Udang Mayo Viral, Ringkas Tapi Sedap Menyengat, Confirm Berebut!

Share

Sajian masak lemak udang, udang sambal petai dan sambal udang sudah terlalu sinonim dengan menu harian kita. Apa kata cari kelainan untuk sajian udang dengan mencuba resipi Udang Mayo.

Resipi Udang Mayo yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini nampak cukup menyelerakan. Lain macam nampak enaknya. Paling menarik nak buatnya cukup mudah. Jom cuba kelainan dengan resipi gabungan mayonis ini. Mana tahu kena selera suami dan anak-anak. Jom cuba!

Wajib cuba: Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni Sedap Hingga Menjilat Jari!


Hari tu tengok Udang Mayo di page Udang Mayo Sungai Petani, terus jadi teringin nak makan. Saya di JB, jauh sangat pula nak ke sana. Jadi kita masak sahajalah versi sendiri.

Udang Mayo Viral by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan-bahan:
10 ekor udang saiz besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2-3 sudu besar mayonis
1 batang daun bawang
1-2 biji limau kasturi
1 biji telur
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa.

Udang yang telah dikupas kulitnya, gaul dengan telur, garam dan serbuk lada hitam.

Ni campuran tepung gandum dan tepung jagung serta garam. Ambil udang, golek dalam tepung ni biar rata.

Lepas tu cempelung ke dalam minyak panas sehingga udang bertukar merah dan tepung menjadi rangup. Sekejap je dia masak, seminit lebih je.

Nampak betapa menyelerakan udang celup tepung ni! Gebu bukan main. Rangup pula tu luarnya. Sabar dulu, jangan makan dulu!

 

OK sekarang buat dia punya kuah/sos. Tumis bawang putih sehingga baik bau. Lepas tu kena masukkan pes cili kisar. Tumis sampai pecah minyak!

Tambah garam dan gula. Perah limau kasturi atau purut. Ikutlah mana yang ada. Saya masukkan sekali kulit dia supaya ada rasa zesty! Jangan lupa basuh bersih kulit tu!

OK ni ramuan yang memberi nama kepada masakan ni. Mayonis! Saya tak tahu siapa reka masakan ni, tapi ia popular di restoran masakan cina di Indonesia. Cuma, di sana tak letak cili. Mereka hanya letak mayonis, susu pekat dan bijan.

OK sekarang dah boleh hidang! Sos ni memang sesuai dengan udang yang rangup ni. Rasa dia masam, manis pedas, dan berlemak. Ratah udang begitu ja! Berebut laki bini! Haha!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM