Anak yang sedang membesar memang karenah mereka pelbagai, ibu dan ayahlah yang perlu memantau agar apa yang dibuat tidak memudaratkan. Misalnya dari segi pemakanan, bila melihat anak montel ramai yang mengatakan comel namun ia sebenarnya tidak boleh dipandang remeh.
Memberikan anak-anak makanan yang tidak sesuai dengan umur mereka atau secara berlebihan boleh mengundang banyak penyakit dari usia yang muda. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol mengenai satu situasi dimana seorang kanak-kanak yang baru berusia sudah mencapai berat sehingga 23kg.
Dr Redza memberikan beberapa cadangan kepada ibu bapa yang mempunyai anak sebegini supaya dapat mengawal berat badan mereka dan dapat membantu anak-anak kekal sihat.
Saya tak percaya bila ibu ni cakap anaknya baru berumur 2 tahun.
Baru umur 2 tahun tapi berat dah cecah 23 kg. Tinggi dia kalah budak umur 4 tahun.
Bila saya selidik sejarah pemakanan, saya hanya mampu menggeleng kepala.
Jika anak ni terus begini, ada 3 perkara yang dia mungkin hadapi:
Cadangan saya pada mak ayahnya:
Mak ayah bantu saya #kongsikan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Trend begini semakin meningkat. Anak tak tahu apa yang baik untuk mereka. Mereka cuma suap apa yang tangan kita berikan.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram rasmi saya https://t.me/NotaRedzaZainol
Sumber: Redza Zainol
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)