Umur sudah 50 tahun, tiba-tiba hamil, ingatkan menopaus, rupanya ada ‘si comel’ dalam rahim. Kebanyakan wanita akan mengalami menopaus pada sekitar usia 50 tahun. Pada usia ini, ovari akan mula menurun aktivitinya, sehingga tidak lagi mampu menghasilkan telur yang berkualiti baik dan siap untuk disenyawakan.
Umur Sudah 50 Tahun, Tiba-tiba Hamil, Ingatkan Menopaus
Oleh itu, kehamilan akan menjadi lebih sukar berlaku. Dalam keadaan ini, jika hubungan intim dilakukan, sperma yang masuk boleh mati atau keluar kembali bersama dengan rembesan vagina yang lain.
Bagaimanapun terdapat juga wanita yang mempunyai tempoh subur yang lebih panjang, iaitu hingga lebih dari 50 tahun. Dalam kes seperti ini, tidak mustahil ovari masih mampu menghasilkan telur yang siap untuk disenyawakan, dan kehamilan boleh berlaku jika hubungan seks dilakukan tanpa perlindungan.
Maka sebab itulah tidak mustahil untuk wanita yang berumur 50 tahun ke atas akan hamil. Selagi masih datang haid, selagi itulah peluang untuk hamil itu masih ada. Istilah ‘tutup kilang’ sering digunakan pasangan suami isteri yang merancang keluarga untuk tidak menambah cahaya mata lagi. Masih ramai yang lebih gemar merancang sendiri sehingga berlaku kehamilan secara mengejut.
Kehamilan pada usia tua lebih berisiko menimbulkan pelbagai komplikasi, baik bagi ibu (seperti pendarahan selepas bersalin, masalah jantung, anemia, kesukaran bersalin, dan sebagainya) mahupun janinnya (seperti menyebabkan kecacatan kelahiran, kelewatan perkembangan janin dalam rahim, peningkatan risiko kelahiran pramatang atau berat lahir rendah, dan sebagainya).
Rupanya Ada ‘Si Comel’ Dalam Rahim
Seiring bertambahnya usia, kesuburan wanita akan semakin menurun. Namun, meskipun peluang untuk hamil menjadi semakin kecil, bukan bermakna kehamilan tidak boleh terjadi. Sebenarnya, terdapat beberapa wanita yang hamil pada usia 50 tahun atau lebih.
Contohnya, penyanyi Janet Jackson yang hamil pada usia 50 tahun pada 2016, artis senior Brigitte Nielsen yang hamil pada usia 54 tahun pada 2018, dan ibu kepada artis cantik, Celine Evangelista, yang hamil kembar pada usia 50-an.
RISIKO HAMIL USIA 50AN
Semakin tua usia semasa hamil, semakin besar risiko kesihatan yang mengancam. Menurut American Society for Reproductive Medicine, wanita mengalami sedikit penurunan kesuburan pada awal usia 30-an, dan akan terus menurun secara signifikan antara usia 35 dan 45 tahun.
Wanita berusia 30 tahun dengan kitaran haid yang normal, mempunyai peluang hamil sebanyak 20 peratus. Pada awal usia 40-an, peluang untuk hamil akan menurun menjadi kurang dari 5 peratus. Pada pertengahan usia 40-an, kebanyakan wanita sudah tidak dapat hamil dan pada usia 51 tahun, rata-rata wanita telah memasuki masa menopaus.
Bagaimanapun, kemungkinan wanita untuk hamil pada usia 50 tahun atau lebih masih ada. Sama ada secara semula jadi atau melalui teknologi perubatan, seperti pemindahan telur. Telur tersebut boleh berasal dari penderma atau dari telur sendiri yang dibekukan sebelumnya.
Apakah risiko kesihatan yang mungkin mengancam jika hamil pada usia 50 tahun? Tentunya banyak. Dalam dunia perubatan, kehamilan pada usia tua disebut sebagai kehamilan geriatrik.
Ads
Secara umumnya, berikut adalah beberapa risiko yang mengancam jika hamil pada usia tua:
Diabetes Gestasional
Hamil pada usia 50 tahun membuat seorang wanita lebih berisiko mengalami diabetes gestasional kerana pengaruh hormon kehamilan. Jika tidak ditangani, keadaan ini boleh meningkatkan risiko bayi tumbuh besar dan menyukarkan proses kelahiran.
Oleh itu, penting bagi wanita yang hamil pada usia 50 tahun untuk mengawal kadar gula darah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam ringan secara rutin.
Hipertensi
Risiko kesihatan lain yang mengancam jika hamil pada usia 50 tahun adalah hipertensi, yang juga boleh berakhir dengan preeklampsia. Namun, risiko keadaan ini boleh dikurangkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengawal tekanan darah dan melakukan pemeriksaan kehamilan secara rutin.
Kelahiran Pramatang dan Berat Badan Bayi Rendah
Hamil pada usia 50 tahun lebih berisiko mengalami kelahiran pramatang. Risiko ini meningkat jika ibu hamil mengalami keadaan perubatan lain atau hamil kembar. Jika kelahiran pramatang berlaku, risiko bayi lahir dengan berat badan rendah juga meningkat. Bayi yang lahir sebelum waktunya mempunyai organ dalaman yang belum berkembang sepenuhnya.
Bersalin Caesar
Banyak risiko komplikasi kehamilan ketika hamil pada usia 50 tahun membuat seorang wanita lebih berisiko melahirkan dengan kaedah caesar. Terutama jika ibu mengalami plasenta previa, iaitu keadaan ketika plasenta menghalang leher rahim.
Ads
Kelainan Kromosom pada Bayi
Bayi yang lahir dari ibu yang hamil pada usia 50 tahun lebih berisiko mengalami kelainan kromosom seperti sindrom Down. Semakin tua usia ibu, semakin besar risiko kelainan kromosom pada bayi.
Keguguran atau Bayi Lahir Mati (Stillbirth)
Risiko kedua-dua keadaan ini umumnya disebabkan oleh keadaan perubatan yang dialami ibu atau kelainan kromosom pada bayi. Sama seperti sindrom Down, risiko keguguran dan bayi lahir mati akan meningkat seiring dengan usia ibu semasa hamil.
Selain pelbagai masalah kesihatan tadi, hamil pada usia 50 tahun boleh menjadi lebih mencabar berbanding hamil pada usia yang lebih muda. Ibu yang hamil pada usia 50 tahun mungkin lebih mudah mengalami ketidakselesaan semasa kehamilan, seperti:
Kelelahan.
Sakit otot.
Sakit sendi.
Kaki bengkak.
Mudah marah dan kemurungan.
Itulah beberapa risiko kesihatan yang mengancam jika hamil pada usia 50 tahun. Walaupun terdapat banyak risiko, beberapa ibu yang hamil pada usia 50 tahun dapat menjalani kehamilan dengan baik dan melahirkan bayi yang sihat. Hal ini kerana kesuburan dan keadaan tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza.
Untuk mencegah pelbagai risiko kesihatan yang mungkin terjadi semasa hamil pada usia 50 tahun, ibu boleh mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kehamilan secara rutin. Bagi memudahkan, gunakan sahaja aplikasi Halodoc untuk membuat janji temu dengan doktor pakar sakit puan di hospital.
Semasa hamil, salah satu perkara yang membuatkan ibu ayah teruja adalah saat membuat imbasan untuk melihat keadaan bayi dalam perut. Seronok sangat dapat lihat perkembangan si kecil, sedikit demi sedikit sehingga dia membesar menjadi bayi sempurna. Begitulah perkongsian selebriti terkenal, Abby Abadi yang berkongsi sebuah video di laman Instagramnya semalam.
Abby tidak menafikan yang teknologi semakin maju dan ibu bapa berpeluang melihat setiap perkembangan anak dalam kandungan dengan jelas. Ceritanya lagi, ketika hamilkan anak-anak terdahulu tidak pula buat imbasan penuh begini. Hanya redha dan berdoa agar semuanya selamat.
Masa pergi detail scan di @klinik_anda_wangsa_melawati 2/3hari lepas ☺️ . Teknologi makin hebat hari ke hari.. ukuran badan baby, tulang, semua setakat ni alhamdullillah.. cuma mcm sereeemmm jugak, sbb sampai ke jari kaki tangan, salur darah, jantung semua buleh nampak jelas dah walaupun baru 21 minggu huhu.. Dulu masa mengandungkan Danish, Dania & Danisha takde nk detail2 scan bagai ni.. redha je iring dgn doa… skrg ni mcm2 ada. Atas rasa ingin tahu, walaupun nervous buat juga. Apapun, syukur Klinik Anda di Wangsa Melawati melayan Sy dgn baik sekali. Nak scan byk2 kalipun dorg layan jer hehe.. Dari Doc2 yg ada hinggalah ke pembantu2 klinik & pakar Scannya memang begini ?? (ps: comeykan suara pakar scan tu hehe.. ) . Setakat ini pun dengar dari Doc Sakinah & Pakar scan masa dtg last dtg klinik aritu yg baik2 sahaja. Harapan Sy semoga terus serba baik & sempurnalah keadaan baby Sy hingga dilahirkan nanti ya, Ya ALLAH… Aminnnnn ??
Semoga kandungan Abby selamat sehingga ke hujung waktu dan melahirkan bayi yang sihat. Pa&Ma doakan Abby terus kuat untuk melalui fasa kehamilan yang menakjubkan ini.
Amalan ketika hamil tak terhad kepada amalan rohani dan jasmani sahaja, antara banyak mommy yang terlepas pandang dan memandang remeh adalah bab pemakanan.
Bakal mommy yang merancang untuk mengandung atau sudah disahkan mengandung, antara perkara terpenting adalah menjaga setiap zat yang masuk ke dalam badan.
Ini kerana apa yang mommy makan, itulah yang bayi dalam kandungan dapat.
Antara makanan patut dimakan dan dielakkan sepanjang merancang dan mengandung:-
ASID FOLIK – Asid folik sangat penting untuk kesuburan, dan ianya banyak terkandung dalam sayuran hijau, lobak, asparagus, jagung, dan pelbagai jenis sayuran hijau lain
AIR KELAPA MUDA -Air kelapa muda dipercayai tingkatkan kualiti sperma.
LEMAK SAYURAN – Lemak sayuran penting sebagai pengganti lemak haiwan. Lemak sayuran mampu menguatkan sistem reproduktif dan baik untuk kesuburan.
IKAN DAN SUSU – Ikan bermanfaat untuk kesuburan kerana mengandungi omega-3 dan DHA yang penting bagi bayi dalam kandungan sedangkan susu pula penting dalam membentuk hormon kesuburan.
LEMAK TEPU – Lemak tepu banyak terkandung dalam minyak untuk menggoreng dan marjerin. Lemak tepu ialah lemak jahat yang boleh menimbulkan masalah kepada kandungan contohnya process food, junkfood, dessert etc.
MAKANAN BERPROSES – Makanan berproses ialah makanan cepat saji ia melepaskan gula ke dalam aliran darah sehingga membahayakan bahagian reproduksi badan ditambah lagi kebanyakan makanan proses banyak MSG, bahan pengawet, pewarna etc.
KOPI – Kopi sebenarnya banyak manfaat, namun cara penyediaan masa kini menyebabkan ia merisikokan kesihatan. Kebiasaan meminum kopi menurunkan 27% kemungkinan untuk hamil berbanding minuman lain.
So mommy dah tahu mana makanan yang bermanfaat dan tidak kan? Selamat beramal.
Masalah tidur bila kehamilan makin sarat kerap dialami ibu-ibu hamil. 6 tips ini boleh membantu mengelakkan ibu menjadi “burung hantu” berjaga malam kerana sukar melelapkan mata.
Bila perut makin sarat, ibu-ibu selalunya akan menghadapi masalah untuk tidur di waktu malam.
PERUBAHAN HORMON MEMPENGARUHI KUALITI TIDUR
Keadaan di mana seseorang tidak dapat tidur lena ini ialah dipanggil insomnia. Insomnia adalah persepsi tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti. Perubahan hormon dan ketidakselesaan fizikal semasa hamil boleh memberi kesan kepada kualiti tidur ibu hamil.
Tidak dinafikan ramai juga ibu hamil yang berasa sukar untuk tidur kerana mereka tidak selesa, kerap ke tandas, mengalami kekejangan kaki, dan ada yang berasa teruja dan bimbang memikirkan kelahiran bayi nanti.
Memandangkan ibu hamil akan berdepan dengan pelbagai perubahan pada kesihatan fizikal mereka dan emosi, maka insomnia mungkin boleh terjadi kepada kebanyakan wanita semasa hamil. Hal ini adalah disebabkan oleh banyak sebab, namun terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi.
#1: TANGANI KEBIMBANGAN DAN DAPATKAN REHAT
Bimbang tentang bayi dalam kandungan boleh menyebabkan anda tidak boleh tidur. Jadi, berbincanglah dengan pasangan, rakan, keluarga ataupun ahli terapi untuk mendapatkan idea bagaimana menangani kebimbangan anda.
Selain itu, anda juga boleh cuba beberapa teknik relaksasi seperti regangan, yoga, urutan, pernafasan dalam dan mandian panas sebelum masuk tidur, yang mana boleh membantu anda menenangkan minda dan merehatkan otot.
#2: KURANGKAN TIDUR PADA WAKTU SIANG
Tidur pada siang hari, terutama semasa trimester pertama, adalah digalakkan untuk wanita hamil. Akan tetapi, ia adakalanya membuatkan anda lebih sukar untuk tidur pada waktu malam kerana anda sudah cukup rehat pada waktu siang.
#3: DAPATKAN POSISI PALING SELESA
Anda boleh mencuba posisi tidur yang baru untuk mencari cara yang lebih selesa untuk anda tidur. Bantal tidur boleh digunakan untuk menyokong keselesaan anda semasa trimester ketiga. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan bantal seperti meletakkannya di bawah kepala ataupun lengan anda, mengepit bantal antara dua lutut ataupun menyelitkan sedikit di bahagian belakang badan anda. Carilah posisi yang mana anda selesa.
#4: CIPTA SUASANA TIDUR
Pastikan bilik anda menyediakan suhu dan nyalaan lampu yang selesa untuk anda tidur. Nyalaan biru yang datang dari telefon bimbit, tablet, ataupun jam digital di sebelah meja tidur anda mungkin boleh mengganggu waktu tidur anda. Sebelum tidur, pastikan anda menutup suis televisyen, komputer, dan semua sumber nyalaan biru.
#5: RANCANG PEMAKANAN ANDA DENGAN BIJAK
Minum segelas susu suam boleh membantu memberikan anda mood tidur. Makanan yang tinggi karbohidrat, seperti roti ataupun biskut, juga boleh membantu anda ingin tidur.
Sebagai tambahan, snek yang tinggi protein juga boleh memastikan tahap gula darah meningkat dan boleh mencegah mimpi buruk, sakit kepala, dan rasa panas. Namun, anda perlu selesai makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur anda.Selain itu, elakkan juga makan makanan berat pada lewat malam.
#6: BERSENAM SETIAP HARI
Senaman harian semasa hamil menggalakkan kesihatan fizikal dan mental. Senaman juga boleh membantu anda tidur lebih lena. Walau bagaimanapun, senaman yang keterlaluan dalam masa empat jam sebelum tidur adalah perlu dielakkan ibu hamil.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.