Udang Mercun Sheila Rusly, Memang Pengsan Rasa Dia!

Share

Bila bulan ramadan memang tertunggu-tunggu resipi baru dari Sheila Rusly. Resipi yang sis Sheila kongsi mudah nak buat, nampak menyelerakan. Kecur air liur bila tengok resipi Udang Mercun 2 hari lepas. Ramai dah cuba buat, betul memang boleh pengsan rasa dia sebab sedap sangat! Hari ni min nak kongsikan resipi Udang Mercun Sheila Rusly yang sesuai buat makan waktu berbuka atau moreh.

Sumber: Sheila Rusly

Bahan-bahan:

  1. Kulit popia

2. Perapan Udang:

  • Udang
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Daun Bawang
  • Sos Tiram

3. Sos Pencicah:

  • Akar Ketumbar
  • Cilipadi
  • Palm Sugar
  • Sos Ikan
  • Lime Juice
  • Sos Thai
@sheilarusly Cerita semalam. Berbuka rumah anak menantu. Menu Ayam Geprek airtangan @Elisyasandhaofficial Sis buat Firecracker Shrimp (Udang Mercun)Memang pengsan rasa dia😜 Resipi👇🏻 Udang Bawang Merah & Putih Daun Bawang Osyter Sauce Dipping Sauce 👇🏻 Bawang Putih Akar Ketumbar Cilipadi Palm Sugar Fish Sauce Lime Juice Thai Sauce #ramadan2023 #airtangansr #comfortfood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah ♬ Ramadhan Datang – Tompi

“Pengsan Rasa dia!” 

Cara penyediaan:

Udang:

  1. Buangkan kulit udang dan kelarkan isi udang untuk biar perapan serap ke dalam isi udang.
  2. Tumbuk bawang merah dan bawah putih sekali. Masukkan ke dalam bawang putih, bawang merah, daun bawang (dihiris), sos tiram, ke dalam bekas yang berisi udang dan gaulkan rata.
  3. Ambil kulit popia potongkan menjadi segi tiga.
  4. Gulung udang dengan kulit popia dari hujung ke tengah, selitkan bahagian atas popia ke dalam dan sambung gulung. Biarkan bahagian ekor udang terkeluar sedikit. Sapukan sedikit bancuhan tepung untuk kekemasan.
  5. Goreng sehingga warna keemasan.

Sos pencicah:

  1. Kisarkan semua bahan-bahan pencicah sekali.
  2. Taburkan sedikit daun ketumbar.

 

Nanti bila dah cuba masak dan makan, mesti setuju kenapa sis Sheila Rusly letak nama “udang mercun”. Bayangkan, rasa rangup kulit popia inti udang yang isi manis seekor dalam tu. Selamat mencuba!

Kredit: Sheila Rusly

 

Published by
Humaira