Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun memang selalu uji kesabaran ibu & ayah. Tantrum & tabiat menipu sering kali menjadi tabiat. Guru ini kongsi cara untuk mengelakkan ia daripada menjadi kebiasaan atau habit.

Puan Ina, Pengasas TFA playschool berkongsi tentang hal ini. Katanya, pembentukan emosi kanak-kanak pada awal usia ini memerlukan pendekatan sesuai untuk menanganinya. Kanak-kanak 3 tahun dipanggil threenagers suka buat drama & menipu untuk mendapat perhatian orang sekeliling.

Kali ini saya nak cerita tentang pembentukan emosi kanak-kanak..

FASA 3-4 TAHUN PALING MENCABAR PEMBENTUKAN EMOSI ANAK

Pada usia 3 tahun mulalah pelbagai drama.. Lakonan. ‘tipu’ oleh kanak-kanak..THREENAGERS

Ikut kajian by the time cecah umur 4 tahun akan menipu tiap 120min… ataupun 2jam

Just untuk rekod Aulia (anak premature saya) hidup tanpa gajet & televisyen.

Hanya bermain, travel. Makan dan bersosial. Dan masih lalui fasa ‘menipu’ tu.. Kasar sikit bunyinya.. Hakikatnya mereka tiada niat nak ‘tipu’ tapi untuk menarik perhatian orang yang rapat dengan mereka.

Umur 3- 4 Tahun Memang  Anak Tengah Kuat Tantrum & Suka Tipu-Tipu. Guru Ini Kongsi Tip Elak Jadi Habit

 

IKLAN

Jadi masa ni ibu bapa akan struggle.

Bagaimana nak bantu kanak-kanak handle (kawal) emosi..

Kena tahu kenapa ia terjadi?

Sebab mereka dah setel pembentukan otak yang banyak masa 2 tahun dulu (700-1000 neuron connects tiap sesaat.. Ingat? Saya pernah share sebelum ni)

So emosi yang baru nak start develop…(mengikut kajian, emosi start ‘masak’ umur 4tahun)

BIARKAN ANAK BERGERAK AKTIF

Macammana nak atasi supaya habit ‘tipu’, tantrum tidak menjadi habit? Solutionnya ialah BERGERAK SECARA AKTIF

(situasi ni considering anak yang tidak ketagih gadget/ tv dan bukan Sen kid okay)

IKLAN

Ingat tak saya penah share tentang 5 ke 8 jam pergerakan sehari seperti yang dicadangkan KKM?

Umur 3- 4 Tahun Memang  Anak Tengah Kuat Tantrum & Suka Tipu-Tipu. Guru Ini Kongsi Tip Elak Jadi Habit

PERGERAKAN MENGURANGKAN STRES & GALAKKAN NEURON BERSAMBUNG

Pergerakan membantu neuron bersambung, kurangkan stres.. Bile lebih byk neuron bersambung, maka emosi akan lebih matang dan kanak-kanak kurang stres.

Otak kita tak boleh nampak macam bateri phone yang kita tau bila kena caj. Bila orang call dan bila tiada signal. Tapi fitrah indah Tuhan dah jadikan. Bergerak. Bermain. Akan sambungkan dan kembangkan otak.

 

IKLAN

90% OTAK KANAK-KANAK BERKEMBANG PADA USIA 5 TAHUN

90% otak kanak-kanak berkembang pada usia 5 tahun (ni pun sy byk kali share dlm penulisan sy sblm ni).

Jadi sesiapa yang berhasrat nak mula LOCK anak di kerusi di usia 3-6 tahun, emosi anak tidak akan lengkap perkembangannya kerana ia adalah asas otak di mana akan terpakai sehingga akhir hayat.

Umur 3- 4 Tahun Memang  Anak Tengah Kuat Tantrum & Suka Tipu-Tipu. Guru Ini Kongsi Tip Elak Jadi Habit

SEDIAKAN EMOSI ANAK DARI KECIL SUPAYA KUAT BILA DEWASA NANTI

Jangan rosakkan emosi kanak-kanak seterusnya jadikan dia remaja dan dewasa yang tak boleh handle stress. Menyediakan mereka bukan pastikan anak masuk universiti.

Tetapi menyediakan mereka yang kuat mental untuk hadapi masa depan yang semakin mencabar…(saya pernah share statistik yang dikeluarkan KKM 2015, 1:5 pelajar menghadapi masalah mental dan dijangka meningkat)

Jangan cakap nanti-nanti bila dah besar ok sebab otak yang sama akan digunakan seumur hidup. Segala asas di dalam otak bermula melalui pengalaman dan stimulasi yang dilalui si kecil sebelum usia 6 tahun.

Sumber: Ina Oh Ina

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI