Umur baru 2 tahun, Noah Ariz sudah hafal sifir 1 hingga 10. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tiga bulan mengejutkan ramai apabila berjaya menghafal sifir dari satu hingga 10 secara spontan dan lancar, tanpa sebarang pendedahan awal kepada bahan pembelajaran formal.
Umur Baru 2 Tahun, Noah Ariz Sudah Hafal Sifir 1 Hingga 10
Ibunya, Najwa Abd Ghafar, 34 tahun, yang merupakan pensyarah Sains Komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor, berkata bakat luar biasa anaknya, Noah Ariz Amirul Mukminin, mula dikesan seawal usia satu tahun lima bulan apabila anak kecil itu menunjukkan minat yang mendalam terhadap nombor serta pola kiraan.
“Ketika itu, dia sering menyebut nombor dan dapat mengingati urutan dengan sangat baik. Apa yang mengejutkan, beberapa minggu sebelum Aidilfitri, saya terdengar dia membaca sifir dua secara lancar dalam kereta,” kata Najwa.
Menurutnya lagi, pada ketika itu Noah sedang duduk bersamanya dalam kereta dan tiba-tiba menyebut sifir dua hingga habis, satu tindakan yang langsung tidak dijangka.
Kini, Noah mampu menghafal semua sifir dari satu hingga 10 dengan lancar, dan pencapaian ini datang tanpa paksaan atau latihan rasmi daripada ibu bapanya.
Ads
Najwa yang tinggal di Seri Kembangan, Selangor, berkata bahawa kebolehan anaknya itu timbul secara semula jadi. Malah, pada peringkat awal, mereka tidak mendedahkan Noah kepada animasi pembelajaran. Namun setelah menyedari potensi yang dimilikinya, Najwa mula memperkenalkan pelbagai bahan bantu belajar seperti kad imbas, buku, permainan berkaitan pengiraan dan kartun pendidikan seperti ‘Number Blocks’.
“Saya tak pernah paksa dia belajar. Kalau saya sebut nombor dan dia ikut serta, itu tandanya dia berminat. Tapi kalau dia tidak respon, saya biarkan saja. Pembelajaran berlaku melalui permainan dan aktiviti harian,” katanya.
Ketika ditanya mengenai amalan ketika hamil, Najwa menjelaskan bahawa tiada sebarang rutin istimewa diamalkan. Namun, pada masa itu beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD dalam bidang Sains Komputer yang banyak melibatkan pembacaan dan penulisan akademik. Beliau berpendapat aktiviti tersebut mungkin secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan awal anaknya.
Ads
Dari segi pemakanan pula, Noah kurang menggemari makanan manis dan lebih cenderung kepada buah-buahan. Najwa juga berusaha mengelakkan pemberian makanan tidak sihat kepada anaknya.
Walaupun Noah menunjukkan keistimewaan dalam bidang matematik, Najwa dan suaminya belum membuat sebarang perancangan konkrit mengenai masa depan anak mereka. Buat masa ini, mereka lebih selesa memantau minat dan kebolehan Noah secara semula jadi.
Ads
“Setiap anak ada kelebihan tersendiri. Bagi kami, apa yang penting adalah menyokong minat Noah supaya dia dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan tanpa tekanan,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Persis kakak dengan adik. Itulah yang boleh digambarkan mengenai dua beranak ini, Sari Yanti dan anak sulungnya, Barr Al Aliy.
Biarpun sudah punya anak yang berusia 13 tahun dan kini memasuki usia remaja, namun Sari masih dilihat kekal cantik jelita seperti tidak dimamah usia.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada lima cahaya mata ini menitipkan ucapan buat anak sulungnya sempena hari lahir anaknya yang ke-13 tahun.
“Selamat Hari Lahir yang ke 13 tahun anak sulung mama.
“Barr Al Aliy. Semoga Allah swt kurniakan kebijaksanaan dan berikan petunjuk sepanjang perjalanan.
“Semoga menjadi anak yang soleh berjaya di dunia dan di akhirat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim redhailah, rahmatilah, berkatilah Barr Al Aliy,” tulis Sari Yanti di kapsyennya.
Malah isteri kepada penyampai radio, Jep ini turut memuat naik beberapa keping gambar bersama anak lelakinya itu. Tidak terkecuali gambar Barr yang kini semakin kacak bergaya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut memuji kecantikan asli ibu muda ini yang berjaya mengekalkan kecantikannya biarpun sudah punya anak lima.
Tidak terkecuali juga yang turut menitipkan ucapan hari lahir buat Barr Al Aliy.
Terdahulu Sari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada Februari 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr. Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 13, dan Baasit Al Haq, 12.
Pasangan selebriti dan usahawan, Hanis Zalikha dan Hairun Azreen seringkali mendapat perhatian media. Bukan hanya kedua cahaya mata mereka, bahkan mereka sendiri punya aura yang cukup kuat.
Terbaru, Hairul Azreen membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis Honda Vario 160 kepada Hanis.
Menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram, difahamkan hadiah tersebut diberikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-8 yang jatuh pada 5 Jun lalu.
“Tiada lagi lebih bermakna apabila dapat membuat isteri tercinta happy. #HappyAnniversary My Love,” tulis Hairul menerusi kapsyennya.
Hanis yang dilihat turun dari tangga seakan terkejut dengan hadiah yang tak disangka itu apa lagi ketika dihadiahkan dengan dua buah topi keledar berwarna merah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini turut memuji kejutan bersahaja dari Hairul.
Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 4.
Ibu mana yang tidak terkesan dengan masalah yang melanda anaknya. Sejak kemelut rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berlaku, boleh dikatakan ibu kepada pengarah terbabit iaitu Datin Patimah Ismail sering memuat naik hantaran di Instagram Story menunjukkan dirinya sokong menantunya berbanding anaknya sendiri.
Malah melalui perkongsian terbarunya, Datin Patimah turut memuat naik gambar cucu sulungnya, Syaikhul Islam yang merupakan anak lelaki sulung Syamsul dan Puteri Sarah.
Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul kerana pandai menjaga adik perempuannya, Sumaiyah.
“Syaikhul seorang Abang yang menjaga adiknya Sumayyah dengan baik.
“Kerana dia tahu hanya dia saja lelaki dalam hidup adiknya,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian gambar itu, kelihatan dua beradik yang cukup akrab itu kelihatan berpelukan erat tanda kasih sayang bersama mereka.
Terdahulu sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu ibu mentuanya, Datin Patimah turut menawarkan diri untuk menjadi pencelah dan saksi dalam krisis rumah tangganya yang berlanjutan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.