Umur 18 baru nak baca Iqra’? Persoalan ini nyata membuat ramai ibu bapa tersentak kerana sedar betapa pentingnya anak-anak belajar ilmu agama sejak kecil. Justeru, semakin ramai ibu bapa hari ini memilih untuk menghantar anak mereka ke Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seawal usia sekolah rendah supaya masa anak tidak terbuang dengan televisyen atau gajet semata-mata.
Meskipun ada yang berasa kasihan melihat anak perlu membahagikan masa antara sekolah harian dan kelas agama, hakikatnya usaha ini dianggap sebagai pelaburan masa depan. Ilmu agama menjadi benteng utama dalam membentuk akhlak, disiplin, dan jati diri anak-anak untuk menghadapi cabaran dunia moden.
Pendidikan Awal Agama, Bukan Beban Tapi Pelaburan
Seorang pengguna Threads, @rubyatika, menegaskan tidak perlu berasa kasihan menghantar anak ke KAFA kerana ia memberi manfaat lebih besar berbanding membiarkan mereka leka.
“Anak perempuan saya darjah satu, balik sekolah petang boleh lagi kayuh basikal. Anak lelaki pula main takraw. Kalau tak pergi KAFA cuba bayangkan mereka buat apa? Tengok televisyen, buang masa. Hantar sahaja ke KAFA, tak rugi anak belajar ilmu agama dari kecil.”
Pandangan itu turut disokong oleh @natiqah_mdnoor yang mengingatkan ibu bapa supaya jangan menangguh pendidikan agama.
Ads
“Biar susah sekarang. Kalau tidak nanti hidup susah juga. Takkan umur 18 tahun baru nak baca Iqra’, sedangkan orang lain sibuk ambil lesen kereta.”
Elak Anak Leka Dengan Gajet Dan TV
Dalam dunia serba moden, cabaran utama ibu bapa ialah ketagihan anak-anak terhadap skrin. Apabila masa diisi dengan kelas KAFA, anak bukan sahaja belajar membaca al-Quran tetapi juga mempelajari doa-doa harian, tulisan jawi dan asas fardu ain.
Ads
Seorang lagi ibu, @shidakirin, mengakui anaknya perlu mencuri masa untuk mandi, solat dan makan sebelum ke kelas agama. Namun katanya, itu jauh lebih baik daripada membiarkan mereka terus leka di hadapan televisyen.
Ads
Peranan Ibu Bapa Tetap Utama
Walaupun KAFA menyediakan asas yang kukuh, peranan ibu bapa tetap penting. Luangkan sedikit masa bersama anak untuk mengulang bacaan Iqra’ atau hafazan di rumah. Ia bukan sahaja mempercepatkan proses pembelajaran, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan.
3 Cara Ibu Bapa Boleh Sokong Anak Belajar di KAFA
Jadual teratur – Pastikan anak ada masa makan, rehat dan bermain walaupun sibuk dengan kelas tambahan.
Belajar bersama – Ibu bapa boleh turut sama membaca al-Quran atau menghafal doa dengan anak.
Motivasi positif – Sentiasa puji dan beri galakan agar anak seronok ke kelas agama.
Tidak ada ruginya menghantar anak ke KAFA. Malah, ia lebih baik daripada membiarkan anak-anak leka dengan gajet atau televisyen. Pendidikan agama sejak kecil akan membentuk akhlak yang baik, memberi mereka kekuatan iman dan menjadikan anak lebih bersedia menghadapi cabaran hidup.
👉 Jadi, jangan tunggu hingga anak besar baru mahu belajar membaca Iqra’. Mulakan dari awal, kerana ilmu agama adalah bekalan paling berharga untuk dunia dan akhirat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musim Influenza datang lagi dan kali ini dijangka virus yang ada menyebabkan gejala yang agak serius.
Influenza melibatkan virus dan setiap tahun virus ini berubah, ini menyebabkan antibodi yang ada sebab infeksi tahun sebelum ini mungkin sudah tidak berkesan untuk virus musim ini.
Gejala flu tetap sama, iaitu demam, sakit tekak, batuk atau selsema. Namun bagi individu yang lemah sistem imun, dia boleh dapat komplikasi seperti radang sinus pneumonia, radang jantung, radang otak dan radang otot (sinusitis, myocarditis, encephalitis, myositis or rhabdomyolysis).
Komplikasi teruk berlaku pada individu yang sudah ada keadaan penyakit kronik atau individu yang ada sistem imun yang lemah seperti bayi dan orang tua. Orang yang sedang lalui rawatan yang melemahkan imun juga boleh dapat komplikasi jika dijangkiti virus flu ini. Ubatan untuk penyakit auto immune dan kanser selalunya melemahkan sistem imun.
Jalan untuk kurangkan komplikasi flu atau mencegah dari di jangkiti:
1. Jangan pergi ke tempat orang ramai (crowds)
2. Beli belah semasa off peak.
3. Elak guna pengangkutan awam.
4. Elak guna lif, guna escalator.
5. Bawa sanitiser seperti Takex clean atau Euky Bear ( non toxic) dan guna selalu untuk tangan dan permukaan yang nak di pegang ( shopping cart etc)
6. Guna mask yang sesuai bila keluar rumah jika ada sistem imun lemah.
7. Makan makanan seimbang, elak pengambilan banyak makanan berproses atau banyak gula dan tepung putih. Elak fast food yang ada banyak kimia.
8. Ambil makanan asli yang memang imun booster.
9. Minum air bertapis dengan kuantiti yang banyak, lebih dari 8 gelas sehingga 2 liter sehari.
10. Vaksin salah satu alternatif untuk beri perlindungan.
11. Jika demam, boleh pergi klinik lakukan ujian untuk kesan sama ada ia flu dan jika benar flu, kuarantinlah individu itu.
12. Buang tisu yang ada hingus ke dalam bekas bertutup supaya virus tidak tersebar. Boleh sediakan air berklorox untuk buang tisu dan matikan virus.-
13. Guna paracetamol dalam kadar yang selamat, jangan melebihi dos dan jangan guna ibuprofen atau NSAID lain untuk kawal demam terutama kanak-kanak. Nsaud seperti Ibuprofen dan Diclofenac sodium di dapati lemahkan sistem imun dan beratkan lagi komplikasi flu. DG Kesihatan pun dan pesan. Ada saya share posting dia sebelum ni.
Semoga kita semua selamat dari di jangkiti atau segera sembuh bila di jangkiti.
Selepas kelahiran bayi sulungnya pada 16 Mei tahun lalu, pelakon Miera Leyana terus menyepikan diri malah langsung tidak berkongsi wajah anak perempuannya itu di media sosial.
Kini selepas berusia satu tahun, ibu cantik manis ini tampil berkongsi wajah anaknya, Rachel Aisyah yang ini sudah pun genap setahun.
Menerusi Instagramnya, Miera memuat naik gambar keluarga kecil mereka bersempena ulang tahun kelahiran puteri sulungnya itu.
” Hai permaisuri kecilku, kamu bukan anak kecil yang biasa. Kamu dilahirkan dengan penuh rahmat daripada Allah.
“Saya tahu suatu hari nanti kamu akan membuatkan kami berbangga. Kami jadi orang pertama yang akan bertepuk tangan dengan segala pencapaianmu anak.
“Selamat ulang tahun kelahiran pertama Rachel Aisyah, “tulisnya.
Perkongsian gambar dalam pakaian sedondon raya itu turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti dan pengikut pelakon cantik manis ini.
Terdahulu, Miera mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Rosland Othman pada Julai 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Rachel Aisyah yang lahir pada 16 Mei 2021.
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menimang cahaya mata keempat bila isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.15 kilogram semalam.
Aliff Syukri juga berkongsi gambar dan video perjalanan isterinya melalui fasa kelahiran anak mereka.
Terkenal sebagai suami yang romantik dan penyayang, Aliff menemani dan memberikan kata-kata semangat kepada Shahida yang sedang mengalami sakit kontraksi hendak bersalin.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga menginsafi betapa besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu ketika mengharungi kesakitan bersabung nyawa demi melahirkan zuriat tersayang.
Keseronokan seorang bapa yang memang mengimpikan punya ramai anak dan penantian selama enam tahun kehadiran cahaya mata baru selepas mempunyai tiga orang anak akhirnya berakhir dalam kegembiraan.
Jutawan terkenal ini bersyukur kerana dapat menyaksikan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Yusoff Al Qardawi seperti nama ulamak terkenal dan berdoa agar satu hari nanti anaknya akan bergelar alim ulamak.
Teruja sgt sy sampai xpakai kasut berkejar sambut cucu..senang sangat menantu saya bersalin selepas buka 4cm.. xsampai satu jam dia melahirkan bayi yang sangat comel..berat 3.15 tanpa jahitan.. . Alhamdulilah cucu lelaki yg comel sgt2
Rozita menyatakan perasaan terujanya berkejar menyambut kelahiran cucu sampaikan tak sempat hendak pakai kasut.
Beliau juga berkongsi betapa mudahnya menantunya melahirkan anak keempat iaitu tak sampai satu jam dan selepas pintu rahim terbuka 4cm Shahida sudah melahirkan si comel.
Aliff dan Shahida telah dikurniakan tiga orang anak iait Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra,8, dan Ibraheem Adham, 6.
Pasangan ini juga ada mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum pada awal Disember yang kini berusia tujuh bulan sebelum Shahida disahkan hamil anak keempat
Tragedi kanak-kanak 5 tahun lemas selepas majlis graduasi tabika ini mengundang pilu dan menjadi peringatan penting tentang keselamatan air. Ketahui kronologi, luahan keluarga dan langkah pencegahan.