Genap seminggu Black Hanifah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira menimang anak kedua mereka, Black telah mengumumkan nama anaknya.

Menerusi sebuah video di laman Instagram (IG) milik Black, anak sulungnya, Khaleef Dayyan telah membuat pengumuman nama adiknya, Rindu Dayyana.

“Bismillah…Dayyan dah ready nak share (kongsi) nama adik dia.. ..nama dia ialah… Rindu Dayyana,” katanya.

IKLAN

Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.

Uniknya Nama Rindu Dayyana. Black Pilih Nama Ringkas Untuk Anak Perempuannya

IKLAN

Pada 25 Oktober lalu, Cira telah melahirkan bayi perempuan seberat 2.88 kilogram pada jam 1.56 pagi.

Perkongsian itu telah mendapat lebih 200,000 tontonan, dan rata-rata netizen turut meninggalkan komen masing-masing dan teruja dengan keunikan nama anak kedua Black dan Cira.

IKLAN

Uniknya Nama Rindu Dayyana. Black Pilih Nama Ringkas Untuk Anak Perempuannya

 

Kredit: black.hanifah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI