Siapa tak risau bila anak dah berusia 18 bulan masih tak berjalan. Tengok anak orang lain yang usia nya lebih muda pun dah boleh berjalan dan hampir berlari tentu menimbulkan kerisauan mama papa.
menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan kebanyakkan Kanak-kanak sudah boleh berjalan antara umur 12 hingga 14 bulan
Jika anak masih belum boleh berjalan ketika usianya sudah masuk 18 bulan, maka itu boleh di Kategorikan lewat berjalan.
Dr Kamarul juga ada berkongsi punca atau faktor-faktor anak lambat berjalan ini.
Tambahnya juga jika anak mempunyai masalah perkembangan seperti lewat berjalan dan sebagainya, ia perlu lah dirujuk kepada pakar untuk tindakan selanjutnya.
Dah setahun tapi belum berjalan, normal ke?
“Doktor, anak saya dah umur setahun, tapi masih belum boleh berjalan. Normal tak?”
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada sekitar umur antara 12-14 bulan.
Kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan sekiranya belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan.
“Apakah punca kanak-kanak lewat berjalan, ya?”
Faktor anak lambat berjalan
Antara faktor-faktor yang boleh menjadikan kanak-kanak lewat berjalan adalah:
1. Keturunan:
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak itu lewat berjalan semasa mereka kecil, maka anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama.
2. Kelahiran pra matang:
Bayi yang dilahirkan pra matang lazimnya mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan.
3. Cerebral Palsy
Masalah saraf disebabkan kecederaan pada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Ia menjejaskan koordinasi otot dan pergerakan.
4. Masalah otot:
Penyakit seperti muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy menyebabkan banyak otot menjadi lemah.
5. Malnutrisi dan penyakit kronik
Kekurangan zat, dan penyakit berlarutan menjejaskan perkembangan fizikal kanak-kanak dan secara tak langsung jejaskan pergerakannya.
6. Masalah bentuk kaki
Kondisi seperti keting bengkok (bow leg), tinjit (talipes equinus), kaki tak sama panjang (leg length discrepancy) yang ketara.
“Bila saya perlu bawa anak saya untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?”
Pada umur setahun, semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi, doktor akan menilai perkembangan anak, ia termasuk kebolehan berjalan.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri pada umur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan akan dirujuk kepada pakar kanak-kanak.
⚠️ Rujukan kepada pakar kanak-kanak adalah untuk dinilai. Jika tiada apa-apa, anak hanya akan dipantau. Jika ada masalah dikesan, maka rawatan akan dimulakan.
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI