Kesian kalau tengok anak baru umur 2 tahun gigi dah rongak. Ibu ayah kena periksa apa punca masalah gigi anak tu. Jangan dibiar sahaja.
Ramai ibu bapa yang apabila gigi anaknya sakit minta dicabut di klinik. Akan tetapi, anda perlu tahu bahawa cabutan gigi susu sebelum waktunya boleh mengganggu pertumbuhan gigi kekal.
Gigi susu juga mempunyai kepentingannya sendiri. Jadi jom ikuti perkongsian doktor gigi ini untuk tahu lebih lanjut.
KEPENTINGAN GIGI SUSU YANG IBU BAPA PERLU AMBIL TAHU
Minggu lepas, datang pasangan muda, bawa anak pertama umur dlm 2 tahun++
Umur 2 tahun, tapi gigi depan habis hilang! Hilang?
Bukan hilang apa, gigi ada tapi tinggal tunggul dalam gusi..so nmpk flat jek depan dia.
Kita biasa panggil gigi rongak
Maknya sibuk suruh cabut tunggul-tunggul tu semua. Gigi lain pun disuruh cabut katanya mulut anaknya tu busuk sebab gigi banyak rosak!!
Iskk dari kesian, jadi geram pula CheAh dengan maknya ni. Orang dewasa cabut gigi pun mengelak-ngelak. Ni baby 2 tahun suka-suka hati suruh cabut gigi anak.
Jadinya, mari CheAh nak cerita kepentingan gigi susu.
Gigi susu ni hayatnya tak lama, biasanya sampai umur belasan tahun sahaja.
Kenapa penting gigi susu ni? Terutamanya gigi susu depan yang hanya akan berganti bila usia umur 6-8 tahun
Gigi susu penting sebagai ‘space maintaner’ untuk gigi kekal.
Jika gigi susu tiada, sebab dicabut terlalu awal, gigi akan bergerak dan menyebabkan gigi kekal tidak cukup ruang untuk tumbuh.
Jelaslah, kalau gigi susu tidak dijaga akan menimbulkan masalah pada masa hadapan.
Bayangkan, kalau umur 2 tahun gigi dah rosak. Umur anak 5 tahun, habis hilang gigi depan!
1. Tidak boleh makan dengan betul seterusnya mengganggu penghadaman.
2. ‘Self-esteem’ kurang (sebab ramai kawan-kawan termasuk orang dewasa akan cakap gigi depan takde tak cantik)
3. Gangguan pada sebutan huruf
Kesian kan? Hanya kerana GIGI anak kecil tu kurang ‘confident level’
Kebanyakan punca utama karies gigi susu ni adalah disebabkan penggunaan botol susu lebih dikenali juga ‘Nursing bottle caries’
Biasanya berlaku pada gigi hadapan atas dan gigi geraham belakang.
Semua susu tepung di pasaran pada masa ini mengandungi gula penyebab utama karies gigi.
Jika botol susu dibiarkan di dalam mulut anak anda semalaman, kandungan gula dalam susu tersebut penyebab utama terjadinya karies gigi.
Dan mungkin membawa kepada masalah yang lebih serius sebagai contoh gusi bernanah dan jangkitan kuman
Semua ini boleh dicegah!!!
Ibu bapa memainkan Peranan utama. Bukan doktor gigi
1. Tiada botol susu dalam mulut semasa tidur.
2. Elakkan memberi makanan manis dan ‘junk food’ kepada anak.
3. Elakkan memberi biskut-biskut manis.
4. Sentiasa berus gigi anak anda (anak kecil tidak akan boleh membersihkan satu mulut,
selalu akan berus gigi depan sahaja)
5. Boleh gunakan ubat gigi berfluorida dalam jumlah yang sedikit (setelah anak anda
pandai untuk meludah)
6. Bawa anak anda berjumpa Doktor gigi seawal 6 bulan pertama kelahiran.
Kesihatan mulut anak anda bermula dari anda. Jaga gigi susu anak anda sehingga tempoh untuk digantikan dengan gigi kekal.
Ingat!!! KARIES GIGI BOLEH DICEGAH
Dr Asiah
Bahagian Kesihatan Pergigian Johor
Sumber: Public Health Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI