Lain orang lain gayanya. Ada yang mengidam suka bau sabun dan sebagainya namun lain pula kisahnya dengan isteri pelakon, Harris Anuar yang mengidam pelik-pelik.
Selepas suka dengan bau simen, isteri kesayangan Harris, Asha Merican kini mengidam main lato-lato pula.
Menerusi dua perkongsian di laman Instagram, Harris berkongsi kisah isterinya itu yang begitu teringin untuk bermain permainan kegemaran anak-anak itu.
Harris pada mulanya bertanyakan kepada pengikut mengenai lokasi untuk mencari permainan itu sebelum berjaya membeli dari sebuah kedai di Damansara, Selangor.
“Untuk awak apa pun boleh, ok dah boleh join tournament nanti! Thanks kepada semua yang menolong ibu mengidam nak main lato lato ni! Peninggggggggggg,” tulis Harris.
Harris yang juga anak kepada kepada usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau Kak Ton berusaha mencari permainan itu demi isteri tersayang.
Rasa pelik teringin nak main lato-lato
Berkongsi kisah lato-lato itu kata Asha, dia sudah tiga hari teringin untuk bermain permainan itu.
Menarik: Jantina Anak Pun Kami Dah Tahu, Umum Isteri Hamil, Harris Anuar Bakal Bergelar Bapa!
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya. Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” kongsi Asha lagi.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu dan sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung.
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Buat Aktiviti Ini Ketika Trimester Kedua Kehamilan
Jangan buat beberapa aktiviti ketika hamil terutama bila sudah masuk trimester kedua. Walaupun semasa hamil, ibu boleh terus melakukan aktiviti senaman yang digemari tetapi ada beberapa aktiviti yang mesti dihentikan terus.
Ibu hamil tetap boleh melakukan aktiviti senaman untuk mengekalkan tubuh badan terus sihat dan bertenaga untuk melalui fasa kehamilan yang makin mencabar.
Bagaimanapun ada beberapa aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh ibu hamil. Sebaiknya rujuk kepada doktor pakar yang merawat anda untuk nasihat yang terbaik sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.
Aktiviti tak boleh buat semasa trimester kedua?
Sebaik-baiknya, anda perlu mengelakkan sebarang aktiviti yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh ataupun membahayakan kawasan abdomen semasa hamil.
Risiko untuk kecederaan sebahagiannya bergantung kepada tahap kemahiran anda juga. Namun, ingatlah bahawa keupayaan anda untuk menyeimbangkan diri akan menurun kerana keadaan kehamilan dan pusat graviti anda juga telah berubah.
Anda juga pasti ingin mengikuti langkah berjaga-jaga semasa mengembara pada altitud yang tinggi, di mana pada keadaan sedemikian, kurang oksigen untuk anda dan bayi. Dengan berada pada aras 8,000 kaki ke atas, misalnya, boleh menyebabkan kesakitan altitud dan meletakkan bayi dalam risiko.
Berikut merupakan senarai sesetengah aktiviti yang boleh menimbulkan masalah semasa kehamilan:
- Naik alat permainan di taman hiburan: Meluncur air dan beberapa alat permainan n lain di taman hiburan adalah dilarang sama sekali untuk ibu hamil, kerana pendaratan kuat atau permulaan dan hentian tiba-tiba boleh membahayakan bayi.
- Berbasikal: Menunggang basikal bukanlah senaman yang baik terutama untuk mereka yang baru ingin memulakannya. Namun, penunggang yang berpengalaman boleh meneruskan berbasikal sehingga tempoh trimester kedua mereka. Ini kerana, semasa hamil, pusat graviti mereka berlaku perubahan sehingga boleh menjejaskan keseimbangan dan membuatkan berbasikal itu bahaya. Namun, tunggangan basikal pegun (indoor) adalah alternatif yang selamat.
- Sukan lasak: Bola sepak, bola keranjang, bola tampar dan hoki meletakkan anda dalam risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan, iaitu semasa mengambil bola ataupun membaling bola dari dan kepada pemain lain, atau kemungkinan terjatuh semasa bermain.
- Menyelam: Aktiviti ini berbahaya kepada bayi anda untuk berendam ke dalam air secara paksa.
- Gimnastik: Sekali lagi, terdapat risiko untuk anda terjatuh dan meningkatkan trauma kepada abdomen anda.
- Menunggang kuda: Walaupun anda seorang penunggang kuda yang baik, adalah tidak berbaloi untuk anda mengambil risiko menunggang kuda semasa hamil.
- Tab mandian panas dan sauna: Berendam di dalam tab mandian panas dan jakuzzi atau duduk di dalam sauna boleh membahayakan janin anda yang sedang membesar di dalam perut. Ini kerana pemanasan berlebihan adalah berkait denggan kecacatan kelahiran.
- Berlari: Jika anda bukan seorang pelari sebelum disahkan hamil, ini bukan masanya untuk mula berlari. Jika tidak, anda masih boleh meneruskannya namun perlulah dilakukan secara sederhana. Bermula dari trimester kedua, iaitu apabila risiko untuk terjatuh meningkat, anda perlu berlari dengan berhati-hati. Elakkan berlari dalam cuaca panas melampau dan minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang semasa berpeluh.
- Selam skuba: Ini adalah aktiviti yang amat dilarang! Semasa anda berada di permukaan air, buih air boleh membentuk dalam aliran darah, yang boleh membahayakan diri anda dan kandungan.
- Meluncur salji: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
- Meluncur: Risiko yang sama untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
- Tenis: Permainan tenis yang sederhana adalah selamat untuk anda main sebelum hamil. Akan tetapi, anda mungkin menghadapi masalah dengan keseimbangan dan hentian tiba-tiba jika bermain semasa hamil, jadi berhati-hatilah! Kebanyakan wanita merasakan sukar untuk bermain dengan baik kerana perut yang semakin membesar semasa trimester kedua dan ketiga.
- Meluncur air: Aktiviti lain yang meletakkan anda dalam risiko untuk terjatuh dan meningkatkan peluang trauma kepada abdomen anda.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Pastikan setiap ibu bapa join webinar ini kerana anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada speaker-speaker jemputan tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Webinar ini menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi dan Puan Azlina Roszly. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan
Buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin sudah tentunya menungggu kehadiran cahaya mata. Jadi, pasti ada dikalangan kita yang mencari cara cepat mengandung atau hamil supaya dapat menimang cahaya mata dengan segera.
Pun begitu, ia mungkin agak sukar bagi sesetengah pasangan untuk menimang anak. Paling menyedihkan setelah dua tahun masih belum dikurniakan anak. Jadi sudah tentu ada pasangan yang ingin mengetahui cara yang betul, tepat dan berkesan untuk hamil.
Salah satu cara adalah menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Rawatan ini memberi peluang selain harapan baharu kepada mana-mana pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan demi mendapatkan zuriat pengerat kasih sayang.
Apa itu IVF
Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan terkenal, asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim.
Bagaimana IVF Berfungsi
Proses bermula melalui pemantauan suntikan yang berkala kepada wanita untuk menggalakkan pengeluaran telur dalam kadar yang tertentu. Setelah telur matang, tim perubatan diketuai oleh doktor kesuburan dan dibantu oleh pakar bius, embriologis dan jururawat akan melakukan prosedur untuk pengambilan telur. Setelah itu, telur tersebut akan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal. Embrio yang terbentuk akan dinilai dan embrio yang sihat akan dipilih untuk dimasukkan semula ke rahim wanita. Proses ini dilakukan menerusi piawaian standard yang tinggi dalam memastikan kualiti penjagaan yang baik kepada pesakit yang mendapatkan rawatan kesuburan.
Setelah dua minggu, ujian kehamilan menerusi ujian darah dapat menentukan dengan lebih tepat jika wanita berjaya hamil menerusi rawatan kesuburan tersebut. Kadar kejayaan IVF di Malaysia adalah baik iaitu antara 65%-75%.
Siapa yang Menjalani IVF
IVF digunakan untuk merawat pelbagai isu kesuburan termasuk masalah sperma, masalah telur atau ovulasi, endometriosis, dan masalah rahim. Ia juga merupakan pilihan bagi pasangan yang tidak berjaya hamil selepas cubaan-cubaan lain.
Cabaran dan Kejayaan
IVF boleh menjadi perjalanan yang mencabar fizikal dan emosi. Pasangan perlu bersedia menghadapi ujian dan tribulasi sepanjang proses ini. Walaupun begitu, kejayaan IVF telah membawa kebahagiaan kepada keluarga dan berjuta-juta pasangan di seluruh dunia.
Impak Sosial dan Psikologi
Penerimaan masyarakat terhadap IVF telah meningkat, dan masyarakat semakin memahami perjuangan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Walaupun demikian, pasangan yang menjalani IVF mungkin perlu mencari sokongan psikologi untuk menguruskan tekanan dan emosi semasa proses ini.
Kewangan
Alternatif ini dilakukan apabila kaedah lain tidak berupaya untuk menghasilkan zuriat yang diinginkan. Kos IVF boleh menjadi faktor pembatas kepada beberapa pasangan. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan kos serta aksesibiliti kaedah ini menerusi perbincangan mengenai perancangan keluarga.
Harapan
IVF memberikan harapan kepada pasangan yang sebelumnya tidak mempunyai pilihan untuk memiliki anak sendiri. Dengan kemajuan teknologi perubatan, IVF terus berkembang untuk memberikan peluang kebahagiaan keluarga kepada ramai pasangan yang berjuang untuk mendapatkan zuriat.
IVF RAHMAT RAKYAT PERKASA KELUARGA HARMONI MALAYSIA MADANI
Baru-baru ini sebuah majlis telah diadakan iaitu Perasmian Program IVF Rahmah Rakyat (IRR) bersempena Sambutan Ulangtahun Metro IVF yang ke-28, berlangsung di salah sebuah pusat perubatan kesuburan Metro IVF yang terletak di Setiawalk, Puchong.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor mewakili YAB Menteri Besar Selangor. Metro IVF Sdn Bhd (Metro IVF) mengadakan Program IVF Rahmah Rakyat yang berkonsepkan harga mampu milik khusus kepada pasangan yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak menerusi saringan kesihatan, promosi dan pendidikan kesihatan, kaunseling kesihatan dan khidmat rundingan pakar kesuburan.
Program ini merupakan inisiatif bagi menyokong aspirasi kerajaan membentuk Malaysia Madani iaitu ke arah mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan makmur berteraskan 6 nilai teras termasuk aspek ‘kesejahteraan’ dan ‘ihsan’ iaitu menerusi penganjuran aktiviti yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan kepada masyarakat.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Dr Tee Swi Peng, Pengasas Metro IVF yang juga merupakan Pengerusi Metro Healthcare Berhad turut menjelaskan, “Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran orang awam mengenai isu kesuburan yang semakin meruncing dan dijangka mampu mengurangkan beban segelintir warga awam khususnya kumpulan B40 bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera.”
MENGENAI METRO IVF
Metro IVF adalah salah sebuah perintis pusat kesuburan IVF di Malaysia sejak tahun 1999 dan mempunyai rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia. Metro IVF menggunakan teknologi IVF terkini dengan kadar kejayaan yang tinggi secara konsisten untuk setiap kitaran IVF. Jalinan usahasama pertama bersama Hospital Tengku Ampuah Rahimah (HTAR) adalah dari kumpulan B40. Untuk maklumat lanjut, layari www.metro.com.my
Tahniah Metro IVF kerana merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Konsultasi Kesuburan & IVF Pilihan PAKAR PILIHAN PA&MA
Seiring kemajuan teknologi perubatan, kini terdapat beberapa pilihan dalam rawatan kesuburan untuk memperoleh zuriat dan satu daripadanya adalah In Vitro Fertilisation (IVF).
Bagi memberikan perkhidmatan rawatan kesuburan kepada yang mengalami masalah infertiliti, Metro IVF diasaskan pada tahun 1996 antara salah satu pusat rawatan kesuburan yang menjadi pilihan.
Sebagai pusat rawatan kesuburan unggul, Metro IVF menawarkan penyelesaian ketidaksuburan yang komprehensif kepada pesakit.
Selain rawatan yang diberikan oleh Perunding Kesuburan yang berpengalaman, Metro IVF menggunakan teknologi terkini dengan makmal serba lengkap. Metro IVF memberikan konsultasi kesuburan, rawatan Permanian Berhadas (IUI), Persenyawaan in vitro (IVF), Preimplantation Genetic Screening (PGS), Pengambilan Telur (OPU), rawatan susulan kesuburan, rawatan kepada pasangan yang mengalami keguguran berulang dan kegagalan IVF berulang. Metro IVF juga turut diiktiraf oleh RTAC, institusi bebas menepati piawaian antarabangsa.
Bagi mendapatkan informasi terkini, boleh layari laman web layari laman sesawang Metro IVF di https://www.metro.com.my/ juga di facebook https://www.facebook.com/MetroIVF untuk melihat pelbagai kemudahan perkhidmatan dan panduan untuk anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Check Up Pertama Kali Apa Nak Buat? Ini Panduan Untuk Ibu Hamil!
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah.
Bila lakukan ujian?
Wanita perlu mengambil ujian sekurang-kurangnya seminggu selepas mereka terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Sejauh mana ketepatan ujian?
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
- Sejauh mana wanita ikut arahan
- Bila berlaku implantasi
- Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian)
- Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Bagaimana melakukan ujian kehamilan di rumah?
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
- Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing.
- Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing.
- Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian.
Langkah 2:Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
- Dua baris
- Berwarna
- Tanda “+”
Jika wanita menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga untuk mendapatkan pengesahan doktor.
Pertama Kali Check-Up
Pink dan ibu mengandung berpisah tiada, hehehe, macam sepasang kekasih pula. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gitu.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil.
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?
Semasa para ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan:
Tarikh check UPT: 1 September 2017
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2017
Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu dah.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Haaaa, mudah kan?
Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat?
Buka buku pink lambat ni biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Macam kalau ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran.
Kalau jadi kes macam ni, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan. Kalau tak, selalunya takde hal lah sangat.
Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal?
Boleh saja dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah nak kene check darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama, selalunya.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu tu, ada yang berkongsi pengalaman, nurse suruh balik dulu. Lepas tu datang balik bila usia kandungan dah 10 minggu.
Mungkin kalau kita takde masalah, lebih baik ruang waktu tu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil.dan bayi.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink
Kebiasaannya perlu bawa IC. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi seingat saya, semasa nak buka buku pink dulu, saya diminta tunjukkan IC jer. Sijil nikah pun tak perlu. Tapi bawa jer kad nikah yang macam IC tu.
Bil elektrik atau air tu sebab kalau klinik kerajaan, diaorang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam IC berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan tu. Bil air atau elektrik kan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
- ujian darah
- ujian air kencing
Seterusnya nanti, nurse akan buat interview sikit. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Macam ibu ni, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun interview tu sikit, soalan mungkin banyak dan macam-macam…hahaha. Layankan ajer. Semua info yang ditanya oleh nurse ni biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.
Selepas tu, nurse akan buat pemeriksaan breast. Selalunya nak tengok keadaan breast, ok ke tak tak bila time nak menyusu nanti. Nipple timbul ke tak. Check sikit dan sekejap jer.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain tu. Nanti nurse akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan jer kalau baru 10-12 minggu ni sebab masih kecil.
Apa Nak Buat Dengan Buku Pink?
Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time checkup lah. Jangan pula nak checkup nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu karang.
Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan?
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, takdelah masalah kesihatan lain pula.
Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Berseri macam warna buku pink ni.
Menarik: Moga Jadi Anak Soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang
Stress Buat Wanita Susah Nak Hamil, Bakal Ibu Kena Tenang-Tenang Saja/
“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Naimah Wahab, Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI