
BAHAN A
90 gram serbuk koko
200 gram gula kastor (saya kurangkan 190g)
200 gram minyak masak/minyak jagung
250 gram susu pekat (saya guna 243g)
1 tin susu cair (Susu Cair Dairy Champ)
BAHAN B
4 biji telur gred A (saya guna 5 biji telur gred B)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh chocolate emulco (saya tambah)
Campur semua bahan dan dipukul kembang menggunakan garfu/whisk sahaja
BAHAN C
150 gm tepung gandum/kek/superfine
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
Dicampurkan sekali dan diayak. (saya guna tepung gandum)
1.Masukkan semua bahan A ke dalam 1 bekas periuk, kacau rata sampai sebati dan masak atas api kecil sahaja. Masak sebentar sambil adunan dikacau. Kacau perlahan sahaja tak perlu sehingga mendidih. Hanya sehingga adunan suam panas sahaja. Kalau bekas dah panas boleh terus tutup api.
2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A & kacau sebati.
3. Masukkan pula bahan C & kacau sehingga sebati.
4. Masukkan ke dalam loyang 9″ (atau jika mahu tebal loyang 8″) yang dah disapu dengan majerin & dilapik baking paper.
5. Panaskan oven dahulu 170°C selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan dan bakar 150°C selama 60 minit atau sehingga masak. Walaupun bakar kek tetap lembap. Jika nak kukus pun boleh.
6. Bila dah masak sejukkan kek dulu baru curahkan chocolate topping. Saya sejukkan kek dalam chiller nanti topping akan melekat cantik dekat kek.
1. Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel. 2. Guna kaedah double boiled. Bila coklat cair masukkan cream dan kacau sampai sebati. *Jika nak pekat sikit boleh guna 80 gram whipping cream.
Ada yang suka makan lasagna tak? Tapi nak buat macam fikir dua tiga kali sebab macam banyak pula caranya. Kali ini resepi lasagna ini sempoi sangat dan mama boleh buat sendiri je.
Nak buat inti daging atau ayam terpulang. Sebab yang nak makan pun anak dan suami juga. Walaupun nak tukar inti, step buatnya tetap sama ye.
Lasagna daging, cer tgok…meleleh-leleh cheese dia. Nak puas makan…nak sedap..buat lah sendiri. Resepi pandai-pandailah adjust ikut tekak sendiri ya.
Resepi Lasagna Daging
Bahan inti :
👉🏻 Daging kisar (1paket 400g) kak guna brand Ramly.
👉🏻 Sos Prego spageti (1 tin)
👉🏻 Sos cili – kak tambah sebab nak rasa pedas
👉🏻 Bawang besar (1biji) – cincang
👉🏻 Bawang putih (5ulas) – cincang
👉🏻 Serbuk lada itam
👉🏻 Garam
Cara-cara :
👉🏻 Tumis bawang besar dengan bawang putih sampai naik bau.
👉🏻 Masukkan daging kisar. Masak sampai empuk. Boleh masukkan sikit air sampai cepat masak.
👉🏻 Masukkan sos Prego, sos cili. Kacau.
👉🏻 Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
👉🏻 Siap dan ketepikan.
Cara masak :
👉🏻 Cairkan mentega. Masukkan tepung gandum. Kacau jangan sampai berketul. Guna api perlahan.
👉🏻 Masukkan susu & cheese. Kacau sebati & cheese cair. Siap. Bila sejuk sos akan pekat.
Lasagna @ roti Gardenia
👉🏻 Kalau guna lasagna kene celup dengan air panas sekejap. Pastu susun dalam loyang.
👉🏻 Kalau guna roti, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu. Susun dlm loyang.
👉🏻 Susun selang seli. Lasagna, inti, sos putih.. Buat berlapis.. Lapisan atas sekali biar sos putih.. Tabur dengan mozarela cheese. Lagi banyak lagi sedap.
👉🏻 Bakar pada suh u 150’C dlm 30-40 minit @ sampai bahagian atas perang-perang..
Siap untuk dimakan!
# Uwan taburkn sikit serbuk cili atas cheese tu supaya ada rasa-rasa pedas
Kredit resepi: Wahida Zakaria Dimasak oleh : Uwan Nolly Epin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan...