Menyusukan anak dalam kereta nampak sesuatu yang biasa dan lazimnya kita lakukan namun sebenarnya anda sedang mengundang padah! Bahaya sebenarnya menyusukan anak ketika kenderaan sedang berjalan kerana boleh menyebabkan tersedak ataupun muntah.
Perkara ini berlaku kepada Puan Nina apabila anaknya mengalami muntah yang banyak setelah selesai menyusu di dalam kereta. Ikuti perkongsian beliau.
UMMI TAKKAN SUSUKAN ZAINAB MARISSA💋 DALAM KERETA LAGI!
Cerita Pagi Tadi
Zainab tiba2 muntah mcm air paip sangat2 bnyak, nasib baik jadi depan kami so kami angkat & tepuk belakang badan dia still keluar lg mencurah..
Ads
Jadi kat kedai makan.
Kami terus bawak zainab p jumpa doc pakar kanak2..lepas doc interview apa yg jadi kat zainab td tu dia panggil refluction.
Sbbnya menyusu dalam kereta (masa kereta bergerak) pastu masa kami berhenti duduk mkn kami baringkan dia(10minit lepas menyusu)..doc kata masa dia tgh menyusu dlm kereta tu perut zainab dah bergelodak.
doc siap bg cth, imagine kita minum air masa kereta tgh bergerak 90km/jam. mcm tu lah baby cuma dia x boleh nak cakap..
Ads
So masa zainab baring time tu la jadinya refluction..kami bernasib baik sbb kami nampak kalau x, ada kemungkinan zainab lemas dalam muntah dia yg bnyak tu..
Kes yg sama baru jadi kat klinik tu & baby tu x bernasib baik meninggal..bf dlm keta & muntah after 30 mnt..
Doc cakap jangan susukan baby dalam kereta baik bf ataupun botol..nak menyusu berenti dulu..
Allhuakbar tq Allah masih melindungi Zainab Marissa DIA warning sikit supaya kami jumpa doc & tahu cara bf yg betul..
Ads
Untuk perut zainab kapasiti kecik kena minum sikit2 sampai dia burp ada keluar sikit susu, then stop sbb perut zainab kecik tp kena kerap.
Lepas tu, doc suh ummi mulakan bfast pg dgn kismis kurma & air zamzam utk ibu yg fully breastfeed. in sha Allah nutrisi yg baby dpt drp susu baik utk sepanjang hari.
Lepas menyusu jgn terus baring burp kan & bagi dia duduk dulu dlm 5minit..kalau x boleh terkeluar balik.
Apa2 pun semua tu asbab, cuma tgjwb kita adalah mencegah lepas tu put our faith to HIM semoga anak2 kita terus di lindungiNYA..
Kredit: Nina BoaVista
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menahan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes pembuangan bayi di Masjid Lama Ara Kuda, di sini tengah hari semalam.
Suspek berusia 57 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU) di hadapan Balai Polis Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang juga seorang balu berasal dari Kulim itu ditahan jam 1 pagi tadi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku anak perempuan sulungnya yang berusia 28 tahun terlibat dalam kes menyembunyikan kelahiran seorang bayi perempuan.
“Suspek kemudiannya meminta anaknya itu meninggalkan bayi tersebut di kawasan Masjid Lama Ara Kuda di sini semalam. Suspek mempunyai dua anak perempuan termasuk yang melahirkan bayi itu dan seorang cucu perempuan.
“Wanita yang melahirkan bayi itu kini ditahan di Hospital Kulim kerana mengalami komplikasi bersalin berikutan urinya masih tertinggal. Wanita itu adalah ibu tunggal yang kematian suaminya pada 2015. Selain bayi tersebut, dia mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, menurut suspek, anaknya mengakui bayi yang dibuang itu adalah hasil hubungan sulitnya dengan seorang lelaki tempatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini di Mahkamah Butterworth untuk siasatan lanjut.
“Sementara itu, suspek utama iaitu ibu kepada bayi perempuan tersebut akan ditahan reman selepas menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Kulim,” katanya.
Semalam, sekumpulan jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur gempar dengan penemuan bayi perempuan yang diletakkan dalam kotak kertas di kaki lima belakang masjid berkenaan.
Bayi seberat 2.8 kilogram yang cukup sifat itu dijumpai pada jam 1.30 petang dalam keadaan dibalut kain batik dan sedang nyenyak tidur.
Anak pelakon Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 8 tahun semakin cantik dan pandai bergaya persis ibunya.
Bukan hanya pandai berhias dan mencantikkan diri, malah bilik tidur Aaisyah atau mesra dipanggil Ecah bak bilik tidur seorang puteri raja.
Seorang pengguna TikTok bernama Nur Khalaf berpeluang datang ke rumah Che Ta dan melawat ke bilik tidur Aisyah.
Bertemakan pink seperti bilik ‘Princess’, ruang kamar cantik dengan rona putih pink yang sangat luas persis rumah berkonsepkan studio dan terdapat bilik air khas di bahagian kanan bilik.
Kamar mandi yang sangat ekslusif ditambah dengan dekorasi tub mandi dan ruang khas untuk bersolek sekaligus menjadikan kamar beradu Aisyah idaman setiap anak perempuan.
Sejak video itu dikongsi semalam, rakaman tersebut mencecah hampir 3 juta tontonan warga maya.
Allah sebaik-baik perancang. Setelah lebih sebulan mengharapkan isteri yang terlantar di ICU kembali sihat, namun tepat jam 1.36 petang (6 September) lalu akhirnya Allah jemput buat selamanya.
Pergi selepas berjuang 32 hari
Selama 32 hari berjuang demi suami, anak dan ahli keluarga, sudah tertulis takdir Siti Faiqah Sulaiman untuk meninggalkan dua anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Benar mati itu pasti tapi ini satu tamparan hebat buat suami arwah, Mohd Zulkifli Mohamad Isa.
Pemergian bidadarinya amat perit memandangkan anak sulung baru nak mencecah usia dua tahun dan anak kedua tak sempat kenal lagi ibunya setelah dilahirkan secara pramatang awal bulan Ogos lalu kerana ibu dijangkiti virus Covid.
Organ dalaman tak dapat berfungsi
Menurut Mohd Zulkifli kepada Pa&Ma, arwah isteri kesayangan, Siti Faiqah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah arwah yang bertarung nyawa selepas terpaksa melahirkan anak lebih awal kerana keadaan tak stabil selepas positif Covid.
Walaupun doktor dah sahkan arwah bebas Covid sebelum meninggal dunia, namun disebabkan kegagalan organ dalaman yang tak dapat berfungsi dengan baik kesan virus Covid, keadaannya jadi tak stabil.
“Pada 30 Ogos, doktor ada beritahu keadaan isteri nazak. Tiada perubahan positif ditunjukkan. Saya cuba kuatkan hati, bertanya pada doktor sama ada pesakit yang dalam kondisi seperti isteri boleh sihat atau sebaliknya.
“Doktor beritahu ramai yang alami kesan selepas Covid tak boleh survive. Tapi saya yakin selagi Allah tak ambil nyawa isteri, keberangkalian untuk sembuh ada. Pada 1 September iaitu hari ulang tahunnya, doktor buat video call dan kami beri kata-kata semangat padanya. Keadaannya nampak sedikit positif tetapi kemudian kritikal semula,” katanya.
“Seminggu selepas hari kelahiran, arwah pergi..”
Tambah Mohd Zulkifli, seminggu selepas hari kelahiran, Isnin (6 September) pada hari terakhir arwah, sekitar jam 11 pagi, doktor ada buat video call untuk maklumkan isteri sedang nazak. Hampir dua jam video call, sempat minta doktor di Hospital Ampang sambungkan panggilan sebab mahu tunjukkan bayi kami yang berada di sana. Dengan harapan dia dapat lihat buat kali terakhir walaupun keadaannya dah tak stabil.
“Saya juga sempat bisikkan kata semangat, “Awak kena kuat, awak kena lawan” dan dia pun minta saya pun kuat dalam keadaan dia yang semakin lemah itu. Sempatlah saya beritahu yang saya maafkan semua salah silapnya dan saya mohon ampunkan salah saya. Masa itu saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah, walaupun tiada kekuatan,” kongsinya dalam keadaan sebak.
Kongsi Mohd Zulkifli lagi, panggilan terputus sebentar kerana doktor ada kes kecemasan. Bagaimanapun dalam 30-40 minit selepas itu doktor hubungi semula memaklumkan isteri dah menghembuskan nafas terkahir tepat jam 1.36 petang.
“Perasaan waktu tu terasa kosong tambah lagi kami hanya sempat hidup bersama dalam tiga tahun saja. Masih baru lagi namun saya reda ketentuan ilahi. Walaupun rasa macam tak percaya, hidup perlu diteruskan demi menjaga dua amanah yang arwah tinggalkan pada saya.
“Syukur alhamdulillah juga, saya berpeluang memandikan dan menurunkan arwah ke liang lahad. Arwah pergi ni pun dia dah bebas Covid cuma kesan sampingan tu yang menyebabkan dia pergi. Kiranya pelukan terakhir saya adalah semasa menurunkannya ke liang lahad.
Bayi dibenarkan pulang, ambil semangat ibunya
Betullah Allah Itu Maha Adil. Selepas 3 hari arwah pergi, doktor beri berita gembira buat saya, bayi yang dilahirkan arwah dah boleh keluar NICU dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Bayi kami menunjukkan perkembangan positif walaupun lahir tak cukup bulan dan paru-paru pun masih belum matang sewaktu awal kelahiran.
Daripada apa yang doktor beritahu, sepanjang berada dalam NICU anak saya dapat capai hingga 2 kilogram dan dari sehari ke sehari semakin sihat. Sebab itulah doktor membenarkannya keluar.
“Kini kedua-dua anak dalam jagaan ibu mertua dan adik ipar sementara saya keluar bekerja dan uruskan beberapa urusan lain lagi. Insya-Allah kami akan jaga sama-sama,” ujarnya.
Mohd Zulkifi juga turut mengucapkan terima kasih atas semangat yang diberikan oleh rakan-rakan Facebooknya tiap kali dia berkongsi mengenai keadaan arwah.
Sehingga sekarang tak putus doa yang dikirimkan buat arwah. Terima kasih banyak-banyak, moga arwah isteri ditempatkan dikalangan orang beriman dan di syurga Allah. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!