Udara Dalam Rumah Kekal Bersih, Anak-Anak Sihat, Ini Jaminan Terbaik & Berbaloi!

Share

Dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang ini semua orang lebih selesa duduk di rumah sebagai langkah pencegahan. Lagipun ibu bapa turut bekerja dari rumah dan anak-anak menjalani kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bagi anak yang masih kecil, fasa meneroka dalam rumah adalah keutamaan mereka. Namun adakah anda tahu udara dalam rumah pun tak bersih akibat daripada beberapa faktor pencemar.

Sebagai contoh asap pembakaran di sekeliling, pendingin hawa yang tidak diselenggara dengan baik, barang permainan yang lama, penyembur aerosol, pewangi bilik atau pencuci pakaian masing-masing melepaskan pelbagai zarah kecil serta gas berbahaya ke udara.

Kredit Foto: pexels.com

Keadaan mungkin lagi teruk sekiranya tiada pengudaraan yang baik dalam rumah. Dengan tingkap sentiasa tertutup, barangan yang banyak dalam rumah, keadaan luar persekitaran rumah yang padat boleh menghalang kemasukan udara bersih. Keadaan ini akan menyebabkan udara kotor tidak dapat dihapuskan kerana tiada peredaran udara keluar-masuk yang sempurna.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, penting untuk anda pastikan pengudaraan dalam rumah yang baik agar ahli keluarga ceria dan sihat.

Tip mengurangkan pencemaran udara dalam rumah

Bersihkan rumah secara berkala

Pastikan rumah sentiasa bersih. Jadikan rutin sekurang-kurangnya seminggu dua kali bersihkan rumah seperti vakum, mop lantai, lap habuk-habuk di perabot dan perhiasan. Rutin ini perlu dilakukan secara konsisten supaya keselesaan berpanjangan untuk seisi keluarga.

Elak penggunaan karpet tebal

Elakkan penggunaan karpet berbulu tebal kerana ia punca perangkap habuk. Kalau diikutkan rumah yang ada anak kecil tak digalakkan tetapi jika tetap mahukan karpet sebagai penghias kediaman, tak salah pun. Cuma perlu pastikan kerap dibersih secara berkala.

Kredit Foto: pexels.com

Pastikan pengudaraan bahagian dapur lancar

Ketika memasak, jika dapur dah dilengkapi penyedut asap, pastikan tingkap juga dibuka untuk melancarkan pengudaraan. Ini untuk mengurangkan haba panas semasa memasak dan dapat mengurangkan bau yang melekat pada ruangan dapur.

Selenggara pendingin hawa

Selenggara pendingin hawa mengikut jadual. Pendingin hawa pun antara punca yang menyebabkan udara dalam rumah kotor. Jika anda biarkan tidak diservis atau diselenggara, setiap kali anda menghidupkan pendingin hawa, ahli keluarga akan terus menerus menghidu udara yang tidak bersih. Ini boleh menjadi punca kepada penyakit lain pula.

Pilih pokok hiasan sesuai

Pilih tanaman bersesuaian untuk diletakkan di dalam dan kawasan rumah. Biak tanaman yang mampu membersihkan udara daripada pelbagai risiko pencemaran.

Penapis udara Dyson alternatif terbaik!

Pemasangan penapis udara dalam rumah adalah pilihan tepat. Baru-baru ini, Dyson telah melancarkan Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09 dengan teknologi pengesanan baharu yang berupaya memerangkap virus H1N1, alergen dan debu ultra halus, untuk membantu menyediakan rumah yang lebih bersih dan sihat. Dengan penapis udara Dyson terbaru model TP09 ini, ia dapat membantu mengurangkan masalah bersin yang disebabkan oleh alergi. Selain itu, ia juga mampu memusnahkan gas berbahaya Formaldehid, secara berterusan, yang kebiasaannya dikesan daripada sebahagian jenis perabot, gam dan pelekat, cat, serta produk pembersih.

Berdasarkan garis panduan kualiti udara dalaman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seseorang yang terdedah dengan pencemaran gas Formaldehid pada kadar 0.1 mg/m3 ke atas dianggap tidak sihat kerana ia berpotensi menyebabkan ketidakselesaan seperti mata berair; rasa terbakar di bahagian mata, hidung, dan tekak; selain kerengsaan kulit dan gejala pernafasan.

Turut ditambah baik, seluruh penapis udara Dyson ditutup kedap sepenuhnya dengan piawai HEPA H13. Ini bermaksud penapis udara Dyson tidak hanya memerangkap 99.95% zarah sekecil PM0.1 dan sebarang bahan cemar yang diserap ke dalamnya akan kekal di dalam, tanpa terkeluar kembali ke udara.Ia juga 20% lebih senyap dari generasi sebelumnya dan satu-satunya alat penapis udara dengan teknologi Air Multiplier ™ yang menarik pencemaran walau dari jauh dan memancarkan udara yang dibersihkan ke seluruh ruangan.

Ibu bapa yang prihatin atas kesihatan ahli keluarga harus memastikan kebersihan udara dalam rumah sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Apabila udara dalam rumah bersih, secara tak langsung boleh membantu meningkatkan daya imun anak-anak dan memberi keselesaan berpanjangan.

Bagi yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai penapis udara Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09 boleh terus klik di sini.

Jadi bagi anda yang masih tercari-cari penapis udara yang mempunyai kualiti terbaik, dapatkan Dyson Purifier Cool Formaldehyde TP09. Bukan saja berfungsi sebagai saringan udara sihat tetapi sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)



Published by
Wan Amy