Umur 13 hingga 15 tahun, ibu bapa perlu didik anak jadi orang yang ‘reasonable.’ Umur 13 hingga 15 tahun adalah tempoh yang sangat penting dalam kehidupan seseorang remaja. Pada fasa ini, anak-anak mula mengalami perubahan yang ketara dari segi fizikal, emosi, dan sosial.
Umur 13 hingga 15 tahun, Ibu Bapa Perlu Didik Anak Jadi Orang Yang ‘Reasonable’
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mereka membesar dengan cara yang positif dan seimbang. Umur 13 hingga 15 umur masih perlukan lagi perhatian ibu bapa kerana umur tersebut dianggap crucial. Namun berapa ramai yang mengabaikan emosi anak-anak pada umur sebegini walaupun berada di rumah.
Perkembangan Fizikal dan Hormonal
Pada usia 13 hingga 15 tahun, remaja berada dalam fasa akil baligh. Akil baligh membawa kepada perubahan besar dalam badan mereka, termasuk pertumbuhan fizikal yang pesat serta perubahan hormon.
Perubahan-perubahan ini boleh menyebabkan remaja merasa tidak selesa dengan tubuh mereka, selain turut memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku mereka. Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk memberi sokongan emosi dan mendidik mereka tentang perubahan yang berlaku pada badan mereka agar mereka lebih yakin menghadapi fasa ini.
Perkembangan Emosi
Remaja pada usia ini juga mengalami pergolakan emosi yang lebih mendalam. Mereka mungkin mula merasa lebih berdikari dan ingin membuat keputusan sendiri, tetapi pada masa yang sama masih memerlukan bimbingan dari ibu bapa.
Remaja sering berhadapan dengan perasaan kekeliruan, tekanan rakan sebaya, dan perasaan rendah diri. Peranan ibu bapa adalah untuk menjadi pendengar yang baik, memberi sokongan, dan membantu anak mereka menguruskan emosi ini dengan cara yang sihat.
Pentingnya Sokongan Sosial
Pada usia ini, hubungan sosial menjadi semakin penting bagi remaja. Mereka cenderung untuk menghabiskan lebih banyak masa dengan rakan-rakan dan mungkin mula memisahkan diri dari keluarga.
Walaupun begitu, perhatian dan sokongan daripada ibu bapa masih diperlukan untuk membimbing mereka dalam memilih rakan-rakan yang baik dan memahami nilai persahabatan yang sihat. Ibu bapa juga harus peka terhadap tingkah laku anak yang mungkin terlibat dalam masalah seperti buli atau pengaruh negatif daripada rakan sebaya.
Ads
Pendidikan dan Tanggungjawab
Dalam aspek pendidikan, umur 13 hingga 15 adalah masa yang kritikal untuk perkembangan akademik anak-anak. Pada usia ini, mereka berada di sekolah menengah di mana prestasi akademik mula menjadi lebih serius kerana ia memberi kesan kepada masa depan mereka.
Ibu bapa perlu memantau kemajuan akademik anak, memberi dorongan, dan membantu mereka dalam merancang masa belajar yang berkesan. Selain itu, tanggungjawab lain seperti membantu dalam kerja rumah dan membuat keputusan kecil juga perlu didorong untuk membentuk disiplin diri yang baik.
Pengaruh Teknologi dan Media Sosial
Remaja hari ini sangat terdedah kepada teknologi, terutamanya media sosial. Ini adalah salah satu aspek yang ibu bapa perlu awasi dengan berhati-hati. Penggunaan media sosial yang tidak terkawal boleh memberi kesan negatif seperti kecanduan, kurang tumpuan dalam pelajaran, serta risiko keselamatan dalam talian. Ibu bapa harus menetapkan had masa skrin dan memberi tunjuk ajar tentang penggunaan teknologi yang bertanggungjawab, selain menggalakkan komunikasi terbuka tentang pengalaman anak-anak mereka dalam talian.
Kesihatan Mental dan Kesejahteraan
Dengan perubahan fizikal dan emosi yang berlaku, tidak hairanlah jika remaja berhadapan dengan masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan, atau tekanan. Ibu bapa perlu peka dengan tanda-tanda awal masalah kesihatan mental pada anak-anak mereka.
Ads
Selain itu, penting untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong di rumah di mana anak-anak merasa selamat untuk berkongsi perasaan mereka tanpa takut dihakimi. Jika perlu, mendapatkan bantuan profesional juga harus dianggap sebagai pilihan untuk menangani isu-isu yang lebih serius.
Kesimpulannya, umur 13 hingga 15 adalah tempoh yang sangat penting dalam perkembangan remaja, di mana mereka melalui banyak perubahan dalam hidup mereka. Perhatian dan bimbingan ibu bapa masih sangat diperlukan dalam membantu mereka menghadapi cabaran-cabaran ini.
Ibu bapa yang terus terlibat dalam kehidupan anak-anak mereka pada tahap ini akan membantu membentuk remaja yang lebih seimbang, yakin, dan bersedia untuk menghadapi masa depan dengan lebih baik.
Nak anak bijak pandai? Jangan lupa untuk rangsang 7 deria anak seawal mungkin. Bagaimanapun ini yang selalu mak ayah terlepas pandang.
Kadang-kadang keadaan ini juga boleh memeningkan kepala mak ayah. Ramai yang keliru adakah kena ajar baca buku seawal mungkin atau beli mainan yang boleh rangsang minda anak.
Paling biasa jika mak ayah ada anak lelaki ni, boleh dikatakan semua mainan kereta. Manakala anak perempuan semua mainan anak patung.
Dalam merangsang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting terutamanya anak bawah 2 tahun yang permainannya terhad dengan apa yang diberi dan apa yang ada.
Sebenarnya tidak perlu satu rak mainan kereta untuk anak lelaki tetapi tidak ada satu pun mainan masak-masak.
Yang ada anak perempuan, tidak perlu pun penuh katil dengan teddy bear tetapi tiada mainan kereta. Semua mainan penting.
Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, ramai ibu bapa yang bertanyakan mainan apa yang paling bagus untuk anak umur bawah 2 tahun. Jawapan saya, apa-apa mainan pun bagus asalkan tak bahaya.
Asalkan dapat merangsang perkembangan anak, macam mana nak merangsang perkembangan? Dengan merangsang semua deria. Ada 7 jenis deria yang perlu dirangsang sejak lahir kalau nak anak pandai dan bijak
1. Sentuhan 2. Keseimbangan dan pergerakan 3. Sendi 4. Visual 5. Auditori 6. Rasa 7. Bau
Maka, pemilihan mainan yang pelbagai sangat penting untuk merangsang semua deria. Otak anak bawah 2 tahun macam span, menyerap segala benda dan jangan terkejut jika kita merangsang semua deria dengan optimum dan cukup. Kesannya sangat memberangsangkan, malah anak cepat “tangkap” apa-apa input yang diberi kepadanya.
Kalau nak anak bijak, bukan dengan mengajar membaca seawal lepas lahir ya. Tetapi dengan merangsang deria-deria, dan cara yang paling bagus untuk mengajar anak benda baru adalah dengan menggabungkan semua deria yang ada.
Contohnya nak ajar buah epal, daripada guna flashcard epal lebih baik guna epal yang betul kerana jika flashcard ia hanya menggunakan 2 deria sahaja iaitu pendengaran dan penglihatan. Jika kita beri buah betul, ia secara tak langsung menggunakan semua deria.
1. Sentuhan, anak pegang tekstur dan bentuk epal
2. Auditori, anak dengar perkataan epal
3. Visual, anak lihat buat epal
4. Bau, anak bau epal
5. Rasa, anak rasa epal
6. Sendi, anak pegang epal dan agak berat epal
7. Keseimbangan, anak cuba seimbangkan badan dan tangan semasa memegang epal
Teknik ini juga sangat berkesan untuk anak yang lewat bercakap (speech delay). Tetapi, berapa banyak mainan yang ada pun tak boleh tandingi “mainan” mak ayah yang meluangkan masa bermain dengan anak.
Kepada mak ayah yang ada anak bawah 2 tahun, mohon sangat-sangat untuk luangkan masa bermain untuk anak. Tiada guna beli mainan berbakul-bakul tetapi “tiada” mak ayah yang bermain bersama.
Adik jom mandi! Kenapa kena mandi? Sebab badan adik dah kotor, seharian dah ke sana ke mari. Macam mana badan boleh kotor mama? terkadang tertekan mama melayan soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tak tahu apa yang patut anda respon, marah atau terus tersenyum. Namun itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otak mereka.
Soalan Penting untuk Pembelajaran?
Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Mereka cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat. Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.
Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurut mereka lebih mempunyai pengetahuan. Ia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abang mereka, ahli keluarga yang lain atau juga pengasuh mereka untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan.
Kanak-kanak kecil lazimnya akan bertanya soalan apabila:
melihat sesuatu objek atau individu yang menarik minat mereka
Mencapai sesuatu objek atau orang
tertumpu kepada sesuatu yang menarik
Menyentuh sesuatu
melihat anda dengan ekspresi muka yang kehairanan
Soalan yang sering ditanya
Jenis soalan biasanya akan berubah mengikut perkembangan mereka. Berikut adalah soalan yang biasa ditanya mengikut peringkat umur mereka:
21-24 bulan – suka bertanya “apa tu?”
25-28 bulan – bertanya dengan intonasi yang tinggi
26-32 bulan – suka bertanya “ kat mana atau di mana?”
36-40 bulan – suka bertanya “ Siapa tu?”
40-49 bulan – soalan kenapa, bila dan bagaimana sering menjadi pertuturan
Adakalanya ibu dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Sudah tentulah ia penting untuk menjawab soalan anak-anak tapi sebaiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang si kecil untuk berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda. Apa yang boleh mungkin boleh anda lakukan adalah:
Menawarkan peluang atau pengalaman sebagai tindak balas kepada soalan si kecil. Contohnya jika si kecil terpandang objek yang menarik minat mereka, tawarkan kepada mereka untuk menyetuhnya dan rasakan pengalaman bermain dengan objek tersebut. Ia memberi peluang kepada mereka untuk terokai dan belajar tentang objek yang menarik minat mereka.
Cadangkan satu cara baru untuk meneroka sebagai jawapan kepada soalan si kecil. Contohnya jika mereka tak tahu bagaimana untuk membuka pintu yang tertutup. Anda boleh cadangkan supaya mereka menekan butang khas untuk membuka pintu tersebut. Ia menjadi panduan untuk si kecil mendapatkan jawapan daripada persoalan mereka.
Tanyakan soalan kepada mereka untuk menggalakkan mereka aktif berfikir untuk mendapatkan jawapan.
Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil:
Berikan mereka objek yang menarik untuk mereka terokai. Kanak-kanak mempunyai minat semulajadi untuk belajar tentang perkara-perkara baru.
Membaca buku bersama. Dengan membaca anda boleh berkongsi banyak idea dan berpeluang bertanya soalan tentang buku yang dibaca.
Bertanya soalan kepada mereka adalah salah satu cara berkomunikasi dengan berkesan. Kanak-kanak biasanya akan bertanya untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada seseorang yang mereka percaya.
Lakukan aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak berfikir bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Aktiviti seperti bermain pasir dan bermain air, membuat kraf dan bermain muzik memberi kanak-kanak peluang untuk berfikir dan meneroka apa objek atau alat tersebut boleh lakukan. Proses penemuan boleh merangsang banyak soalan baru.
Apa sahaja soalan si kecil, ibu dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan senang ibu bapa nak terima apabila mendapat berita anak yang baru dilahirkan tidak sempurna atau mempunyai kecacatan dari segi fizikal atau mental. Banyak faktor yang boleh mendorong kepada masalah ini.
Kelainan kongenital atau cacat lahir adalah kelainan struktural mahupun fungsional yang dikenali sejak bayi baru lahir. Keadaan kesihatan bayi yang mengalami ini biasanya tergantung dari organ atau bagian tubuh yang terlibat serta tingkat keparahan yang dimilikinya.
Menurut Dr Asmah, tiada siapa yang sanggup melihat zuriat yang dilahirkan tidak sempurna anggota badan atau mengalami masalah kesihatan. Kecacatan bayi pada kelahiran adalah kelainan struktur yang berlaku semasa tumbesaran bayi di dalam rahim. Ia boleh menjejaskan keadaan fizikal badan, fungsi ataupun kedua-duanya dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan.
“Sesetengah kecacatan bayi berpunca daripada gen yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak- anak atau disebabkn oleh masalah kromosom.
“Dalam sesetengah kes, kecacatan yang berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada ubatan, jangkitan dan bahan kimia tertentu semasa kehamilan.” Kata beliau melalui perkongsian di Facebooknya.
Dr Asmah juga berkongsi 11 tip yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan:
1. Ambik asid folik
Jika seorang wanita memenuhi kadar keperluan asid folik sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum dan semasa kehamilan, ia dapat membantu cegah kecacatan bay terutamanya kecacatan kelahiran melibatkan otak dan tulang belakang yang sedang berkembang (anencephaly dan spina bifida).
2. Pemeriksaan doktor
Disarankan wanita yang sedang merancang untuk hamil melakukan pemeriksaan kesihatan.
3. Elakkan merokok
Risoko untuk melahirkan bayi pramatang walaupun anda adalah prokok yang pasif.
4. Elakan pengambilan alkohol
5.Mencegah jangkitan ketika hamil
Sesetengah jangkitan dialami oleh wanita hamil turut boleh membahayakan dan menjejaskan tumbesaran si manja di dalam kandungan.
6.Mengawal diabetes
Diabetes semasa mengandung boleh meningkatkan kecenderungan untuk berdepan masalah kecacatan bayi dan isu lain sepanjang tempoh kehamilan.
7. Berat badan seimbang
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, anda disyorkan untuk berusaha mencapai dan mengekalkan berat badan yang seimbang.
8.Diet sihat
Tidak kira sama ada anda sedang merancang kehamilan atau sedang mengandung, mengamalkan tabiat diet pemakanan yang sihat dan seimbang adalah perkara penting.
9.Aktiviti fizikal
Ibu mengandung juga amat digalakkan untuk bersenam mengikut kesesuaian keadaan.
10.Pengambilan ubatan
Sesetengah ubatan boleh menyebabkan kecacatan bayi yang serius jika diambil semasa tempoh kehamilan.
11.Suntikan vaksin
Kebanyakan vaksin adalah selamat untuk diambil semasa tempoh kehamilan.
Bahkan vaksin seperti vaksin selesema, vaksin Tdap (tetanus dewasa, difteria dan vaksin pertusis aselular) disarankan secara khusus semasa kehamilan.
Pengambilan vaksin tertentu dapat menghindari wanita daripada jangkitan yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.