Sajian masak lemak udang, udang sambal petai dan sambal udang sudah terlalu sinonim dengan menu harian kita. Apa kata cari kelainan untuk sajian udang dengan mencuba resipi Udang Mayo.
Resipi Udang Mayo yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini nampak cukup menyelerakan. Lain macam nampak enaknya. Paling menarik nak buatnya cukup mudah. Jom cuba kelainan dengan resipi gabungan mayonis ini. Mana tahu kena selera suami dan anak-anak. Jom cuba!
Hari tu tengok Udang Mayo di page Udang Mayo Sungai Petani, terus jadi teringin nak makan. Saya di JB, jauh sangat pula nak ke sana. Jadi kita masak sahajalah versi sendiri.
Udang Mayo Viral by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan:
10 ekor udang saiz besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2-3 sudu besar mayonis
1 batang daun bawang
1-2 biji limau kasturi
1 biji telur
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa.
Udang yang telah dikupas kulitnya, gaul dengan telur, garam dan serbuk lada hitam.
Ads
Ni campuran tepung gandum dan tepung jagung serta garam. Ambil udang, golek dalam tepung ni biar rata.
Lepas tu cempelung ke dalam minyak panas sehingga udang bertukar merah dan tepung menjadi rangup. Sekejap je dia masak, seminit lebih je.
Ads
Nampak betapa menyelerakan udang celup tepung ni! Gebu bukan main. Rangup pula tu luarnya. Sabar dulu, jangan makan dulu!
OK sekarang buat dia punya kuah/sos. Tumis bawang putih sehingga baik bau. Lepas tu kena masukkan pes cili kisar. Tumis sampai pecah minyak!
Ads
Tambah garam dan gula. Perah limau kasturi atau purut. Ikutlah mana yang ada. Saya masukkan sekali kulit dia supaya ada rasa zesty! Jangan lupa basuh bersih kulit tu!
OK ni ramuan yang memberi nama kepada masakan ni. Mayonis! Saya tak tahu siapa reka masakan ni, tapi ia popular di restoran masakan cina di Indonesia. Cuma, di sana tak letak cili. Mereka hanya letak mayonis, susu pekat dan bijan.
OK sekarang dah boleh hidang! Sos ni memang sesuai dengan udang yang rangup ni. Rasa dia masam, manis pedas, dan berlemak. Ratah udang begitu ja! Berebut laki bini! Haha!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gabungan ayam berempah dan nasi panas tidak lengkap tanpa sambal geprek pedas yang membangkitkan rasa hidangan. Sambal jadi tambah superb rasanya bila ditumis lama, rasa lagi pedas dan menyengat.
Resipi sambal padu dengan ayam berempah yang dikongsikan oleh Pn Puteri Hana Sofia ini anda wajib cuba. Superb!
RESEPI AYAM GEPREK BEREMPAH EXTRA SPICY
Bahan-bahan:
15 btg Cili padi
2 btg Cili besar
3 biji Bawang putih
6 biji Kacang gajus (ikut selera masing-masing)
olive oil
Tauhu
Gula
Garam
Timun *grill cili padi,cili besar,bawang putih dan kacang gajus
Cara-cara masak ayam berempah
========================
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil gula
secubit garam
1/2 inci halia
3 helai cili kering
1 sudu kecil jintan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung gandum * Blend semua bahan diatas kecuali tepung. Perap ayam dalam 30 min sebelum goreng.
Cara-cara buat sambal geprek ======================= 1. Letak cili padi,garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung batu biasa je.
2. Lumatkan semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar,gula dan garam secukup rasa.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun tak pedih huhuhu..
5. Gaul rata.
6. Masukkan ayam berempah yang dah digoreng. Geprek kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
7. Siapppppp!! Boleh dimakan bersama nasi putih panas-panas nyummmmm.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja spageti carbonara, anak-anak mesti suka. Maklumlah tak pedas dan sedap berkrim. Bagi yang ada anak ramai, makan direstoran pasti sedikit membebankan. Apa kata masak sendiri di rumah. Lagi puas hati kan?
Tak perlu beli pun sos mahal sebaliknya gunakan kaedah ini nak sedapkan kuah carbonara. Memang pekat, sedap dan padu resipi perkongsian Pn Nurul Husna Mohamed Daud ini. Jom cuba!
Dah tiga tahun lebih anak-anak boleh kenal spageti carbonara simple sedap, dan sentiasa jadi menu rebutan untuk anak-anak.
Terima kasih banyak-banyak kandaku kak no cayam yang ajar resepi superb ni kat adinda.
Tak payah susah-susah beli sos mahei dalam tin. Kalau yang berkemampuan tak ada hal la kan tapi, kot-kot mana pun sedap buat sendiri jugak, kasih sayang extra🥰♥️. Ok jom buat!!
Bahan bahan: 1 paket spageti (boleh belaka jenama apa dan jenis pasta pun boleh) 2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak (kalau nak guna 2 tin susu, 1/2 lagi tu air pun boleh. Mokcik buat gitu la..jimat) Majerin + minyak (untuk menumis) Daging cincang Bawang merah -dadu 1 sb tepung gandum Cendawan dan sosej 3 keping Cheese slice Lada hitam -blend atau tumbuk Perisa maggi cukup rasa Garam dan gula Parsley dan oregano (kalo tak ada, tak letak pun ok je)
Rebus spageti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak minyak masak 2 sb, untuk elakkan dia dari melekat masa sejuk.
Panaskan majerin + minyak, dan tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biar sedikit garing la. Lepas tu masukkan gandum kacau lagi sekejap dan masukkan lada hitam serta daging. Sambil zikir-zikir dan doa kasih sayang tu, kacau lagi sampai naik minyak.
Masukkan pulak cendawan dan sosej, kalau tak nak letak pun tak pe. Sedap dohh..dan ready masuk susu.
Nampak susu tu dah naik wap nak gelegak, masuk la cheese dan perasakan dengan gula garam serta perisa.
Last sekali kalau ada herba kering kat rumah tu, boleh la masuk ya. Lagi umpph rasa dia. Parsley atau oregano. Sedap!.
Bila sejuk kuah tu akan jadi lebih pekat ya, sebab adanya gandum dan cheese. Jangan bimbang la kalau dah masak nampak cair je, tunggu sejuk sikit santap lah bersama keluarga tersayang.