Umur 10 Bulan, Anak Dah Mula Menolak Makanan. Pakar Ini Terangkan Cara Berkesan Nak Bagi Anak Makan Guna Cara Baby Led Weaning

Share

Bila berusia 6 bulan, anak-anak sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal selain susu ibu atau susu formula. Namun bila sampai satu fasa, anak-anak mula menolak untuk makan atau makan dalam kadar yang sedikit sahaja.

Sebagai ibu, pastinya keadaan ini agak membimbangkan. Maklum sahaja risau si kecil tidak mendapat cukup nutrisi untuk tumbesaran mereka. Bagi ibu yang mempunyai masalah sebegini, pakar pemakanan, Fizah Sobri menerangkan apa yang mungkin di alami oleh si kecil anda menerusi perkongsiannya di Facebook.

Soalan dari mommies

Puan Dietitian, anak saya umur 10 bulan, masa awal dulu saya suap apa je takde masalah semua makan, tapi sejak akhir ni selalu menolak..saya dah cuba tukar tekstur ada la dia makan lebih sikit tapi lepaatu taknak makan semula..macam mana saya nak anak saya makan banyak balik?
Jawapan saya

1. Anak tengah tumbuh gigi kah?
Kalau tengah tumbuh gigi biasa untuk mereka taknak makanan biasa, tapi lebih ke arah makanan seperti finger foods yang boleh gigit gigit, atau makanan sejuk yang bantu dengan gatal gusi macam buah sejuk, kiub ais susu ibu dan lain lain.
Bagi baby masa…sementara tu boleh masukkan makanan yang saya sebutkan tadi dalam menu

2. Boleh cuba baby makan sendiri (baby led weaning)
Mungkin baby mula kurang minat terhadap makanan…

Baby belajar melalui main
Dan jika anda tak bagi baby main baby akan bosan
Untuk menarik semula minat anak kepada makanan kita perlu bagi peluang anak ‘main’ masa makan.

Bukan main main buat rumah ke, main kejar kejar masa makan tapi bagi mereka explore makanan.

Makanan ada pelbagai tekstur, warna, rupa dan semua ini boleh kembangkan sensori anak dan tarik minat anak semula kepada makanan
Caranya?

Mulakan teknik baby led weaning
Traditional led weaning (tlw) vs
Baby led weaning (blw)
Mana method yang lagi baik waktu perkenalkan makanan pelengkap ke baby mommies?

Apa tu Traditional led weaning?
Mommies sediakan makanan, mommies yang akan suap makanan ke anak dan akan berdasarkan clue dari anak samada anak kenyang, anak minat makanan tersebut atau anak tak suka

Traditional led weaning

Pros
– Lebih banyak anak yang makan dari lantai
– mommies boleh identify bila nak transition tekstur makanan
– risiko cekik (choking) rendah
– boleh kawal kuantiti makanan yang diambik oleh baby

Cons TLW
– Anak boleh kurang minat kepada makanan sebab focus main adalah kepada lain..lebih lebih lagi jika waktu makan diiringi oleh gadget
– kurang peluang anak untuk mengembangkan motor skills
– sukar untuk mommies identify apakah makanan yang anak suka..perlu masak, beri dan trial and error baru boleh mengenalpasti makanan kesukaan

Apa pula Baby led weaning?
Mommies sediakan makanan tetapi hidang makanan tersebut ke anak
Anak yang makan sendiri, anak yang berhenti dari makan sendiri, anak main dengan makanan

Baby led weaning (BLW)
Pros BLW
– Anak belajar skill baru (focus,angkat makanan dan menyuap ke mulut)
– Anak makin minat waktu makan..sebab eating time is play time
– Senang untuk mengenal pasti makanan apa yang anak anda suka
Cons
– Lebih banyak lantai yang makan dari anak yang makan (antara umur 6-12bulan)
– jika fully BLW adalah lebih tinggi keberangkalian anak mendapat kurang dari keperluan sebab focus adalah main bukan makan
– risiko cekik (choking) adalah tinggi jika tidak memantau dengan baik

Kedua dua cara adalah berkesan untuk beri anak makan
Yang penting
1. Mommies perlu mengawasi anak setiap kali waktu makan
2. Sediakan makanan yang lengkap dengan 3 komponen utama (carbohydrate, protein dan serat) walaupun amalkan TLW / BLW
3. Wujudkan kepelbagaian setiap hari
(Kalau setiap hari bubur aje..walaupun BLW anak tetap akan bosan)
Mommies kenal anak anda bagaimana…ada waktu TLW boleh ada waktu BLW boleh..ikut keadaan dan ikut kepada anak mommies ye..your the boss..hehehe

Harap membantu
Sekian
Dietitian Fizah Sobri

Ini adalah anak sulung ku dan anak bongsu ku sedang mengamalkan BLW..hmmmm ko rasa ke mana pergi makanan tu..

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah