Comel sangat Baby AA yang dimuat naik di Instagram Ummi Nazeera dan suami di Instagram. Ramai yang terpesona dengan kecomelan si kecil ini. Ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan rakan artis.
Gambar Baby AA memakai suit bayi berlengan panjang itu dimuat naik dengan kapsyen yang amat ringkas, membuatkan ramai yang tidak percaya aktres kesayangan mereka sudah selamat melahirkan bayinya.
Anak siapaaaaa la ni … hehhehe . ❤️?? may Allah protect you sayang.. Ameen #BabyAA
A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on
Suami Ummi, Dr Izzar Anwari juga turut memuatnaik gambar yang sama dengan kapsyen yang berlainan;
Komen daripada ahli keluarga dan rakan artis mengukuhkan berita gembira ini. Antaranya seperti berikut;
Ummi yang sebelum ini pernah memaklumkan yang kandungan mengalami placenta previa tahap 2. Posting Baby AA menerima ucapan tahniah, kesyukuran dan pujian atas kecomelan bayi ini.
Sumber: Instagram Ummi Nazeera & Dr Izzar Anwari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Menyusu Ibu, Tapi Masih Sembelit. Rupanya Ini Punca, Mama Kena Cepat Rawat Ya!
Isi Kandungan
ToggleBila anak-anak sembelit, ibulah yang paling susah hati. Apa yang lebih membimbangkan walaupun diberi susu ibu namun masalah sembelit masih lagi dihadapi. Kadang sampai menangis tiap kali nak membuang air besar.
Seperti yang kita semua tahu susu ibu adalah makanan yang sangat mudah untuk melalui saluran pencernaan bayi. Malahan ada yang menganggapnya sebagai bahan julap semula jadi.
Oleh itu, bayi menyusu badan lebih mudah dan kerap melakukan pembuangan najis berbanding bayi yang diberikan susu formula.
Ia biasanya berlanjutan dalam tempoh beberapa hari pertama selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun selepas 3 hingga 6 minggu, bayi menyusu badan mungkin akan kurang mengalami pengerakan usus, antara 1 hingga 2 kali seminggu, berbanding bayi yang menyusu susu formula.
Sekiranya bayi menyusu badan dilihat kurang membuang najis, itu tidak semestinya petanda dia mengalami sembelit.
Tetapi jika najis yang sedikit keras dan si manja tampak berdepan kesukaran ketika membuang najis, mungkin terdapat punca bayi sembelit perlu anda siasat.
Adakah cara untuk mengatasi bayi sembelit jika ibu dapat mengenal pasti punca si manja mengalami kesukaran membuang najis?
Kenal pasti punca bayi sembelit
Selalunya, bayi yang diberikan penyusuan eksklusif sangat jarang mengalami sembelit.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab sembelit dalam kalangan bayi:
- Kekurangan serat dalam makanan
Masalah sembelit yang biasanya berlaku kepada bayi menyusu adalah apabila si manja mula diberikan makanan pejal seperti bijirin, lobak merah, gandum atau kekacang tanpa kandungan serat.
Keadaan tersebut mungkin akan menyebabkan najis menjadi sukar untuk melalui usus.
- Dehidrasi
Antara masalah kesihatan yang boleh dialami bayi adalah seperti selesema, batuk, jangkitan tekak atau masalah gigi.
Jika ia berlaku, kandungan air dalam badan si manja akan berkurang dan mengakibatkan dehidrasi. Sekali gus boleh menjadi punca bayi sembelit.
- Penyusuan susu formula
Walaupun menyusu badan, ada sesetengah ibu yang turut memberikan susu formula kepada bayi mereka. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada masalah sembelit.
Umumnya, susu formula lebih sukar dicerna oleh bayi berbanding susu ibu, oleh sebab itu najis mungkin menjadi lebih keras dan berketul.
Untuk bayi yang mempunyai masalah alahan protein susu juga akan mengalami sembelit apabila diberikan susu formula.
- Keadaan cuaca
Perubahan cuaca yang panas dan lembap boleh menyebabkan bayi berpeluh dengan banyak dan mendorong kepada dehidrasi.
Kandungan air dalam badan bayi yang kurang boleh mengakibatkan sembelit.
- Tabiat dan diet pemakanan ibu
Pergerakan usus bayi adakalanya turut bergantung kepada tabiat pemakanan ibunya. Ini bermakna apa yang dimakan ibu menentukan tahap kesihatan bayi.
Kalau diet ibu kekurangan serat dan mengandungi zat besi berlebihan, ia boleh menjadi punca bayi sembelit.
Oleh itu, sangat mustahak untuk ibu menyusu badan menjaga pemakanan dan lebih mengambil makanan yang rendah kandungan zat besi.
- Keadaan kesihatan
Kadang-kadang, masalah melibatkan perubatan seperti kelainan pada saluran pencernaan, bukaan rektum yang kecil boleh menyukarkan bayi membuang najis.
Walaupun ia jarang untuk berlaku, namun sudah tentu ia boleh menyebabkan sembelit.
Secara amnya, cara untuk mengatasi bayi sembelit melibatkan kesihatan ini memerlukan campur tangan perubatan. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar pediatrik.
Langkah mengatasi bayi sembelit
Kalau sudah tahu punca bayi sembelit, mestilah anda mahukan cara untuk mengatasi keadaan tersebut, bukan?
Untuk bayi:
- Dehidrasi boleh jadi punca sembelit yang serius pada bayi. Oleh itu, pastikan si manja mendapat cecair yang mencukupi menerusi susu ibu atau air
- Jika bayi anda sudah mula mengambil makanan pejal, pastikan anda memberikannya makanan berserat, seperti buah-buahan atau sayuran
- Untuk mengatasi bayi sembelit, anda boleh membantu dengan melakukan senaman bagi merangsang pergerakan usus bayi. Cuba baringkan bayi dalam keadaan terlentang dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal
- Melakukan urutan lembut pada perut bayi boleh mengurangkan dan meredakan masalah sembelit
- Jika doktor membenarkan, selitkan jus prun ke dalam diet pemakanan bayi anda untuk melembutkan najisnya
Untuk ibu:
- Jika bayi anda mempunyai intoleransi protein susu lembu, elakkan pengambilan makanan seperti krim, yogurt, mentega atau keju dalam diet anda. Pastikan anda menyemak senarai ramuan sebelum membeli sebarang makanan
- Anda gemarkan minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman berkarbonat? Mungkin tiba masanya anda hadkan pengambilannya
- Elakkan sebarang makanan yang boleh menyebabkan kembung atau gas
- Masukkan lebih banyak makanan kaya serat seperti buah dan sayuran, kekacang serta bijirin dalam diet anda. Pastikan anda mengambil air dengan mencukupi, okay?
- 4 P – Prun, pic, plum dan pir, perlu dijadikan rutin dalam diet pemakanan harian anda
Jangan pandang remeh
Sembelit boleh menjadi keadaan serius dan menyakitkan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius.
Namun, anda perlu faham, pergerakan usus tidak teratur pada bayi bukan punca bayi sembelit.
Jika si manja benar-benar mengalami kesukaran untuk membuang najis, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baby Tiba-Tiba Merajuk Tak Nak Menyusu, Biasanya Masuk Umur 3 Bulan Ke Atas. Ini Sebabnya
Kenapa bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba, sedangkan semalam tiada masalah dan proses penyusuan berjalan dengan baik sahaja? Sudah tentu keadaan sebegini boleh mendatangkan kebimbangan di hati anda sebagai seorang ibu. Apatah lagi apabila anda turut menyedari si kecil kurang menyusu berbanding biasa.
Adakah keadaan ini disebabkan oleh masalah kesihatan?
Bertenang ibu! Umumnya, situasi bayi tidak mahu menyusu ini dikenali sebagai nursing strike atau mogok menyusu. Ayuh, teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Bayi tidak mahu menyusu badan kerana mogok?
Apa yang dimaksudkan nursing strike atau mogok menyusu ini sebenarnya?
Keadaan ini merujuk kepada tempoh masa bayi yang menyusu badan, secara mendadak menolak untuk menyusu. Tingkah laku ini biasanya bermula apabila si kecil melangkah ke usia 3 bulan dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka.
Biasanya bayi yang mogok ini akan menolak apabila diberikan payudara tetapi tampak tidak tenang, meragam serta merengek kerana tidak diberikan susu. Ada kalanya mogok menyusu ini disalah ertikan sebagai tanda si manja sudah bersedia untuk bercerai susu.
Ibu harus faham bahawa bayi jarang untuk weaning off sebelum berusia 2 tahun. Bahkan sekiranya si manja sedang melalui fasa bercerai susu ini, ia seharusnya berlaku secara perlahan-lahan dengan pengurangan kekerapan sesi penyusuan dan bukannya secara mendadak.
Punca bayi mogok menyusu
Masalah bayi tidak mahu menyusu badan secara tiba-tiba ini boleh berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Sering kali tindak balas ini adalah sementara yang melibatkan faktor luaran. Pun begitu, dalam sesetengah kes, puncanya tidak dapat dikenal pasti.
Berikut antara beberapa pencetus mogok menyusu yang paling biasa terjadi:
- Anda menukar jenis deodoran, sabun, minyak wangi, losen atau perkara-perkara lain yang mengakibatkan wujud ‘bau’ berbeza daripada kebiasaannya kepada si kecil
- Anda berdepan tekanan sama ada melibatkan kerja atau kehidupan harian seperti sudah kembali bekerja atau masalah kewangan keluarga
- Si kecil mengalami penyakit atau kecederaan yang membuatkan penyusuan menjadi tidak menyelesakan. Contohnya jangkitan telinga, hidung tersumbat serta jangkitan fungus atau luka pada mulut
- Bayi mengalami sakit gusi kerana sedang melalui fasa pertumbuhan gigi
- Anda mengubah corak penyusuan disebabkan beberapa faktor seperti memulakan pekerjaan baharu, mula menghantar bayi kepada pengasuh atau kerap menangguhkan penyusuan badan kerana sibuk
- Anda memberikan tindak balas mengejut yang kuat apabila si kecil secara tidak sengaja menggigit puting. Bayi tidak mahu menyusu badan mungkin kerana ketakutan
- Anda kembali hamil dan bekalan susu semakin berkurangan
- Anda dalam fasa ovulasi dan bekalan susu mungkin berkurangan buat sementara waktu
- Anda kurang mengepam susu apabila berjauhan dengan bayi
- Berada dalam keadaan tidak sihat atau mengambil sebarang ubat termasuk beberapa kaedah kawalan kelahiran, yang boleh memberikan kesan negatif kepada bekalan susu
Satu lagi perkara yang boleh dipertimbangkan sebagai faktor menyebabkan bayi mogok menyusu adalah aliran susu terlalu kuat. Keadaan itu di mana susu masuk dengan banyak ke dalam mulut si manja sehingga menyukarkan mereka mengawalnya, sekali gus terus menolak payudara.
Atasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan
Tidak kira apa pun puncanya, berdepan situasi bayi mogok menyusu pastinya perkara yang tidak menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila bayi sukar menenangkan diri dan tidak gembira. Anda sebagai ibu juga mungkin berasa kecewa.
Seperkara perlu ibu ingat adalah si manja bukan menolak diri anda. Percayalah proses penyusuan akan kembali kepada normal, cuma mungkin memerlukan sedikit masa.
Berikut tip yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan ini:
Sentuhan kulit ke kulit
Berikan lebih banyak hubungan kulit ke kulit dengan membaringkan si manja lebih kerap ke dada anda. Sentuhan ini dipercayai sebagai penghilang tekanan dan dapat membantu menurunkan tekanan darah pada ibu.
Perahkan beberapa titis susu
Ibu boleh cuba memerahkan beberapa titis susu pada puting sebagai cara untuk ‘memancing’ bayi untuk menyusu. Apabila bayi menghisap puting dan merasai susu, ia mungkin secara tidak langsung akan mencetuskan keinginan bayi untuk menyusu.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Gembira Dr Amalina Cari Jalan Bantu Ainul. Laporan Dihantar Untuk Diteliti Pakar di UK
Gembira ibu Ainul Mardhiah apabila doktor Malaysia, Dr Amalina Bakri yang sedang bertugas & melanjutkan pelajaran di UK sedia membantu.
Ibu Ainul Mardhiah, 8 bulan yang mengalami kanser Germ Cell Tumor, Nurul Erwani Zaidi mengatakan Dr Amalina telah pun menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp selepas berhubung melalui mesej di Instagram.
“Petang semalam (waktu Malaysia) Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap kanser Germ Cell Tumor.
Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.
Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.
MEMINTA LAPORAN PERUBATAN
Nurul Erwani juga menyatakan dalam perbualan mereka, Dr Amalina turut memminta laporan perubatan anaknya untuk membawa isu berkenaan kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing dan akan sentiasa berhubung dengan Nurul Erwani.
“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
IBU GEMBIRA KERANA SUDI CARI JALAN PULIHKAN AINUL
Menurut Nurul Erwani, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan penderitaan yang dialami Ainul Mardhiah.
DR AMALINA INGIN MEMBANTU
Sebelum ini, Dr Amalina menerusi Instagram beliau telah memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyakit dialami Ainul Mardhiah.
KES AINUL DIANGGAP KOMPLEKS
Dalam statusnya berkenaan dia ada menyatakan yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan kes yang dianggap kompleks itu.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on
Sumber: dramalinabakri & Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI