Umur Baru Nak Setahun Dah 3 Kali Jalani Pembedahan. Moga Iman Haziq Terus Bertahan

Share

Baru sahaja berusia hampir setahun, tapi adik Muhamad Iman Haziq terpaksa melalui ujian kesakitan yang cukup hebat buat si kecil seusianya. menghidap penyakit paru-paru kronik, penderitaan bayi yang dilahirkan pada usia pramatang ini bermula sebaik sahaja si kecil ini dilahirkan ke dunia.

itu semua ketentuan Ilahi yang perlu ditempuh oleh kedua orang tuanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. namun setiap ujian yang hadir itu pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Dalam usianya yang masih kecil, Muhammad Iman Haziq Mohammad Izham terpaksa menjalani tiga pembedahan demi memastikan dia sihat.

Lahir Pramatang dan disahkan ada masalah jantung berlubang

“Iman Haziq telah dilahirkan pada usia kandungan 34 minggu iaitu 8 bulan 2 minggu. Dia dilahirkan awal kerana saya mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi. Berat ketika Iman dilahirkan adalah 1.45kg sahaja

“Selepas lahir beliau disahkan mempunyai masalah jantung berlubang. Iman terpaksa untuk tinggal di hospital Sungai Petani selama 56 hari sebelum dibenarkan pulang.”

Ibu Muhamad Iman Haziq, Hasmanita Aziz, 30, berkata, anak tunggalnya itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Ada masalah salur darah terkeluar dari jantung dan paru-paru, kena lalui pembedahan demi pembedahan

Namun ketika berusia lima bulan, Muhamad Iman Haziq didapati mempunyai masalah salur darah terkeluar daripada jantung ke paru-paru dan perlu menjalani pembedahan.

“Selepas pembedahan itu berjaya, dia terpaksa menjalani satu lagi pembedahan berikutan masalah saluran pernafasan sempit.

“Ketika dalam pemantauan doktor, kesihatan anak saya sekali lagi diuji dan perlu menjalani pembedahan ketiga berikutan saluran pernafasannya kembali sempit akibat jangkitan kuman,” katanya.

Muhamad Iman Haziq kemudian dihantar ke Hospital Serdang, Selangor dengan menaiki helikopter bagi menjalani prosedur meluaskan saluran pernafasan (balloon angioplasty) dan kembali dirawat di HPP.

Dijangkiti Virus herpes

Kini, kesihatan Muhamad Iman Haziq terjejas berikutan dijangkiti virus herpes yang menyebabkan saluran pernafasannya kembali sempit dan masih dirawat di HPP.

“Saya dimaklumkan doktor belum ada pakar di Malaysia yang boleh merawat penyakit berkenaan dan kerana itu saya merayu pakar luar negara mengubatinya.

“Sejak melahirkan Muhamad Iman Haziq, saya terpaksa berhenti kerja di kedai menjual makanan sejuk beku dan jarang pulang ke rumah kerana perlu tinggal di wad bersama anak,” katanya.

Perlu dana hampir RM50,000 dan 12 tin susu khas setiap bulan

Muhamad Iman Haziq memerlukan dana untuk membeli mesin alat bantuan pernafasan dan oksigen yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Selain itu, anak kecil terbabit juga memerlukan sekurang-kurangnya 12 tin susu khas berharga kira-kira RM100 setiap satu bagi keperluannya selama sebulan.

“Sudah lama kami tidak tinggal di rumah seperti keluarga lain. Urusan rumahtangga kini dibantu suami (Mohamad Izham Idrus, 31) yang bekerja di kilang di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank CIMB Hasmanita Aziz bernombor 7620475232 atau terus menyumbang di laman web kitafund untuk adik Iman Haziq.

sumber: hmetro & kitafund

IKLAN