Memang tidak dinafikan isu saiz perut selalu jadi idea perbualan kebanyakan orang dengan ibu hamil. Nak tak nak, ibu hamil perlu hadapi juga. Ummi Nazeera utarakannya di Instagram.
Ummi yang kini sedang hamil 8 bulan baru mengutarakan perkara tersebut di posting Instagramnya.
That face ? you make when people say.. ” eh u dah 8 bulan lebih .. kecil eh perut .Ataupun .. eh you dah 8 bulan lebih besar eh perut you “. Maka ibu mengandung pun.. balik rumah… tanya suami … “betul ke apa org tu cakap . Risau pula”. Haaaaa .. Ada sesiapa pernah mengalami ? Apa perasaan you? Hehehe.
Posting aktres yang baru menyambut hari lahir ke 28 ini mendapat pelbagai reaksi daripadapara peminatnya. Rata-rata mengatakan perkara tersebut sebagai lumrah yang akan dihadapi ibu hamil dan perlu bersabar melaluinya. Asalkan hasil pemeriksaan doktor mengatakan semua dalam keadaan baik, ibu hamil tidak perlu risau.
IBU KONGSI BILA ORANG KATA PERUT BESAR
CABARAN BILA PERUT KECIL MENAIKI KENDERAAN AWAM
AMBIL DARI SUDUT POSITIF
ASALKAN BABY SIHAT, PEDULIKAN KATA ORANG
Sumber: Instagram Ummi Nazeera