Pempengaruh Umisya Mazlan memaklumkan dia kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata ketiganya bersama suami, Ahmad Aslam.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Umisya yang ketika itu sedang mempromosikan produk pelembab kulit turut memberitahu tentang kehamilannya sekaligus mengiyakan khabar angin sebelum ini yang mendakwa dirinya sedang hamil.
“Satu benda yang saya takkan tinggalkan adalah rutin penjagaan muka saya.
“Saya akan gunakan pelembab dari saya mengandung anak pertama hingga ketiga ini.
“Yang penting sesuai untuk ibu mengandung, sebab itulah saya pakai,” katanya berkongsi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dengan berita gembira tersebut selain mendoakan Umisya dan bayinya sentiasa sihat.
Terdahulu, Umisya memberi bayangan seakan sedang melalui fasa berbadan dua apabila dia mengidam untuk menikmati makanan daripada sebuah restoran terkenal.
@umsymzln Dari anak 1 sampai yg sekarang, ni fav moist misya yang sesuai untuk ibu mengandung so boleh achieve glass skin😍 #skintificmy ♬ original sound – Umisyamazlan
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Ada Yang Alah Dengan Bau Suami Dan Mengidam Masa Mengandung. Rupa-Rupanya Ini Penyebabnya
Rasa mengidam, datang tanpa dirancang. Adakah ia spontan atau ada punca situasi sebegini berlaku?
Menurut Dr. Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban, sebahagian wanita hamil akan mengalami suatu keadaan di mana mengidam sesuatu jenis makanan ketika dalam tempoh kehamilan. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh masing-masing.
Atas sebab perubahan hormon jugalah, ia menjadi punca mengapa sesetengah wanita mengidam makanan tertentu dan tidak pada wanita yang lain. Keadaan sebegini, sama seperti saat mengalami haid di mana anda menginginkan sesetengah jenis makanan disebabkan oleh pengaruh hormon yang dialami ketika itu.
PERUBAHAN HORMON
Perubahan hormon di kalangan wanita hamil boleh memberi kesan terhadap deria rasa dan bau. Namun, sebab sebenarnya tiada siapa yang tahu dengan pasti. Alahan semasa hamil seperti letih, pening, muntah dan lain-lain yang berlaku akibat perubahan hormon boleh menjadi penyebab mengapa anda mengidamkan sesuatu makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.
Perlu difahami bahawa rasa mengidam bukanlah bererti seseorang wanita itu mengada-ada. Buang anggapan sebegini. Ketahuilah, kehamilan menjadikan kebanyakan wanita mahu mendapatkan lebih perhatian daripada suaminya. Namun, ada juga yang “alah” pada suami sendiri. Contohnya, ada wanita yang tidak tahan dengan bau badan suami masing-masing.
KEKURANGAN ZAT MAKANAN DAN VITAMIN
Sementara itu, perlu anda tahu bahawa kebiasaannya rasa mengidam boleh timbul sejurus selepas wanita tadi tidak lagi didatangi haid kerana hamil. Tidak kurang juga yang hanya mengalami rasa mengidam hanya apabila usia kehamilan mencecah lapan atau sembilan bulan. Penelitian umum mendapati bahawa keinginan untuk makan makanan tertentu berubah seiring dengan usia kehamilannya.
Menurut Dr. Norintan, kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang mencetuskan rasa mengidam. Sebagai contoh, mengidam makanan laut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan sodium. Bagi anda yang mungkin mengidam kekacang dan bijirin pula, ia berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh.
Ada juga segelintir wanita hamil yang mengidam ais ataupun air batu. Keadaan ini dikenali sebagai pica. Ia sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi.
SUMBER BUKAN MAKANAN
Kebanyakan wanita hamil diketahui umum suka mengidam makanan-makanan tertentu. Namun, tidak kurang juga ada yang mengidam sumber bukan makanan. Contohnya seperti mengidam bau minyak tanah, petrol, bahan pewangi dan yang seumpama dengannya. Jika ini berlaku kepada diri anda, ia tidak dapat dikaitkan dengan kekurangan apa –apa jenis zat makanan.
Masalah mengidam sesuatu yang bukan daripada sumber makanan sememangnya amat sukar difahami. Sehingga kini, tidak ada penjelasan dari sudut sains untuk kes-kes sebegini. Apa-apa pun, sekiranya anda mengidam sesuatu yang membahayakan kesihatan diri dan kandungan seperti terlalu ingin menghisap cerut atau merokok, ia semestinya perlu dielakkan.
Dalam pada itu, ada cara lain untuk menangani keinginan memakan sesuatu yang tidak sihat. Ia dapat dilakukan dengan mengambil sarapan setiap hari. Hal ini kerana amalan tidak bersarapan boleh membuatkan rasa mengidam itu menjadi lebih teruk. Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk lebih kerap melakukansenaman yang selamat untuk ibu hamil. Paling penting, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat dan makanan yang diambil setiap hari adalah pelbagai.
NASIHAT DOKTOR NORINTAN
Mengidam ketika hamil mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan zat di dalam badan. Namun, kenyataan ini tidak berlandaskan kepada mana-mana kajian yang boleh menjelaskan masalah mengidam ini dengan sepenuhnya. Secara amnya, mengidam tidak membahayakan wanita hamil dan anak di dalam kandungannya. Namun, bagi anda yang mungkin mengidam bahan-bahan merbahaya seperti rokok, perlu berhenti daripada meneruskan keinginan tersebut.
Adalah penting untuk anda memahami bahawa kepentingan amalan pemakanan yang baik. Ia perlu dititikberatkan bagi membolehkan anda mendapatkan cahaya mata yang sihat. Dalam pada itu, jika anda mengidamkan makanan yang tidak berkhasiat seperti terlalu inginkan gula-gula sedangkan pada masa yang sama, anda sebenarnya sedang mengalami gestational diabetes ketika hamil, disarankan agar anda menahan diri daripada terlalu kerap mengambil gula-gula yang diidamkan.
Tindakan sebegini penting bagi membolehkan anda mengawal tahap glukosa dalam darah. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, tahap kencing manis pasti tidak dapat dikawal dengan baik, seterusnya boleh menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia). Paling membimbangkan keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi ketika melahirkan anak kelak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masa Hamil Kaki Kejang Waktu Malam Boleh Keluar Air Mata Tahan Sakit. Tip Ini Boleh Membantu
Kejang atapun otot kejang adalah satu pengerasan otot kaki yang berlaku secara tiba-tiba tanpa mampu dikawal. Ia selalunya berlaku pada otot bahagian belakang kaki, belakang peha dan bahagian depan peha.
Anda juga boleh mengalami otot kejang ini dibahagian
- Abdomen
- Tangan
- Jari
- Tapak kaki
Sakit disebabkan masalah ini juga boleh menyebabkan anda terbangun pada waktu malam secara tiba-tiba.
Punca kepada kaki kejang
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kaki menjadi kejang. Ia adalah:
- Dehidrasi: Ia adalah keadaan dimana badan kehilangan air yang banyak.
- Kecederaan otot
- Mineral yang tidak seimbang di dalam badan. Ia boleh disebabkan seseorang itu mengalami muntah dan cirit birit yang teruk
- Kurangnya peredaran darah pada bahagian kaki juga boleh menyebabkan kaki seseorang itu menjadi kejang
- Terlebih bersenam
Ada juga beberapa faktor yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghadapi masalah ini. Ia adalah
- Pengambilan alkohol yang melampau
- Kehamilan
- Kegagalan buah pinggang
- Hipotiroid
Akan tetapi ada juga waktu yang kekejangan itu berlaku tanpa diketahui puncanya dan ia akan baik tanpa memerlukan rawatan.
Bagaimana diagnosa otot kejang dibuat?
Kekejangan kaki selalunya sesuatu yang tidak berbahaya dan kebanyakannya berlaku tanpa mempunyai sebab. Akan tetapi jika ia kekejangan itu berlaku dengan teruk ataupun kerap, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor Kerana pemeriksaan perlu dibuat untuk mengesan sebarang penyakit.
Pesakit mungkin akan menjalankan beberapa pemeriksaan seperti
- Kandungan kalium dan kalsium di dalam darah
- Fungsi buah pinggang
- Fungsi Tiroid
- Ujian kehamilan
Kesemua ujian ini adalah bergantung kepada simptom yang ada pada seseorang pesakit. Tidak semestinya semua ujian ini perlu dibuat.
Rawatan dan cara untuk menghentikan kaki kejang
Disini terdapat beberapa cara dan rawatan untuk mereka yang mengalami kaki kejang. Jika pesakit tidak mempunyai masalah lain, pesakit boleh mengikuti nasihat ini tanpa berjumpa dengan doktor.
Akan tetapi jika pesakit ada masalah seperti dehidrasi ataupun apa-apa simptom dan tanda tanda penyakit lain, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor
1) Melawan kekejangan otot
Apabila perkara tersebut berlaku, perkara pertama yang perlu dibuat untuk menghentikan kekejangan tersebut adalah dengan cara melawan kekejangan otot tersebut.
Sebagai contoh jika betis anda mengalami kejang, apa yang ada perlu buat adalah menarik tapak kaki anda keatas supaya otot betis diregangkan.
Jika bahagian belakang peha kejang, luruskan lutut untuk melawan balik kejang tersebut
Jika bahagian depan peha kejang, bengkokkan lutut untuk melawan balik
2) Gunakan ais
Selepas kekejangan tersebut berhenti, pesakit boleh menggunakan ais untuk mengurangkan sakit di kawasan tersebut
3) Ubat tahan sakit
Jika kesakitan itu masih ada, pesakit boleh mencuba ubat tahan sakit yang boleh dibeli di farmasi. (Dinasihatkan untuk tidak mengambil ubat tahan sakit pada jangka masa yang lama. Jika pesakit mempunyai masalah gastrik, pesakit perlulah memberitahu kepada ahli farmasi ataupun doktor ketika hendak mengambil ubat tahan sakit tersebut)
Bagaimana untuk mengelakkan kaki kejang berlaku?
Terdapat beberapa tips untuk mengelakkan kekejangan otot berlaku:
- Elakkan senaman yang memberi tekanan yang berlebihan kepada bahagian otot
- Sentiasa hidratkan diri dengan mengambil air
- Elakkan pengambilan makanan ataupun minuman yang menyebabkan dehidrasis seperti kopi dan cokelat
- Jika anda mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk, berjumpa terus dengan doktor untuk mengelakkan dehidrasi berlaku.
Sumber: Root of Science
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Risau, Risiko Agak Tinggi Untuk Isteri” Hazama & Isteri Tangguh Rawatan IVF
Penyanyi popular, Hazama mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu rawatan In vitro fertilization (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.
Menurutnya, demi kesihatan isteri, dia serta isteri tidak terburu-buru untuk mendapatkan cahaya mata malah lebih berserah kepada rezeki dari-Nya.
“Perkara ini akan kami fikirkan semula tahun depan. Tahun ini, kami mahu ‘enjoy’ dahulu. Buat masa sekarang, keadaan masih belum mengizinkan kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
“Saya dengan kerjaya seni, manakala isteri pula sibuk menguruskan perniagaan Asam Laksa yang semakin mendapat sambutan. Alhamdulillah, rezeki selepas pandemik.
“Tahun depan, umur isteri sudah memasuki 43 tahun. Saya risau juga sebab selalu dengar, mereka yang hamil pada usia melebihi 40 tahun, risikonya agak tinggi,”
“Kita doakan sahaja yang baik-baik. Kami sudah berusaha dan berdoa, malah pelbagai ikhtiar turut dilakukan, namun rezeki belum menyebelahi saya dan isteri.
“Jika ada, adalah… Tetapi, jika sebaliknya saya reda dengan ketentuan rezeki. Bagi saya, dalam setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Kami cuba seimbangkan perkara itu, selain sentiasa bersyukur.
“Saya okay sahaja, tiada masalah. Keluarga pun okay, malah mereka tidak memberikan kami tekanan untuk segera menimang cahaya mata. Tekanan itu selalunya datang daripada orang luar,”
Hazama mendirikan rumah tangga bersama Genervie atau nama sebenarnya, Kam Shi Ling
Kredit: media hiburan
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI