Anak kencing malam bukanlah satu masalah yang asing dalam kalangan ibu bapa. Malah ada yang sehingga usia sudah bersekolah masih lagi memakai lampin pakai buang pada waktu malam.
Memang penat tiap hari nak kena jemur tilam yang diguna. Tapi jangan dimarah anak-anak kerana itu semua diluar kawalan mereka. menurut laman Facebook Public Health Malaysia, kencing malam dikalangan kanak-kanak adalah normal. Pundi kencing anak belum bersedia untuk menyimpan kencing sepanjang malam. Apa yang mereka perlukan adalah masa dan pendekatan yang betul untuk atasi masalah ini.
Dalam perkongsian itu juga, kajian menunjukkan kebanyakkan kanak-kanak akan berhenti kencing malam sewaktu umur 5-6 tahun tetapi ada juga yang tidak. Ketahui punca mengapa anak-anak kencing malam dan juga tip bagi ibu bapa yang mempunyai masalah sebegini.
Penat saya doktor. Tiap-tiap pagi saya jemur tilam. Saya dah marah anak saya berkali- kali. Dia masih kencing malam. Umur sudah 7 tahun pun masih basahkan tilam. Sekarang pakai pampers adik dia setiap malam. Kalau tidak mesti basah.
Bertenang. Jangan marah anak, ibu ayah.
Kencing sewaktu malam kebanyakannya adalah normal. Pundi kencing anak anda belum bersedia untuk menyimpan kencing sepanjang malam. Mereka cuma perlu masa dan pendekatan yang betul untuk menangani isu ini.
Kajian menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak akan berhenti kencing malam sewaktu umur 5-6 tahun. Tapi ada juga yang tidak.
– 40% berumur 3 tahun masih kencing malam
– 15% berumur 5-6 tahun
– 5% untuk 10-11 tahun
– 2% berumur 12 tahun
Puncanya?
Ada pelbagai punca kepada kencing malam.
– stress,
– kencing manis jenis 1,
– struktur Pundi kencing yang tidak normal
– jangkitan kuman saluran kencing
Namun, 99% kebanyakannya tiada punca. Hanya pundi kencing yang tak cukup besar untuk menampung sewaktu malam.
Tapi tiada masalah pun jika anda ingin berjumpa dengan doktor untuk bertanya. Doktor biasanya akan tanya beberapa soalan ini. Anda perlu bersedia untuk jadi detektif Konan.
Ada sejarah keluarga kencing malam? Suami? Isteri? Ibu ayah? Adik beradik? Datuk? Sedara?
Adakah terdapat pemakanan yang buat/trigger anak anda kencing malam lebih kerap?
Kuat tak anak anda minum sebelum tidur?
Pernah alami kencing berdarah?
Anak (lelaki)dah sunat ke belum? jika belum, ada tanda merah di hujung kemaluan?
Dengan beberapa perkara di atas mungkin dapat mencari puncanya dan seterusnya merawat anak anda.
Kami share juga tips yang boleh anda lakukan dalam bentuk infografik.
Yang penting, kita kena bersabar tau.
Anak kalau selalu dimarah atau dimalukan, boleh jadi tertekan dan akan melambatkan proses untuk tidak lagi kencing malam.
Tip anak kencing malam:
1. Beri ganjaran untuk tidak kencing malam
2. kurangkan minum pada waktu petang/malam
3. Set loceng bangun untuk kencing waktu malam
4. Jangan memarahu anak, ini bukan salah mereka.
5. Gunakan lapik tilam kalis air
6. Gunakan pewangi bilik
Sumber: Public Health Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI