Artis cilik ini tidak mensia-siakan bakat yang ada padanya. Setiap peluang yang ada untuk menunjukkan bakatnya akan direbut untuk membina nama dalam industri seni di Malaysia. Aryanna Alyssa Dezek lebih dikenali di Youtube kerana banyak membuat video lagu ‘cover’ sejak usianya empat tahun.
Memetik sebuah artikel dari laman web Harian Metro, Alyssa memberitahu yang dia tidak menyangka video yang dimuatnaik di saluran Youtube miliknya membolehkan dia memiliki sebuah kereta pada usianya 12 tahun.
Artikel Lain: [Gelar Anak Itu Ini, Konon Bergurau. Rupanya Efek Emosi, Dia Membesar Jadi Tak Yakin!]
Katanya, Toyota Vellfire yang dibelinya ini sebagai tanda penghargaan kepada dirinya atas usaha kerasnya selama ini. Tambah pula, kereta tersebut merupakan kereta idamannya. Alyssa turut mengatakan kereta ini dibeli untuk tujuan bekerja dan berkongsi kesenangannya bersama keluarga.
Alyssa juga melahirkan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Artis cilik ini boleh berbangga dengan jumlah langganan sebanyak 3 juta dan menggunakan platform Youtube untuk menghubungkannya dengan para peminatnya di beberapa negara Asia.
Tambahnya lagi, single terbaharunya yang berjudul Lagu Untuk Kamu telah mendapat sebanyak 56 juta tontonan. Video-videonya yang lain yang juga mendapat jutaan tontonan.
Kereta Toyota Vellfire itu dibelinya dengan anggaran harga lebih RM250,000.Dia turut mengharapkan kejayaannya ini dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain. Tambahnya lagi, setiap yang dimilikinya bukan untuk menunjuk tetapi memberi semangat kepada semua orang bahawa setiap keinginan boleh dicapai sekiranya berusaha.
Kejayaannya hari ini adalah atas dorongan ibunya, Suzanne Dezek yang telah mendaftar saluran itu sejak lapan tahun lalu. Asalnya atas tujuan untuk dijadikan kenangan dan banyak video yang telah dimuatnaik ke saluran Youtube Alyssa.
Artikel Lain: [Fasa Perkembangan Otak Anak, 90% Sebelum Umur 5 Tahun. Terlepas Waktu Ni Rugi]
Namun pada tahun 2012, salah satu videonya menjadi tular iaitu cover lagu Kun Anta apabila penyanyi asalnya sendiri mahu bertemu dengan Alyssa. Selain video nyanyiannya, ramai peminat turut sukakan videonya bermain ukelele seawal usianya empat tahun.
Difahamkan Alyssa merupakan selebriti pertama yang menduduki carta tertinggi dilanggan di Youtube Malaysia berbanding selebriti solo lain.