Mengungguli terbitan majalah Berbahasa Melayu berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak sekian lama, jenama Pa&Ma kini semakin matang dan kukuh. Buat julung kali kalinya mengadakan pelancaran majalah baru iaitu Genius Pa&Ma sempena menyambut Ulang Tahun Pa&Ma yang ke-14 tahun di KidZania, Mutiara Damansara, semalam.
Majlis pelancaran Genius Pa&Ma disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd,Syamil Fahim Mohd Fahim, Penerbit Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin dan Editor & Ketua Jenama Majalah PA&Ma & Genius Pa&Ma, Eizan Ariffin.
Menurut Eizan Ariffin, Genius Pa&Ma, membantu ibu bapa membuat persediaan sebelum anak-anak mereka melangkah ke alam prasekolah dan persekolahan yang sebenar. Pada masa yang sama berkongsi citarasa dengan ibu bapa tentang soal penampilan si anak.
Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk Anak Bijak 3-6 tahun’, majalah Genius Pa&Ma yang dijual pada harga RM10 wajar menjadi rujukan pengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika.
“Walaupun Genius Pa&Ma hanya diterbitkan sekali sahaja tahun ini, tapi kami percaya jenama ini mampu melangkah jauh kerana ia mampu mengisi ‘lopong’ keperluan ilmu ibu bapa yang mempunyai anak 3-6 tahun ini. Ia juga sesuai dijadikan sumber rujukanpengasuh dan tenaga pengajar di taska dan tadika. In Shaa Allah tahun depan, Genius Pa&Ma akan muncul lagi!,”ujarnya yang juga mengucapkan terima terima kasih ke atas sokongan para pengiklan dan pembaca Pa&Ma dan Genius Pa&Ma serta para penaja iaitu KidZania selaku penaja lokasi, Dugro dan Miszbeauty Candylicious.
Majlis diserikan dengan upacara memotong kek ulang tahun Pa&Ma ke-14, pertunjukan fesyen si cilik daripada koleksi Poney, cabutan bertuah dan magic Show oleh team Kidzania.
Sementara itu, turut diadakan majlis penghargaan kepada pembaca setia Pa&Ma dan para pengiklan yang sentiasa menyokong majalah Pa&Ma dan Genius Pa&Ma. Seramai 15 keluarga pembaca setia Pa&Ma telah diundang untuk memeriahkan majlis pelancaran ini. Manakala tiga orang pembaca Pa&Ma telah dipilih untuk menerima anugerah sebagai Pembaca Setia Pa&Ma iaitu Raja Badariah Arwee, Abdul Razak Mohammad dan Nur Fadhilah Raja.
Manakala para pengiklan yang hadir antara ialah Llittle Caliphs International Sdn Bhd, Orient Europharma (M) Sdn Bhd, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Nestle Products Sdn Bhd, Cambert Sdn Bhd, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Anakku Sdn Bhd, Mydreams Concept Sdn Bhd dan i-green Sdn Bhd dan Cryocord Sdn Bhd.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI