Kenapa bila tengok gambar pregnant test positif tetapi tidak mengandung pun, ya? Jom fahami punca mengapa keadaan itu terjadi dalam perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!
Gambar pregnant test positif tapi tidak hamil, kenapa ya?
Apabila melakukan ujian kehamilan (UPT) dan mendapat keputusan positif palsu, ia boleh menjadi pengalaman yang menjengkelkan – khususnya buat mereka yang mengalami kesukaran untuk hamil atau sedang merancang kehamilan.
Harapan yang menggunung apabila melihat tanda positif boleh hancur berderai jika mengetahui ia adalah keputusan positif palsu. Pastinya ia boleh menyebabkan wujudnya kekecewaan yang mendalam.
Berita baiknya, pakar menjelaskan situasi untuk mengalami UPT positif palsu adalah jarang untuk terjadi.
Punca gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil
Berikut antara perkara yang boleh menyebabkan anda mendapat UPT positif palsu:
1. Membiarkan kit ujian terlalu lama
Sekiranya anda mengambil ujian kehamilan standard dengan penunjuk garis, adalah penting untuk menyemak keputusan mengikut arahan khusus ujian.
Jika dibiarkan terlalu lama sebelum membaca keputusan, air kencing pada kit ujian boleh menyejat dan menjadikannya kelihatan seperti anda mempunyai 2 garis dan bukannya hanya 1 – menjadikan keputusan positif sedangkan hakikatnya negatif.
2. Tamat tempoh punca gambar pregnant test positif tapi tidak hamil
Sebab kedua paling biasa anda akan mendapat keputusan positif palsu adalah kerana kit ujian kehamilan telah tamat tempoh.
Ads
Apabila kit ujian melepasi tarikh tamat tempohnya, bahan kimia yang mengesan hCG – human chorionic gonadotropin – tidak dapat berfungsi dengan berkesan dan menyebabkan keputusan yang salah.
3. Sedang mengambil ubat kesuburan
Sekiranya UPT diambil terlalu awal selepas pengambilan ubat kesuburan yang mengandungi hCG – seperti sesetengah suntikan dalam prosedur persenyawaan in vitro (IVF) – anda boleh mendapat keputusan positif palsu.
4. Masih ada hormon hCG selepas bersalin atau keguguran
Keguguran kehamilan biasanya berlaku dalam 13 minggu pertama kandungan. Bahkan kebanyakannya berlaku sebelum seorang wanita mengetahui dirinya hamil.
Biasanya selepas melahirkan anak atau keguguran, hCG boleh kekal dalam tubuh – dianggarkan untuk tempoh masa 4-6 minggu untuk tahap hCG kembali normal.
5. Mengalami kehamilan ektopik
Kehamilan ektopik atau luar rahim berlaku apabila telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim – biasanya dalam tiub fallopio – ia juga boleh terjadi dalam ovari atau serviks.
Kehamilan jenis ini biasanya tidak akan berkembang kerana embrio tidak berada di dalam rahim – tempat ia boleh membesar. Tetapi hormon hCG masih terhasil yang menyebabkan anda mendapat keputusan positif.
Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala berikut:
Sakit yang teruk di perut atau pelvis semasa hamil
Pendarahan faraj
Pening yang teruk, sakit kepala atau pengsan
Sakit bahu
Dorongan untuk buang air besar
Sebarang gejala lain yang membuat anda berasa bimbang
6. Kehamilan kimia, penyebab gambar pregnant test positif tapi tidak hamil
Kehamilan jenis ini adalah keguguran yang berlaku sebelum minggu ke-5 kehamilan apabila embrio dapat ditanam di dalam rahim tetapi tidak bertahan lama. Anda mungkin tidak menyedari bahawa diri sedang mengandung.
Ads
Dalam kehamilan kimia, embrio masih menghasilkan hCG sekali gus menyebabkan UPT positif palsu.
Kehamilan jenis ini bukan berpunca daripada tindakan atau ketidakupayaan oleh wanita tetapi boleh berlaku kerana:
Fibroid
Parut tisu
Jumlah hormon tertentu yang rendah seperti progesteron
Kelainan pada bentuk rahim
7. Keadaan perubatan, antara contoh pregnant test positif tetapi tidak mengandung
Kadangkala keadaan perubatan boleh mencetuskan positif palsu dalam ujian air kencing, seperti:
Sista ovari
Penyakit buah pinggang
Jangkitan saluran kencing
Masalah pituitari
Dalam beberapa kes, kanser ovari dan penyakit serius lain
Jika anda mendapat keputusan ujian positif palsu dan telah menolak sebab-sebab lain, berunding dengan profesional perubatan untuk menguji keadaan kesihatan di atas.
Doktor mungkin mengesyorkan ujian darah untuk mendapatkan keputusan ujian yang lebih tepat.
Cara mendapatkan keputusan ujian kehamilan tepat
Ads
Untuk elakkan gambar pregnant test positif tetapi tidak hamil, ada beberapa cara boleh anda lakukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Masa yang betul
Jangan ambil ujian terlalu awal. Disarankan untuk UPT dilakukan selepas tidak mengalami pendarahan haid pada bulan tersebut atau kemungkinan besar anda akan mendapat negatif palsu – mahupun ujian itu akan mengesan kehamilan kimia yang tidak dapat berkembang.
Mengikut arahan label, contoh pregnant test positif
Pastikan kit ujian anda belum tamat tempoh. Baca arahan dengan teliti dan ikuti langkah-langkah dengan tepat untuk mengelakkan keputusan palsu yang akan mengecewakan anda.
Ulangi ujian kehamilan
Mendapat hasil ujian kehamilan di rumah yang positif, mungkin menyebabkan anda tidak sabar untuk melakukan ujian darah untuk mengesahkan keputusannya. Ujian darah lebih tepat, jadi itu sudah tentu satu pilihan.
Tetapi anda juga boleh mengulangi UPT selepas 3-5 hari untuk mengesahkan kehamilan dan jika hasilnya masih positif!
Sekiranya terdapat sebarang ketidakpastian, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Pelakon Datin Seri Zizie Izette akui bimbang apabila mendapat tahu dia hamil lagi selepas baru melahirkan anak kembarnnya melalui proses pembedahan penghujung tahun lalu.
Zizie Izette berkata dia sentiasa mahukan anak lagi tetapi tidak pernah menyangka ia terlalu awal.
“Saya sentiasa mahukan anak lagi tapi saya tidak jangka pun ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas saya bersalin secara pembedahan.
“Bimbang, takut semua ada, yerlah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali,”katanya.
Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Kelmarin, isteri kepada Datuk Seri Bung Mokhtar itu mengumumkan dia sedang hamil tiga bulan selepas baru sahaja melahirkan anak kembarnya pada 30 Disember tahun lalu.
Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga terdahulu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette setahun.
Peminat Tumpang Gembira
Sebenarnya ramai peminat Zizie yang tumpang gembira dengan berita kehamilan kali kedua ini. Masing-masing positif dan menganggap ia adalah rezeki dari Allah.
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mengandungkan anak dengan jarak yang rapat dan turut bersalin secara pembedahan.
“Mungkin orang tengok macam tak fikirkan kesihatan tapi sebenarnya perancangan Allah mengatasi segala-galanya, jawab salah seorang peminat apabila Zizie meluahkan kebimbangannya untuk kehamilan kali ini.
Sumber: Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah 7 tahun menunggu kehadiran cahaya mata penuh sabar dengan melakukan rawatan kesuburan, baru-baru ini Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri telah mengumumkan dirinya berjaya hamil.
Berita gembira itu disambut penuh syukur oleh Madammu dan ahli keluarga serta peminatnya. Ramai yang mendoakan agar kandungan ini dapat membesar dengan baik dan dipermudahkan sehingga proses bersalin nanti.
Bagaimanapun dalam perkongsian di Tik Tok Cikya_Noir, Madammu ada berkongsi video yang menyatakan dirinya mengalami bleeding dan cukup merisaukan dirinya dan suami.
Kejadian berlaku selepas Madammu singgah makan di sebuah restoran. Ketika itu, hanya memesan menu salad bersama teh Arab, setelah 2 jam ketika mahu pulang, tiba-tiba rasa terkucil sedikit dalam 3 kali ada seperti ada sesuatu keluar.
Apabila diperiksa, Madammu mendapati jarinya ada kesan merah coklat. Disebabkan rasa tak sedap hati, terus ke hospital swasta berdekatan dan pihak hospital telah memberi satu suntikan sebelum suruh pantau terlebih dahulu.
Namun demikian, Madammu terus menghubungi doktor yang membuat IVF nya dan pemeriksaan secara lebih lanjut dilakukan. Alhamdulillah mujur tiada apa-apa yang teruk berlaku bahkan keadaannya kini dah stabil.
Daripada pemeriksaan yang Dr Haris lakukan, bleeding ini disebabkan oleh Madammu banyak bergerak dan tak duduk diam. Madammua mengakui silap ini.
Hasil scan, mendapati baby ok dan makin besar, dekat kantung tiada apa-apa luka, cuma uri yang baru nak berakar tu terlanggar.
Doktor pesan, tak boleh turun naik tangga, kena banyak rehat atas katil buat sementara waktu.
Sudah lama mengikuti perjalanan kisah Madammu untuk mengandung, semua pengikutnya mendoakan agar Madammu dapat rehat yang cukup dan kurangkan pergerakan ke sana sini.
“Madam jangan buat kerja berat sangat baru-baru ni, kena rest betu-betul. Semoga madam dan baby sihat selalu. Bukan senang madam nak dapatkan zuriat”
“Rehat secukupnya madam, ingatlah perjalanan IVF bukan mudah. Semoga terus sihat dan membesar hingga melahirkan.”
“Kandungan masih awal, seeloknya rehat laa, jangan banyak berjalan jangan aktif sangat, tunggu kandungan dah 5/6 bulan baru boleh nak aktif sikit-sikit. Lagi madam ivf, jaga betul-betul.”
“Alhamdulillahhhh, tak payah jalan sangat la madam, bed rest sampai trimester kedua, bagi baby betul-betul kuat.”
Sebelum ini, Madammu terpaksa menjalani proses membuang tiub fallopio sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Posisi tidur ibu mengandung salah satu sebab bayi mati secara mengejut dalam kandungan. Betul ke? Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai perubatan, Kesihatan wanita & Kehamilan menjelaskan posisi sebenar untuk tidur bagi ibu hamil.
Mesti takda orang bagitahu pasal mende ni kan. Saya nak cerita sikit. Posisi tido ibu mengandung ni mcm-mcm jenis. Yang biasa diamalkan adalah tido secara terlentang dengan perut yang besar tu kan?
Posisi tidur yang salah boleh ganggu peredaran darah
Ada kajian klinikal menyatakan bahawa posisi tidur terlentang ni mengganggu peredaran darah kembali ke jantung disebabkan rahim yang makin membesar. Makin besar rahim tu makin kuat tekanan yang diberikan kepada salur darah ( inferior vena cava ). Konsepnya lagi banyak pulangan darah ke jantung, lagi kuat daya mengepaman jantung ke seluruh bahagian badan termasuk la darah yang sampai ke rahim seterusnya ke placenta/uri.
Posisi tidur terlentang
Dengan baring terlentang ni, kurang darah sampai dan pulang ke jantung, maka daya pengepaman jantung kurang dan kurangnya darah sampai ke organ organ penting.
Posisi tidur mengiring
Posisi tidur yang dicadangkan
Posisi tidur yang dicadangkan adalah dengan tidur mengiring kiri ( left lateral ). Kajian telah membuktikan untuk ibu yang tidur mengiring pada umur kehamilan lebih 20 minggu pengepaman jantung ( ejection fraction ) meningkat sebanyak 8 %. Untuk ibu yang 32 minggu, dengan tidur keadaan mengiring kiri, pengepaman jantung ( ejection fraction ) naik sebanyak 11% . Atau dalam erti kata lain, makin kurang tekanan rahim yang besar itu diberikan pada salur darah belakang rahim ( inferior vena cava ) lagi bagus darah yang akan dipulangkan ke jantung.
Tidur terlentang tingkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal
Telah disimpulkan bahawa ibu yg tidur terlentang, meningkatkan risiko bayi dalam kandungan meninggal secara tiba-tiba sebanyak 3.7 kali ( tanpa ada faktor-faktor penyebab lain menyebabkan bayi mati secara tiba-tiba ).
Posisi tidur yang salah ketika hamil
Posisi tidur mengiring kiri lebih-lebih lagi pada usia kandungan trimester ketiga ( ataupun perut dah besar ) dapat mengurangkan risiko bayi mati mengejut dalam kandungan sebanyak 9%. Banyak tu !
Kalau Allah dah kata, kehamilan tu takat tu ja, apa daya sekalipun baby tu akan meninggal gak kan? Tapi ni adalah sesuatu yang boleh diikhtiarkan untuk mengurangkan kejadian bayi mati secara mengejut dalam kandungan
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.