Lama menunggu kehadiran bayi lelaki, akhirnya pada kelahiran kali ketujuh baru Allah makbulkan doa untuk dapat juga seorang anak lelaki setelah enam anak sebelum ini semuanya perempuan.
Bagaimanapun, yang istimewanya bagi pasangan suami isteri ini adalah anak lelaki mereka dilahirkan pada Hari Raya Aidil Adha lalu dan dinamakan dengan nama Putera Muhammad Aidil Adha bin Mohd Aidil Fitri.
Suami lahir pada Hari Raya Aidilfitri
Kebetulan pula ayahnya bernama Mohd Aidil Fitri kerana dilahirkan pada hari raya Aidil Fitri. Nama yang sangat unik dan ibaratnya raya bertemu raya.
Menurut Puan Nor Sadrina Shaari, 33, ibu kepada Putera Aidil Adha, kelahiran ini sangat istimewa kerana baby memang lahir ikut tarikh jangkaan bersalin. Ketika hari pertama Hari Raya Aidil Adha tu dah mula turun tanda. Masuk hari ketiga raya iaitu betul-betul duenya, keluarlah anak lelaki yang ditunggu.
“Ini berikutan kakak-kakaknya juga dah tak sabar nak adik lelaki. Umur anak sulung saya 10 tahun, anak kedua meninggal, anak ketiga umur 6 tahun, anak keempat umur 5 tahun, anak kelima meninggal, anak keenam 2 tahun dan yang ketujuh berusia 2 bulan,” katanya.
Sebelum lahir, tak terlintas nama Aidil Adha
Kongsinya lagi, nama yang diberikan kepada anak lelakinya ini tak dirancang pun. Sebelum itu memang tak terfikir sebab semua kakak-kakanya lahir awal iai 2 minggu sebelum due. Lagipun memang dah siap ada nama lain. Tapi tak jangka kali ini bayi nak keluar masa hari raya juga.
Ketika saya beritahu suami dan ahli keluarga yang saya pilih nak namakan Aidil Adha, masing-masing ingat saya bergurau. Sedangkan masa tu saya betul-betul serius. Lepas minta izin dengan suami dan dia pun setuju kami sepakat letakkan nama Aidil Adha.
Bagi saya nama ini baik maknanya dan setakat dilahirkan, Aidil Adha anak yang sangat mudah dijaga dan membesar menjadi anak kebanggaan suatu hari nanti.
Sementara itu, Nur Sadrina juga berkata, selain suami dan anak lelaki yang dilahirkan pada hari raya, anak yang ketiga juga lahir pada bulan puasa. Kami juga telah memilih nama Puteri Seri Rahmadhani Atherra. Dan saya sendiri juga dilahirkan pada 25 Disember iaitu Hari Krismas.
Apa yang saya rasa beruntung sangat, walaupun orang tengok anak saya ramai dan masih kecil, tapi bila bab menjaga adik, kakak-kakak sangat bertanggungjawab dan semua berebut nak jaga. Syukur alhamdulillah!
Beli Eplas Baby Silicone Feeding Plate Elephant and Bowl di sini
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/dining/eplas-baby-silicone-feeding-plate-elephant-and-bowl-20110139?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef2db0″ color=”#ffffff” size=”6″]Eplas Baby Silicone Feeding Plate Elephant and Bowl[/su_button]
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)