Kisahnya pernah mendapat perhatian media suatu ketika dahulu, namun penderitaan Nur Qhayla Rania, 3 tahun masih belum berkesudahan. Menghidap penyakit Hydrocephalus atau masalah lebihan air dalam kepala sejak dilahirkan, semakin hari kepala Qhayla semakin membesar.
Nur Qhayla biasanya akan dibawa oleh ibunya, Che Siti Noor Azreen Che Ishak, 24 ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan untuk rawatan susulan meskipun jarak dari kediaman mereka lebih 40 kilometer. Ada ketikanya dia dan anaknya yang sakit itu perlu menaiki kereta sewa kerana suami perlu menjaga anak sulung yang masih di pra sekolah.
Doktor Maklumkan Anak Dalam Kandungan Ada Masalah
Azreen berkata sejak kandungannya berusia tujuh bulan, doktor sudah memaklumkan kepala anaknya besar namun dia tidak menjangkakan masalah itu serius.
“Memang pada awal kelahiran sukar kami sekeluarga menerima dugaan ini, namun saya positif dan mesti kuat bagi membesarkan Nur Qhayla Rania.
“Memang sedih melihat Nur Qhayla Rania hanya mampu terbaring dalam kereta sorong bagi memudahkan pergerakan di rumah,” katanya yang tinggal di Kampung Alor Pasir, Tanah Merah.
Menurutnya juga sejak lahir, sudah banyak kali Qhayla melakukan pembedahan untuk membuang air lebihan dalam kepalanya dan setiap kali itulah hatinya cukup sedih melihat keadaan anaknya yang masih kecil itu.
Ads
Dalam satu perkongsian yang disiarkan oleh Kitafund, Azreen dan suami yang hanya bekerja kampung redha dengan ketentuan yang Maha Pencipta tentukan buat mereka. Namun tidak pernah sekalipun mereka berputus harap, doa sentiasa menjadi pendamping. Apa yang diharapkan bakal ada keajaiban untuk anaknya Qhayla agar dapat sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Perkongsian yang dibuat menerusi laman web tersebut:
“Saya Che Siti Nor Azreen, ibu kepada Nur Qhayla Rania ingin meminta jasa baik anda semua untuk membantu anak saya,yang hanya mampu terlantar sejak lahir lagi. Qhayla kini berusia 3 tahun.
Ads
Ujian ini amat berat buat saya dan keluarga Tapi kami redho dengan kehendak Ilahi.Kami tidak pernah berputus asa dan sentiasa berdoa semoga ada keajaiban untuk anak saya sihat seperti kanak-kanak lain.
Kami kini menetap di Kelantan. Suami saya kerja kampung sahaja dan saya berniaga kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan dan keperluan anak. Jika Qhayla sakit dan perlu dirawat di hospital, kami tidak boleh menjalankan perniagaan. Kedai kami lebih banyak tutup daripada buka kerana kesihatan Qhayla yang tidak mengizinkan.
Saya sendiri juga tidak berapa sihat kesan daripada masalah yang saya hidap semasa mengandungkan Qhayla. Ketika itu, saya disahkan lumpuh separuh badan. Namun setelah melahirkan Qhayla secara Caesarean, dengan Kuasa Allah saya boleh berjalan.
Ads
Qhayla menjadi keutamaan kami kerana kesihatannya yang semakin merosot. Qhayla juga sering dimasukkan ke wad akibat sawan dan masalah VP Shunt. Hospital sudah seperti rumah kedua Qhayla. Setiap bulan anak saya perlu ke hospital untuk rawatan fisioterapi.
Alhamdulillah, Qhayla menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan tetapi masih belum cukup untuk menampung semua perbelanjaan yang diperlukan. Qhayla memerlukan 5 tin susu khas (Pediasure) dan 5 tin Glucose Carborie sebulan atas nasihat doktor beserta keperluan-keperluan lain.”
Dalam perkongsian tersebut juga ada menyebut tentang kebutuhan yang diperlukan oleh keluarga ini bagi merawat si kecil Qhayla selama enam bulan. Bantuan ini pastinya diperlukan secara berterusan untuk merawat anaknya yang masih kecil dengan penyakit serius yang dihidapi oleh anaknya itu.
Bagi yang ingin membantu, boleh berbuat demikian menerusi laman web tersebut atau terus menyalurkan bantuan ke nombor akaun Maybank Che Siti Noor Azreen Che Ishak 153056463889.
Ibu yang menyusukan anak, ada yang khuatir dan gusar kerana kurang pasti tentang fakta ini. Risiko tulang rapuh pada masa hadapan setelah menyusukan anak bertahun-tahun adalah antara mitos yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat.
Ada ibu yang menyusukan anaknya sejak daripada kelahiran anak pertama, kedua dan seterusnya tanpa henti, walau pun semasa hamil tetap menyusukan secara tandem selepas bayi dilahirkan.
Lantaran sakit-sakit badan dan sendi, ramai yang mengesyaki ia adalah gejala kerapuhan tulang. Persoalannya, bolehkah tempoh penyusuan yang lama ini boleh menyebabkan ibu mengalami kerapuhan tulang?
Jadi ibu-ibu ini risau akan kesihatan diri sendiri. Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, kehamilan dan amalan penyusuan susu ibu merupakan tempoh di mana jumlah keperluan kalsium adalah tinggi.
KALSIUM DIPERLUKAN KETIKA WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK
Terdapat kebimbangan jika sekiranya pengambilan kalsium di dalam diet tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan tambahan ibu dan anak. Tahap kesihatan ibu dan anak mungkin dalam bahaya kerana bone loss daripada rangka ibu, mengurangkan pertumbuhan tulang janin dan rembesan kalsium terjejas.
Semasa hamil dan menyusukan anak, kalsium diperlukan untuk perkembangan janin dan penghasilan susu. Amaun yang diperlukan kira-kira 200mg /hari. Ia adalah jumlah yang besar jika dibandingkan dengan pengambilan kalsium harian oleh kebanyakan wanita.
Sejak sekian lama, keperluan kalsium tambahan untuk kehamilan dan penyusuan susu ibu perlu cukup selari dengan peningkatan pengambilan kalsium dalam diet. Ia merupakan cadangan di kebanyakan negara sejak dahulu dan disokong dengan data daripada kajian haiwan.
JANGAN RISAU, TUBUH MENGALAMI PROSES PENYESUAIAN FISIOLOGI
Walau bagaimanapun, terdapat pemahaman terkini tentang metabolisme kalsium dan tulang semasa kehamilan dan penyusuan susu ibu. Ia telah dibincangkan dan bukti kajian mendapati kehamilan dan penyusuan susu ibu dikategorikan sebagai proses penyesuaian fisiologi.
TIDAK PERLU AMBIL KALSIUM BERLEBIHAN
Proses ini bebas. Ia tidak memerlukan peningkatan pengambilan kalsium untuk perkembangan janin dan penghasilan susu ibu.
Terdapat data kukuh yang menunjukkan pengambilan kalsium yang kurang semasa proses penyusuan susu ibu tidak menjejaskan prestasi penyusuan dan bone loss.
Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan sama ada pengambilan kalsium yang rendah sebelum atau semasa mengandung boleh memberi kesan merosakkan prestasi pembiakan dan penyusuan susu ibu serta tahap kesihatan jangka panjang si ibu dan anaknya.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Untuk menghargai seorang insan bergelar ibu, tidak perlu tunggu hari yang istimewa pun. Seharusnya setiap hari menjadi hari untuk kita sentiasa menghargai dan mengenangkan jasa wanita istimewa ini.
Sempena Hari Ibu yang lalu, suami Emma Maembong telah berkongsi sebuah video untuk menunjukkan penghargaannya kepada isteri tercinta.
Rupa-rupanya video tersebut adalah rakaman detik-detik kelahiran anak mereka, Shariq Gabriel. Dapat dilihat bagaimana Emma berjuang untuk melahirkan anaknya itu.
Biarpun video tersebut telah dirakam sekitar November tahun lalu, ia tetap menjadi perhatian warga maya apabila dikongsikan oleh suami Emma.
Rata-rata yang menonton video tersebut dapat relate dan turut merasa sebak melihat kesakitan yang dirasai Emma.
Sesungguhnya saat melahirkan merupakan momen terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, ia juga saat-saat yang menyakitkan kerana ibu memperjuangkan nyawanya bagi melahirkan anak tersayang. Oleh itu, penghargaan kepada isteri dan ibu bukan hanya terhad ketika hari ibu semata-mata tetapi seharusnya setiap hari.
Hargai pengorbanan isteri anda dengan menghadiahkannya sesuatu yang istimewa. Klik saja di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak dua menjak ni anak asyik batuk je, bukan anak sahaja yang batuk boleh dikatakan satu keluarga alami penyakit batuk-batuk. Kalau anak yang masih kecil mesti mama papa risau nak beri ubat batuk di pasaran kan?
Kalau nak buat sendiri pun boleh, jom ikuti perkongsian dari doktor ini. Selamat mencuba!
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.