Isteri nampak je kuat, tapi andai pasangannya ditimpa dengan ujian yang tak disangka-sangka tetap gugur juga air mata itu. Lagi-lagi bila suami yang menjadi tempat bergantung selama ini kini terlantar sakit. Bertambah sedih apabila anak-anak masih kecil dan memerlukan kasih ayah.
Menerusi perkongsian seorang isteri di Facebook Nurasmieyra Ismail, ibu kepada dua cahaya mata berusia 3 tahun dan setahun serta sekarang sedang sarat mengandung anak ketiganya yang bakal lahir September depan, apa yang berlaku pada suami tak dijangka sama sekali.
Bermula dengan demam on off, sakit kepala
Bermula dengan demam on off je, lepas tu kerap sakit kepala yang teramat sangat sehinggalah satu hari tu terus tak ingat apa-apa. Semua berlaku secara mengejut. Suami mula tak sedarkan diri sejak 2 Mei 2021.
Dari hari jadi anak yang baru masuk 1 tahun (8 Mei 2021) sampai la Hari Anniversary kami (14 Mei 2021) yang ke-5, buatkan saya sedih tengok suami hanya terlantar. Doktor diagnos Meningitis (jangkitan kuman di selaput otak).
Masa berada di hospital sebelum ini, kalau dia sedar pun, kejap je. Suami buka mata tapi dia tak kenal siapa-siapa. Dia tak kenal saya, tak kenal anak-anak dia. Tak ingat pun dengan keadaan saya tengah sarat mengandung anak dia.
Bila jadi macam ni, sekelip mata saya jadi ralat. Automatik saya perlu kuat untuk galas semua tanggungjawab yang suami lakukan sebelum ni. Makan minum, pakai anak-anak, check up baby, ulang alik hospital, alhamdulillah Allah permudahkan urusan tu. Tapi sesekali buat saya sedikit rasa down.
Sebagai suri rumah sepenuh masa, kadang-kadang terfikir juga nak cari kerja memandangkan suami sakit terlantar macam ni tapi anak-anak pun kecil lagi. Mungkin selepas bersalin saya perlu fikirkan alternatif lain sebab tak mahu semua anak-anak dan suami tak terabai.
Hanya terlantar dan perlu bantuan untuk bangun
Syukur juga suami dah keluar hospital bulan Jun lalu dan buat masa sekarang ada di rumah mak. Sebab kalau duduk rumh sendiri nanti tak ada yang nak tolong angkat suami ke bilik air dan ke klinik.
Suami tak mampu nak gagahkan kaki lagi, nak jalan, nak berdiri tu tak boleh lagi. Buat masa sekarang guna wheelchair dan tongkat. Sepatutnya belum boleh discharge ward sebab suami kena continue ubat dia ada lagi 2 bulan.
Tapi kami minta balik juga sebab dah lama sangat duduk dalam wad dan tambah lagi dengan keadaan saya sendiri penat mengandung.
Jadi lepas discharged wad bermulalah episod kami ulang alik ke KK Kuala Abang setiap hari selama 2 bulan untuk continue ubat dan rawatan suami disana.
Walaupun ramai yang whatsapp nak datang melawat suami, saya minta maaf kerana keadaan dia sekarang memang tak mengizinkan. Dia bukan sembuh sepenuhnya lagi. Masih belum stabil dan sesekali ada muntah-muntah, sakit kepala, lemah, tak nak makan minum. Badannya pun semakin kurus.
Sekarang ni kalau nak suruh dia bangun kena angkat dulu, baru dia boleh bangun. Itu pun kejap je sebab dia akan kata pening. Anak-anak pun dia tak larat nak pegang dan nak main.
Suami dah tak boleh kerja
Doktor juga tak beri jaminan suami akan pulih sepenuhnya dan pihak mereka telah buat surat menyatakan suami tak boleh kerja dah. Moga ade rezeki lain buat kami sekeluarga.
Mohon doa dari kalian, doakan kesembuhan buat suami saya Ahmad Shahdan Mustafa agar diberi syifa’ dan sembuh sihat seperti biasa..Doa anda semua sungguh mahal buat kami. Ujian buat kami anak beranak, insyaAllah masih kuat. Doakan ya.
Kredit: Nurasmieyra Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)