Pelakon popular Korea, Song Joong Ki yang cukup popular menerusi drama bersiri Vincenzo dan Descendants of The Sun akhirnya mengumumkan telah mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya, Katie Louise Sauders.
Bukan itu sahaja, bahkan Joong Ki juga kini bakal bergelar bapa selepas isterinya itu disahkan hamil.
Perkhabaran gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Joong Ki menerusi laman web kelab peminatnya (fan cafe) hari ini.
“Saya ingin berkongsi perkara penting dan bahagia dalam hidup saya dengan anda semua.
“Saya telah berjanji bersama Katy Louise Saunders untuk sentiasa berada di sisi dan menyokong saya untuk menghabiskan sisa hidup saya bersamanya,” kongsi Joong Ki ketika mengumumkan perkahwinannya.
Ads
Tambah bahagia lagi bila aktor kesayangan ramai ini mengumumkan akan menjadi seorang bapa tidak lama lagi selepas isterinya itu disahkan hamil.
“Sememangnya, kami bermimpi untuk mewujudkan keluarga bahagia bersama. Kami meletakkan banyak usaha untuk memenuhi janji masing-masing.
“Kami juga sangat bersyukur kerana satu kehidupan baru kini hadir dalam hidup kami (merujuk kepada kehadiran bayi dalam hidup mereka),” kongsinya lagi.
Ads
Ujar aktor kacak itu lagi, isteri kesayangannya itu memiliki hati yang cukup baik malah banyak mengajarnya agar menjadi lebih baik dari sebelumnya.
“Dia memiliki hati yang baik, merupakan seorang wanita yang bijak, hebat yang amat saya kagumi. Terima kasih kepadanya kerana dia, saya menjadi orang yang lebih baik.
“Hari ini, berdasarkan kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain, kami dalam perjalanan pulang dari mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
Ads
“Saya sangat berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menghargai saya. Saya akan berusaha untuk terbang lebih tinggi sebagai seorang pelakon dan individu dengan tanggungjawab dan semangat yang lebih besar,” jelasnya lagi.
Terdahulu, pada Disember lalu, Joong Ki telah mengesahkan hubungan cintanya dengan Katy Louise Saunders. Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular Korea iaitu Song Hye Kyo pada 31 Oktober 2017.
Ada yang mengatakan pengambilan vitamin ibu mengandung penting untuk jadikan badan bertenaga dan kuat. Adakah benar atau sekadar mitos yang menjadi kepercayaan wanita hamil?
Vitamin ibu mengandung
Jika anda sedang hamil atau mencuba untuk mengandung, kemungkinan anda mungkin sudah atau sedang mempertimbangkan untuk mengambil vitamin ibu mengandung.
Umumnya, vitamin untuk wanita mengandung atau vitamin pranatal dianggap sebagai makanan tambahan.
Vitamin ini diformulasi khas untuk membantu wanita hamil mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyokong tubuhnya dan bayi yang sedang membesar.
Walau bagaimanapun, terdapat salah faham mengenai vitamin ini yang telah digembar-gemburkan sehingga menjadi kepercayaan kebanyakan individu.
Sudah tiba masanya untuk kita bongkar tentang mitos yang salah ini!
Mitos vs fakta vitamin ibu mengandung
Berikut adalah 8 mitos tentang vitamin pranatal dan fakta yang perlu anda tahu:
Mitos #1 – Hanya ambil vitamin pranatal ketika mengandung
Anda disarankan untuk mengambil vitamin setiap hari walaupun sebelum hamil, sepanjang tempoh kehamilan dan juga semasa menyusukan bayi.
Kebanyakan fasa tumbesaran utama berlaku pada minggu-minggu pertama kehamilan, malahan pada ketika anda belum menyedari yang anda berbadan dua.
Bagi ibu yang melakukan penyusuan eksklusif pula, manfaat vitamin yang dimakan disalurkan melalui susu akan dapat menyokong tumbesaran bayi .
Mitos #2 – Semua vitamin pranatal adalah sama
Walaupun variasinya sedikit, namun setiap jenama vitamin ibu mengandung mungkin mengandungi vitamin dan dos yang berbeza.
Sesetengah vitamin mengandungi nutrien tambahan sementara ada yang lain dihasilkan untuk wanita yang memerlukan zat besi, asid folik, kalsium atau sebarang nutrien lain.
Pastikan anda sentiasa membaca label dan memilih vitamin mengikut keperluan pemakanan.
Mitos #3 – Multivitamin mengandungi semua keperluan
Anda mungkin memerlukan makanan tambahan sebelum, semasa dan selepas mengandung.
Bagi wanita hamil yang menjangkakan kelahiran bayi kembar atau lebih, anda mungkin memerlukan lebih banyak vitamin B12.
Wanita dengan masalah anemia, mungkin memerlukan suplemen zat besi.
Semasa menyusu badan, bayi mungkin kekurangan vitamin D, jadi berbincanglah dengan pakar pediatrik tentang pengambilan sebarang makanan tambahan.
Mitos #4 – Vitamin menjadikan anda lebih sihat dan kuat
Mengambil vitamin pranatal boleh menyebabkan anda mendapat kesan sampingan sakit jika tidak kena caranya. Keadaan seperti mual dan sembelit antara kesan sampingan yang boleh berlaku.
Untuk mengelakkan mual, pastikan anda memakan suplemen bersama makanan atau sebelum tidur, minum air dengan cukup dan bersenam.
Jika berterusan, berbincanglah dengan doktor tentang simptom dan cubalah jenama lain.
Mitos #5 – Makan vitamin tidak perlu risau akan diet pemakanan
Anda harus tahu, kebanyakan vitamin ibu mengandung tidak merangkumi 100% keperluan nutrien dan vitamin.
Terdapat sesetengah vitamin hanya dapat diserap ke dalam badan melalui makanan.
Pengambilan makanan berkhasiat membantu wanita hamil untuk mengekalkan berat badan seimbang bagi menyokong perkembangan bayi.
Mitos #6 – Wajib mengambil vitamin ibu mengandung
Kebanyakan doktor akan mengesyorkan wanita hamil untuk mengambil suplemen tambahan yang dirumus khas untuk kehamilan.
Terdapat juga multivitamin yang baik dan selamat untuk dimakan sewaktu mengandung.
Mitos #7 – Tidak perlu vitamin pranatal jika makan dengan seimbang
Setiap individu mempunyai jurang pemakanan dalam diet harian. Maka vitamin pranatal dapat mengisi jurang tersebut.
Seorang wanita mengandung memerlukan banyak khasiat tambahan seperti kalsium, kolin, zat besi, DHA/EPA, folat, vitamin C, vitamin A dan nutrien lain.
Tanpa khasiat yang mencukupi, anda dan bayi akan terdedah kepada komplikasi sebelum dan selepas kehamilan, seperti:
Kelahiran pramatang
Preeklampsia
Anemia
Berat bayi lahir rendah
Kencing manis semasa mengandung
Kecacatan tiub saraf
Anda tidak dapat mencegah apa yang mungkin berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Namun anda boleh mengurangkan risikonya dengan mengutamakan pengambilan nutrien penting.
Mitos #8 – Vitamin pranatal hanya untuk wanita hamil yang kurang vitamin
Kebanyakan multivitamin dihasilkan untuk memberikan ibu yang sedang mengandung mineral dan makanan tambahan.
Ia untuk membantu menjaga kesihatan ibu dan mendorong perkembangan janin agar lebih sihat.
Kebanyakan pakar akan menyarankan wanita yang merancang kehamilan untuk mengambil vitamin untuk ibu mengandung sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan.
Jika ada yang tidak kena, segera berjumpa pakar
Ada wanita hamil berasakan vitamin pranatal yang dimakan menyebabkan ketidakselesaan perut. Masalah ini boleh diatasi jika anda mengambil vitamin ibu mengandung selepas makan atau semasa makan, lebih-lebih lagi buat mereka yang menderita mabuk pagi.
Jika tidak berkesan, mungkin anda perlu mencuba vitamin jenama lain. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan tentang vitamin pranatal yang anda ambil, bawa botol vitamin tersebut semasa pemeriksaan pranatal untuk menentukan sama ada ia sesuai atau tidak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pelakon, Elisya Sandha yang bakal melahirkan bayi perempuan sulungnya memohon doa semua agar proses kelahiran bayi sulungnya dipermudahkan Allah SWT.
Semalam menerusi Instagramnya, Elisya turut memuat naik sekeping gambar suami yang ketika itu sudah pun berada di hospital untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Jom tonton tip jadi bapa cool dan terbaik.
“Bismillahirahmamhirahim. You’re going to be a father sayang, a great one.
“Minta semua doakan urusan Elisya dipermudahkan, maaf atas salah dan silap,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, suami Elisya, Uzair Haqimy yang juga anak kepada pengarah dan penerbit, Sheila Rusly turut memuat naik sekeping gambar Elisya yang berada di hospital.
Sambil mendoakan isterinya, Uzair juga turut membingkiskan ucapan manis melihat kekuatan yang di bawa isterinya itu saat berdepan detik termanis dalam hidup mereka.
“Dalam banyak banyak jasa I kepada you selama ni, dan selamanya. Tidak akan pernah dapat I tanding kan dengan jasa you yang ini sayang.
“I admire the strength you have sayang. You’re such a strong person. What a mother you are @elisyasandhaofficial ❤️❤️,” tulisnya.
Malah Uzair juga turut memohon doa semua agar isteri dan anak yang bakal dilahirkan dipermudahkan.
“Mintak jasa baik semua yang melihat posting ni untuk doakan hanya yang terbaik untuk isteri saya ❤️ I would appreciate it a lot, thank you ❤️,” kongsinya lagi.
Semoga Elisya dipermudahkan urusan melahirkan dan bayi perempuan yang ditunggu berada dalam keadaan baik semuanya.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Bagi ibu baru hamil, tentu tertanya-tanya bilakah waktu sesuai untuk membuat buku pink di klinik kesihatan ibu dan anak bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan sepanjang kehamilan. Perkongsian daripada jururawat ini boleh dijadikan panduan.
Pemeriksaan pranatal penting untuk memastikan keadaan ibu dan janin sentiasa dipantau sebaik mungkin. Menurut Cik Lara Marina, ‘buku merah’ atau ‘buku pink’ ia perlu dilakukan sebelum kandungan mencecah 12 minggu untuk mengelakkan late booking.
TERUJA MENYAMBUT KELAHIRAN BABY PERTAMA? JOM BUAT BUKU MERAH (PINK)
Bagi anda ibu-ibu muda yang kali pertama bakal melahirkan bayi, sedang mencari tempat pemeriksaan pranatal yang berpatutan, anda boleh lah pergi ke klinik kerajaan yang dikenali sebagai Klinik Kesihatan Ibu & Anak atau KKIA bagi mendapatkan pemeriksaan sebelum bersalin dan pemeriksaan pertama pada fasa awal kehamilan.
Anda juga boleh ke sana bila-bila masa dalam tempoh kehamilan anda. Buku merah seeloknya dibuat sebelum kandungan memasuki 12 minggu. Jika TIDAK akan dikira sebagai ‘Late booking’
Tidak kisah lah anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta, anda boleh mendaftar dan menghadiri pemeriksaan berkala di KKIA yang berhampiran. Waktu operasi dan hari pendaftaran berbeza antara klinik, jadi lebih baik menghubungi dahulu klinik untuk mendapat kepastian.
MESTI BAWA 4 DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Apa yang perlu anda bawa semasa datang untuk pemeriksaan pranatal?
Kali pertama datang ke KKIA, anda perlu membawa dokumen seperti :
Kad pengenalan (KP)
Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
Bil api atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda.
Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada).
Kemudian anda akan diberi buku pranatal (juga dikenali sebagai buku PINK atau buku MERAH) yang merekodkan sejarah kehamilan anda termasuk tarikh temujanji antenatal di KKIA dan hospital kerajaan atau swasta.
Sebagai pesakit baru pendaftaran adalah PERCUMA bagi warganegara dan anda mungkin perlu membayar pendaftaran sebanyak RM5 jika kes dirujuk kepada Pakar.
APA YANG PERLU ANDA LALUI SEMASA TEMUJANJI
#1: Tinggi dan berat anda akan diukur.
#2: Jururawat akan bertanya soalan berkaitan kesihatan anda. Ini termasuk soalan rutin mengenai haid anda yang terakhir serta sejarah keluarga berkaitan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
#3:Tarikh dijangka bersalin (EDD) akan dikira berdasarkan tarikh haid terakhir anda (HARI PERTAMA BULAN TERAKHIR).
#4: Anda juga perlu menjalani ujian air kencing untuk memeriksa kandungan protein dan gula dalam urine dan anda mungkin diberi suntikan kancing gigi.
#5: Sebelum pulang, anda akan dibekalkan dengan suplement pranatal seperti vitamin C, vitamin B kompleks, asid folik dan zat besi.
#6: Temu janji anda akan dijadualkan dan direkod dalam buku pranatal untuk rujukan anda.
Pesakit bertanggungjawab untuk tetap pada satu klinik sahaja dan mengikut temu janji dan rujukan yang diberi oleh KKIA.
Anda juga dinasihatkan supaya tidak terlepas temu janji atau menukar tarikh temu janji kerana ini akan merumitkan pihak pentadbiran.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.