Memang sukar mendisiplinkan anak yang masih kecil. Tapi inilah yang kena buat kalau nak anak dengar kata.
Terutamanya anak yang masih berumur 5 tahun ke bawah, dimana dia semakin membesar dan sangat aktif meneroka dunia.
Pada umur 5 tahun, personaliti anak mula menyinar sebagaimana dia sedang berkembang memahami dirinya sendiri, orang-orang disekitar dan dunia disekelilingnya.
Kemahiran dan bakat biasanya mula berkembang pada waktu yang sangat indah ini.
Walaupun waktu ini adalah tahap perkembangan pesat bagi anak, tetapi ia juga akan menjadi waktu paling mencabar kepada ibu bapa dalam membentuk kelakuan anak-anak dan mendisiplinkan mereka.
Kanak-kanak yang berumur 5 tahun lebih cenderung untuk berdikari dan melakukan pelbagai eksperimen dengan tingkah laku baru untuk menguji reaksi penjaga mereka.
Bagaimana Kelakuan Kebiasaan Kanak-Kanak Berumur 5 Tahun?
Kebanyakan budak berumur 5 tahun sudah memahami tentang betul dan salah.
Mereka boleh mematuhi peraturan ringkas dan selalunya untuk mengelakkan dari dimarahi. Mereka masih belum memahami logik orang dewasa, oleh itu mereka selalu membuat pilihan yang silap.
Anak-anak yang dididik di tadika biasanya menunjukkan minat untuk membentuk perhubungan dengan rakan sebaya, dan biasanya lebih memilih yang sama jantina.
Mereka sering mahu untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain dan mungkin mengusik kanak-kanak lain yang lambat mengesuaikan.
Mereka juga boleh menjadi bossy, yang ia sangat mengganggu untuk kanak-kanak sensitif.
Mereka mungkin menjerit, mengatakan kata-kata kesat dan meluahkan ledakan kemarahan. Mereka akan selalu menguji had setiap peraturan.
Apa yang terbaik sebagai ibu bapa, kita harus mula untuk membentuk pemahaman yang lebih baik dalam diri anak-anak pada usia ini mengenai sebab dan akibat yang akan terjadi oleh kelakuan mereka.
9 Strategi Terbaik Untuk Mendisiplinkan Anak Berumur 5 Tahun
Tidak kisah bagaimana kaedah yang anda lakukan untuk mendidik anak kecil anda, apa yang paling penting adalah harus selari dengan pembawaan anak anda.
Secara asasnya, ini adalah kaedah yang efektif untuk kanak-kanak berusia 5 tahun.
Wujudkan peraturan rumah dan tetapkan had yang jelas serta konsisten. Elakkan masalah kelakuan anak dengan menjaga kelakuan anda sendiri secara berterusan.
Kanak-kanak pada usia ini harus dibantu untuk membuat keputusan. Tawarkan pilihan yang terhad kepada anak anda untuk mengajar mereka kemahiran problem-solving.
Contohnya, “Mira nak bersihkan bilik lepas makan atau sebelum makan?”. Kedua-dua jawapan boleh diterima selagi tugas itu dapat diselasaikan.
Sebelum memberi sebarang arahan, tarik perhatian anak terlebih dahulu.
Kebanyakan budak 5 tahun sangat leka dalam rancangan TV atau video games, dan sangat sukar memberi perhatian.
Letakkan tangan anda ke bahu mereka atau wujudkan eye-contact terlebih dahulu sebelum anda mengeluarkan arahan.
Selepas anda selesai memberi arahan, minta akan ulangi kembali arahan tersebut untuk memastikan mereka benar-benar faham.
Berikan banyak pujian dan galakan untuk kelakuan yang baik.
Ia sangat membantu untuk semua kanak-kanak pada setiap peringkat usia, tapi untuk peringkat 5 tahun, ia sangat menjadi confident boost.
Bila anak anda berkelakuan tidak sepatutnya, ajarkan mereka agar kaedah alternatif untuk mencapai kehendaknya.
Sebagai contoh, bila dia memilih untuk membaling mainan apabila dia marah, ajarkan dia cara alternatif untuk mengawal amarahnya.
Apabila anda kata ‘tak boleh’ dan anak anda masih berdegil, time-out boleh menjadi hukuman yang efektif. Asingkan anak anda selama 5 minit.
Pada usia ini, kebanyakan kanak-kanak boleh bertolak ansur dengan berkhidmat time-out di kerusi atau di kawasan tenang lain.
Kesan akibat semulajadi boleh menjadi kaedah efektif bila anak-anak sudah mula faham bahawa setiap apa yang mereka lakukan mempunyai akibat.
Jika anak anda yang berusia 5 tahun tersebut berkeras untuk melakukan, jika selamat, berikan dia peluang.
Biarkan dia menghadapi akibat semulajadi jika dia membuat kesilapan.
Kebanyakkan kanak-kanak pada usia tadika gemarkan peluang untuk menerima ganjaran.
Disebalik kita mengancam dengan akibat, cuba pusing situasi tersebut sebagai peluang untuk menerima ganjaran.
Sebagai contoh, sebalik daripada mengatakan, “Abang tak boleh main kat luar selagi tak kemaskan barang mainan”, cuba twist ayat dengan “Lagi cepat abang kemas barang mainan, lagi cepat abang boleh main kt luar”
Mengungkap sesuatu perkara dalam nada positif boleh membuat perubahan besar terhadap tindakbalas anak anda.
Ciptakan satu sistem ganjaran formal jika anak anda bergelut dengan kelakuan tertentu. Sistem token selalunya meninggalkan impak yang efektif untuk menyasarkan masalah kelakuan khusus.
Sumber: Muhamad Naim Abd Manaf