Kekeluargaan

Umrah Bersama Anak Autisme, Bapa Ini Kongsi Tip & Pengalaman Di Tanah Suci

Share

Umrah bersama anak autisme, bapa ini kongsi tip dan pengalaman di Tanah Suci. Bukan mudah untuk membawa anak-anak yang masih kecil pergi bercuti. Terpaksa melalui perjalanan memakan masa yang agak panjang dan mengawal keadaan dan emosi anak memang cukup mencabar apatahlagi melibatkan anak istimewa.

Umrah Bersama Anak Autisme

Usah risau, anda boleh baca pengalaman seorang bapa berkongsi beberapa tip ketika dia dan keluarganya mengerjakan ibadah umrah bersama anak kecilnya yang menghidap autisme, baru-baru ini.

Menurut Mohd Haffiz Supai, dia mengakui pada mulanya perasaan bimbang tetap wujud kerana memikirkan pelbagai perkara memandangkan mereka turut menyertai jemaah lain di dalam rombongan umrah berkenaan.

Kongsi bapa ini, anak keduanya, Fatiha Huwaina yang kini berusia tujuh tahun (ketika umrah anak ini berusia enam tahun), didiagnos dengan ASD (Autism spectrum disorder), ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) dan GDD (Global Delayed Developement).

Kongsinya, “Kami pergi enam orang. Saya, isteri, anak sulung Fathia Humaira dan Fatiha Huwaina, termasuk datuk dan nenek mereka.

“Apa yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa lain menerusi pengalaman ini, hanya kita yang paling faham tentang anak kita.

“Dan cuba berdamai dengan takdir. Don’t be denial. Terima dengan hati yang terbuka. Syurga dah ada di depan mata, tapi ianya tak semudah yang disangka,” ujarnya.

Bapa Ini Kongsi Tip & Pengalaman Di Tanah Suci

Tip Tunaikan Umrah Dengan Anak:

Berikut adalah perkongsian pengalaman dan tip bagi ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak yang berkeperluan khas:

1) Maklumkan kepada agensi pelancongan dan mutawif secara details tentang anak istimewa kita.

2) Maklumkan juga dalam group jemaah umrah, bimbang ada yang kurang selesa jika anak istimewa membangkitkan situasi kurang menyenangkan

3) Sila apply ‘Butterfly Effect’ di laman sesawang KLIA dua hari sebelum tarikh berlepas. Antara servis yang ditawarkan adalah calm room waktu di lapangan terbang, buggy dan bantuan daripada staf.

Lakukan perkara sama sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

4) Waktu di lapangan terbang di Madinah, boleh cuba minta bantuan mutawif untuk dapatkan fast lane atas pertimbangan staf lapangan terbang.

5) Jika pergi bersama keluarga besar adalah lebih baik. Ahli keluarga boleh bergilir-gilir menjaga anak di hotel atau sama-sama membantu menjaga ketika umrah dan solat di masjid.

6) Jika ada trip ziarah, kaji dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk membawa anak istimewa turut serta. Dalam hal ini, informasi daripada mutawif sangat membantu.

7) Buat persediaan mental dan fizikal secukupnya. Sememangnya ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak mustahil.

Jika anda berniat nak pergi ke tanah suci bersama anak-anak, boleh lah buat persediaan awal dengan tip yang dikongsi lelaki ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: mStar dan diolah daripada Libur

Baca juga artikel lain: Jatuh Sungai, Kanak-Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia

Anak Umur Bawah 3 Tahun Sudah Boleh Mula Nampak Ciri Autisme, Ibu Bapa Perhatikan

Dia Cuma Makan Nasi Dengan Sup Dulu Memilih Nak Makan, Ibu Ni Kongsi Tip Ajar Anak Autisme Cuba Semua Makanan!

 

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Published by
Has