Menerusi laman Instagram, pelakon dan usahawan terkenal, Nora Danish berkongsi beberapa keping gambar sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya yang kini genap berusia 16 tahun.

Dalam perkongsian tersebut, Nora memuat naik foto-foto kenangan bersama anaknya yang mesra dipanggil buah hati mommy, dengan kapsyen penuh kasih sayang dan doa yang menyentuh hati para pengikutnya.

Nora turut meluahkan rasa syukur kerana dapat menyaksikan anaknya membesar menjadi seorang remaja yang baik hati, penyayang, dan kuat menghadapi cabaran hidup.

Ulang Tahun Rayqal, Nora Danish & Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

“Alhamdulillah syukur. Happy 16th Birthday, Buah hati mommy! I can’t believe how quickly time has flown. Watching you grow into the kind, strong, and wonderful young man you are today has been one of my greatest joys in life,” tulis Nora dalam kapsyennya.

Gambar-gambar yang dikongsi memperlihatkan saat-saat manis Nora bersama anak lelakinya, termasuk foto sambutan sederhana tetapi penuh bermakna bersama keluarga.

Ulang Tahun Rayqal, Nora Danish & Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

Ads

Selain itu, Nora turut menitipkan pesan buat anaknya agar terus berpegang teguh kepada agama, mengutamakan solat, membaca Al-Quran, dan sentiasa berdoa.

“Jangan lupa solat, baca Al-Quran, berzikir, dan sentiasa berdoa. Allah SWT Maha Mendengar,” pesan Nora dengan penuh kasih sayang.

Ucapan tersebut jelas menunjukkan betapa besar harapan Nora terhadap anaknya yang kini sedang melangkah ke fasa remaja, di mana beliau mendoakan agar anaknya sentiasa diberkati dengan kejayaan dan kebahagiaan dalam setiap langkah perjalanan hidupnya.

TETAP RAI BERSAMA SEBUAH KELUARGA

Ulang Tahun Rayqal, Nora Danish & Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

Ads

Apa yang menarik perhatian ramai ialah hubungan baik Nora dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) dan Nedim Nazri (Boss Nad), yang terus terjalin mesra walaupun sudah lama berpisah.

Ulang Tahun Rayqal, Nora Danish & Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

Perkongsian Nora itu telah menerima ribuan tanda suka dan meninjau komen daripada peminat yang turut menitipkan doa dan ucapan selamat hari jadi buat anaknya. Juga peminat kagum biarpun mereka sudah berpisah namun demi anak, mereka bersama meraikan. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut tersentuh dengan doa dan nasihat Nora, yang menggambarkan kasih seorang ibu yang tidak pernah putus buat anak tersayang.

Ads

 

Ulang Tahun Rayqal, Nora Danish & Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak Ulang Tahun Rayqal, Nora Danish & Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak Ulang Tahun Rayqal, Nora Danish & Bekas Suami Tetap Bersama Demi Anak

 

Semoga anak Nora terus membesar menjadi insan yang membanggakan keluarga serta berjaya di dunia dan akhirat. Selamat ulang tahun ke-16!

Sumber:noradanish

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI